Tuesday, July 31, 2018

Betul ke lelaki tak suka perempuan pakai make up ?






Ada lah tengok video lelaki-lelaki yang cakap tak suka perempuan pakai make up. Suka yang natural tak pakai make up katanya. Bila tunjuk gambar perempuan naked face tak ada make up langsung, dan dann lah suruh tepek bedak sikit lah, pakai lipstick sikit lah. Pooodaah. Tang tu lah nak betul kan statement cakap perempuan pakai make up. Insan keliru betul lah depa ni. Tak payah cover-cover. Cakap je  lah kau nak perempuan cantik sebenarnya kan ? Ehehe.

Natural beauty konon. Dah kalau perempuan tu "natural" je, bukan "natural beauty" di mata hang macam mana ? Lelaki ni cakap je tak suka perempuan make up. Tapi bila keluar, perempuan cun yang pakai make up tu lah yang ditolehnya. Cakap je lah nak yang putih glowing mulus gebu gebas tanpa make up. Tak payah cakap nak natural beauty sangat lah. Cakap je lah nak yang BEAUTY. 😏

Kalau lelaki cakap, "tak suka perempuan make up." Macam tipu je. Ehehe. Tapi kalau lelaki cakap "tak suka perempuan mekap tebal." Itu boleh lah jugak nak percaya. Maksud depa ni sebenarnya nak yang natural tu yang make up tak heavy. Tak ada lah make up tebal gila sampai tampar muka tu jerebu satu kampung. Haha.

Ada jugak suami yang tak bagi isteri make up. Maybe sebab wife dia kalau make up lagi nampak huduh dari muka natural sebab wife tak pandai make up. Atau pun maybe dia malas nak habiskan duit beli kan isteri dia barang make up. Atau pun malas nak tunggu wife bersiap mekap lama sangat. Atau pun dia memang jenis tak suka langsung tengok perempuan pakai make up, memang jenis suka naked face. Tapi kalau suami macam ni bagus ah, Tak payah membazir nak beli mekap. Cuma jangan bila keluar, si suami ni kepala berpusing toleh perempuan yang make up fun sampai mata tak berkelip sudah. Cakap biar serupa bikin lah kan. Hehe. Atau pun yang tak suka perempuan pakai make up  tu mungkin jenis lelaki yang dari kategori sedar diri tak berapa handsome. Daripada tak ada terus, kang membujang pulak sampai ke tua. So dia pun suka perempuan sejenis macam dia. Yang simple. Tak melawa.


Yang lelaki tak tahu, it takes MAKEUP to look NATURAL.

Perempuan ni naluri dia memang suka kan kecantikan dan sentiasa nak nampak cantik. Terserlah pada tuan badan dan make up tebal ke nipis ke atau naked face. Bukan semua perempuan dilahirkan dengan kecantikan yang semulajadi jadi. Kalau dah memang jenis natural beauty tu memang untungg lahh. Tak calit apa apa pun lawa. Nad kalau keluar pun calit-calit jugak lah muka ni. Paling basic pun pakai bedak dengan lipstick. Kalau ada event, baru makeup lebih sikit. Pada pendapat Nad, elok lah biar nampak kemas sikit muka tu. Tak lah berubah sangat pun dari muka asal cuma nak nampak fresh dan tak sememeh je muka tu. Cukup lah sekadar menaikkan seri wajah dan nampak lebih menarik.

Bagi Nad, penting sebenarnya pandai jaga penampilan diri ni. Pandai make up Kira bagus jugak. Kena pandai serasikan dengan keadaan jugak lah. Kalau setakat pergi pasar kenal je pun Tak payah make up pun tak apa. Kalau ada event or job interview ke apa, calit lah sikit muka tu. Tapi Tak payah over. Jangan makeup macam opera cinta pulak. Tampar pipi berdebu kata kau. Hahaha. Simple dah la. Yang penting sedap mata memandang. Tebal sangat pun tak lawa.

Tapi reality nya ada jugak perempuan yang iput condemn orang pakai make up ni. Bagi aku, kalau nak makeup, makeup je lah. Kalau tak nak makeup sudah. Semua tu terpulang. Janji happy tak kacau hidup orang sudah.

Kebanyakan perempuan makeup ni depa buat bukan untuk lelaki pun. Sebab depa nak rasa yakin dan ad self-confidence je. So tak ada masalah pun nak grooming diri tapi make sure kita happy dengan diri kita. Yang penting, jaga solat, jaga diri, jaga kebersihan, jaga pemakanan, dan kemas. Cantik itu akan datang sendiri nya bila kita jaga benda-benda ni. Be yourself ! Setiap orang ada kecantikan yang tersendiri. 😘

Pendapat hangpa macam mana ? Hangpa rasa betul ke lelaki tak suka perempuan pakai makeup ? 🤔








Cakk ! Hehe. Selain makeup hangpa jugak kena jaga kulit untuk kulit sentiasa nampak sihat. Product infinence ni antara product penjagaan kulit and rahsia kejelitaan wajah sentiasa cantik. So boleh cepat-cepat dapat kan produk terbaik ni dengan Nad tau 😉



Boleh hubungi Nad untuk lebih lanjut,

Nadiah Ahmad
Whatsapp : 019.523.5560
Instagram : @nadiahahmad__



Thank you for reading guys ! 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...