Tuesday, April 7, 2015

Ustazah Bahiyah- Anda Buat, Anda Dapat!

Apa jua keinginan mahupun keperluan kita dalam hidup ni, kita kena USAHA.

source: setengahbaya,info

Nak makan nasi contohnya, kenalah basuh beras dan tanak nasi atas dapur ataupun dalam periuk elektrik. Dah masak, sendukkan ke dalam pinggan dan suakan nasi ke mulut untuk makan. Begitu banyak langkah untuk memenuhi satu visi iaitu makan nasi. Nampak macam remeh je rasa nak makan nasi tu kan? Tapi cuba kira ada berapa step untuk berjaya makan nasi akhirnya berdasarkan situasi di atas?

Maksudnya, lumrahlah kalau apa yang kita hajati itu memakan masa nak jadi realiti. Tapi inilah hakikat yang tak selalu orang ingat. Yang selalu orang ingat ialah banyaknya benda dia tak dapat, maka dia selalu rasa dipinggirkan, rasa malangnya diri, ataupun paling teruk ialah dah biasa tak dapat maka tak apalah..Ha kita tak nak tergolong dalam kelompok pasrah ni ya..

Kerana apa? Kerana kita semua dihasilkan berpotensi tinggi. Tak ada sorang pun manusia di muka bumi ini dilahirkan less than equal. Yang membezakan kita semua ialah USAHA. Memang kita dilahirkan ke dalam keluarga yang pelbagai latar belakang, tapi akhirnya kita semua kembali kepada fitrah yang sama iaitu semua adalah makhluk ciptaan Allah yang sebaik-baik kejadian. Bukan tertumpu pada satu jenis kaum sahaja yang mempunyai keistimewaan ya..

Berbezanya orang yang luar biasa dan yang biasa-biasa ditentukan juga oleh USAHA. Orang yang beKERJA KERAS untuk mencapai sesuatu matlamatnya sudah pasti akan mendapat hasil yang positif berbanding orang yang kurang berusaha. Ini logik kan? Macam pelajar cemerlang SPM dan pelajar kurang cemerlang, apa beza mereka? Sudah tentulah USAHA. Anda BUAT LEBIH, anda DAPAT LEBIH.

KERJA KERAS merupakan ingredient yang penting dan sama di dalam apa jua bidang untuk berjaya. Macam mana orang tu boleh kaya? KERJA KERAS. Macam mana orang tu boleh cukup duit nak bela ramai anak? KERJA KERAS. Macam mana budak tu boleh dapat result cemerlang dalam SPM? KERJA KUAT.

Membodek, meminjam dari orang lain bukan kerja keras ya. Orang yang beKERJA KERAS dia tak sempat dah nak toleh kiri kanan untuk mintak tolong dengan orang lain bagi mendapatkan apa yang dia nak. Dia USAHA dengan kudratnya sendiri, KERJA KUAT sampai dapat. Sikap macam nilah yang kita kena pupuk dalam anak-anak kita. Tak rugipun penat bekerja, berusaha sebab bila dapat habuannya nanti hilanglah penat lelah kita dan hidup ni rasa sweet sangat.. dah macam pengalaman bersalin pulak rasanya hehhe

Ingatlah, bila kita lipat gandakan usaha, kita akan dapat keuntungan yang berganda jugak
Tapi bila kita tidak menggandakan usaha kita, orang yang kita patut salahkan ialah diri sendiri dan bukan orang lain, kerana kita memilih untuk pandang sebelah mata je potensi yang terpendam dalam diri kita kurniaan Allah.

Kata Ustazah Bahiyah.



ANDA BUAT, ANDA DAPAT.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...