Perkara yang paling kita selalu risau. Apabila menjual sesuatu barang kemudian maklum balas yang di terima mengecewakan.
Contoh : saya pakai cream, keluar bintik merah.
Kalau awak adalah penjual skin care. Ini adalah jawapan yang membantu.
1. Awak perlu memberi masa kepada kulit untuk bertindak balas secara positif. Ini kerana, kulit mungkin mengalami keradangan sebelum awak menggunakan skin care yang baru.
2. Paling cepat, 1 bulan penggunaan. Pengguna perlu berada didalam keadaan emosi yang tenang. Emosi yang tenang akan menghantar isyarat-isyarat cinta kepada kulit.
3. Lakukan detox skin untuk mengeluarkan segala kekotoran yang tersumbat dalam pori-pori.
4. Kurangkan pengambilan makanan yang berminyak.
5. Tingkatkan pengambilan air kosong 3 liter sehari.
Semua ini akan membantu kulit bergerak aktif dalam menghasilkan sel-sel baru dan lebih cepat tindak balas positif dapat di lihat.
Berbanding, awak bergantung harap 100% terhadap sesuatu produk. Semua produk perlu sokongan dan bimbingan daripada diri awak sendiri.
Pencinta Infinence Skincare
Love,
Nadiah Ahmad
No comments:
Post a Comment