Kita selalu fikir, “Nanti apa orang kata?” sampaikan kita kadang terlupa apa yang lebih penting berbanding “Nanti apa orang kata?” tu.
Terlalu mengagungkan pendapat orang terhadap diri kita sampai kita jadi kurang senang terhadap diri sendiri dan menyebabkan kita sentiasa berfikir negative terhadap diri sendiri. Sedangkan sebenarnya “apa orang kata” tu tak penting pun 😊
Tapi, setiap hari, apa jua yang kita buat, memang takkan lekang dari fikiran kita tentang “apa orang kata” untuk kita kita.
Contoh,
Awak nak berniaga,
yang mana ramai dah berjaya dalam perniagaan yang awak nak ceburi ni. Marketing plan semua perfect & clean. Tapi bila awak nak mulakan sahaja, tiba-tiba ada insan baik hati menegur awak tentang bisnes anda itu, mengata begitu begini. Ini menjadikan awak down gila-gila dan rasa kayakinan yang awak bina tadi untuk bisnes awak tu runtuh sama sekali.
Sedangkan, kawan yang tegur tadi tu sebenar nya pon 99.8% fikiran dia fikir pasal diri dia sendiri dan fikir macam-macam cara untuk diri sendiri terbelenggu dalam masalah kewangan yang tidak berkesudahan. Cuma 0.02% je dari fikiran dia yang macam ala-ala “concern” pasal kita punya bisnes ni. So, why bother much ? Kan kan ? Why bother why bother bak kata Azwan Ali😂
Jadi apa nak buat ?
Just standing up for what you believe in. Be firm. Macam mana pun, kita akan sentiasa jumpa dengan orang yang tak setuju dengan kita. Carilah crowd yang sependapat dengan kita, ada komuniti sendiri yang sama bot dengan kita.
Hanya mereka akan faham kita. It is better to be loved by few people that care about you, than to be liked by everyone. Fokus pada orang-orang kesayangan kita. Fokus pada family, anak-anak, suami, dan ibu bapa yang mana sayang dan sokong awak sebagaimana diri awak.
Love,
NADIAH AHMAD
Premium Beautiful Expert
No comments:
Post a Comment