Saturday, October 6, 2018

Percaya pada kemampuan diri sendiri adalah kunci untuk kita terus memaksa diri berjaya.


Hidup untuk dapat penghargaan dan pujian manusia adalah sia-sia, malah ia boleh memakan diri sendiri.

Means awak buat sesuatu bukan untuk diri awak sendiri, tapi mungkin untuk dapatkan recognition manusia, mungkin ibu bapa, superior, boss, suami dan sebagainya.

Bila tidak dapat. Awak akan jadi stress, asyik salahkan diri sendiri, asyik nampak kekurangan diri, nampak kehebatan orang, tiru apa yang mereka buat, tapi asyik tak menjadi.

Tapi ..

Bila awak buat untuk diri awak, means awak ada SPECIAL TARGET

Dan bila ada target,

Awak akan ada SPECIAL PLAN kearah untuk mencapai target awak.

Awak akan harungi dan tongkah segala dugaan dan badai, andai awak jatuh awak akan bangkit balik.

Andai plan pertama gagal, awak bangun dan kemudi plan kedua.

Awak tak kenal erti penat

Awak tak kenal apa itu lelah

Awak tahu awak kena buat, awak tahu awak ada TARGET untuk awak capai.

Dan tiba saat bila mana, segala target yang awak tulis dah dicapai.

Awak akan SENYUM PUAS !

Awak akan MENANGIS KEGEMBIRAAN !

Awak akan KONGSI PENGALAMAN

Awak akan BANTU ORANG

Dan target itu bertukar lagi. Awak usaha lagi, dan awak takkan sedar, setiap proses itu sebenarnya, mengubah diri awak

Dari introvert, kepada extrovert

Dari senyap pemalu, kepada petah berkata-kata

Dari selalu ditindas, kepada pandai membidas dengan ilmu

Dari duit cukup makan, kepada rezeki lebih boleh dikongsi

Dan pelbagai lagi.



Buatlah sesuatu untuk capai matlamat diri dan sebar manfaat kepada orang lain ❤️

Love,
NADIAH AHMAD 

Beauty and Health Consultant

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...