Wednesday, October 17, 2018

Zuriat | Penantian yang mendidik rasa sabar dan redha


5 TAHUN TUNGGU DAPAT ANAK

Ada satu hari tu bawa Hannan pergi klinik. Untuk checkup sebab dah masuk 2 tahun. Macam biasa, suasana di klinik kesihatan tak pernah lekang dengan pesakit. Menunggu tu memang biasa. Tapi, kali ni ? Agak lama menunggu. Lama dari kebiasaan.

Sewaktu menunggu, duduk bersebelahan seorang ibu muda & anak kecil. Anak kecil tu ralit bermain dengan ibunya. Diam tak menangis. Sangat comel & baik melihat reaksi ibu yang selalu mengagah dari sebelah.

Teringin nak bertanya. Niat nak mula menyapa. Tapi, makcik yang duduk bersebelahan Nad lagi pantas rupanya.

"Pandai. Senyap je tu dapat puting. Baik ni.." ibu muda yang ralit, terus beralih mata. Tersenyum melihat makcik tadi. Dan mula berbual.

"Anak ni, dah 5 tahun saya kahwin baru dapat"  katanya tiba-tiba. Mesra bercerita. Dalam kepala bermacam soalan berlegar. Nak tahu pengalaman menunggu & cara berikhtiar. Kalau boleh nak dengar cerita lebih detail.

Suka dengar kisah "berjaya" yang sebenar dapat anak dengan keizinan Allah. Lagi-lagilah pengalamannya yang dah lama menunggu kehadiran cahaya mata dalam hidup.

Makin lama melihat ibu muda & anak ini, tiba-tiba rasa terharu & sebak. Membayangkan bagaimana syukurnya penantian seorang ibu untuk mendapat anak, telah berakhir.

Pasti Allah telah memakbulkan.

Akhirnya cerita ibu muda itu cuma terhenti di situ. Sebab namanya telah dipanggil.

Tapi, pertemuan yang sekejap itu buat Nad simpulkan. 

Penantian itu, kalau diambil dari sudut negatif ? Ia sangat menyeksakan. 

Tapi, kalau dilihat secara positif ? Ia adalah satu perjalanan yang agak panjang yang cuba mendidik rasa sabar, redha & jangan putus asa. Kerana dihujungnya ternanti bahagia yang berganda hebatnya.

🌼 Teringin nak berjumpa semua customer yang berjaya hamil dengan product SHOM, compilekan pengalaman masing-masing, buat video temuramah (tanpa perlu skrip yang dibuat-buat). Ingin jadikan inspirasi sebenar pada pasangan yang lama menanti kehadiran cahaya mata. Sesungguhnya masih ada waktu, masih ada jalannya.




Love,
Nadiah Ahmad

Beauty and Health Consultant

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...