Wednesday, October 31, 2018

Macam mana nak elak SEMBELIT masa pantang


Assalamualaikum hye :)

Harini ada masa terluang sikit. Baru lepas setel semua benda.

Okay nak share pengalaman sendiri. Selalu dengar yang ramai ibu-ibu sembelit time pantang. Eh jangan buat main-main tau sembelit time pantang ni risiko dia besar. Kadang ada yang boleh sebabkan sembelit sampai berdarah. Ada certain ibu yg bersalin jadi trauma bila alami sembelit teruk sampai rasa seram nak membuang. Orang kata kalau nak cepat baik luka jahitan tu kena elakkan push time membuang. 

Yes macam diri sendiri, lepas bersalin, benda paling takut ialah 
"alamak, macam mana nak membuang, dah la jahitan baru lagi, boleh kee".

Masa lepas bersalin, jangan risau, doctor memang bagi ubat minum pelembut najis. So, uall tak perlu risau okay. Kalau doctor tak bagi boleh beli dekat farmasi. Masa dekat hospital, serius ubat pelembut ni memang membantu sangat-sangat. Jadi kita tak perlu risau jahitan luka/terkoyak sebab once dah consume ubat pelembut tu, awak akan rasa perut tu macam nak cirit-birit. Pernah kena cirit birit tak ? haha. Bila cirit birit, tak boleh nak tangguh-tangguh, haa macamtu jugak bila makan ubat pelembut doctor bagi ni. 

Untuk 2-3 hari makan ubat ni, memang membantu, tapi bila dah sampai rumah, Nad rasa perut ni sangatttlahh tak selesa.Kenapa ? Sebabkan ubat pelembut ni macam tak sesuai dengan Nad, buatkan Nad kejap-kejap nak pegi toilet . Dalam masa setengah jam, ulang alik jugak sampaikan mengganggu bila Nad Nak ubat kerja, tapi time tuh la nak berlari ke toilet ! 

Jadi, masa nurse datang rumah haritu, Nad tanya dekat dia, 

"nurse, boleh tak kalau saya nak stop makan ubat pelembut tu, bukan sebab tak bagus, saya suka sebab senang nak lawas, tapi ubat tu buatkan perut saya rasa memulas/pedih sampai tengah malam kena ulang alik ke toilet"

Then nurse pun cakap, boleh kalau nak stop tapi kena make sure kena gantikan dengan makan makanan yang berasaskan fibre macam sayur hijau banyak-banyak. Pastu air kena minum lebih, kalau tak nanti boleh sembelit. Bila nurse dah bagi green light, Nad pun automatic stop kan serta merta. Bila dah stop, Nad gantikan dengan apa ? Nad ikut cakap nurse makan sayur banyak-banyak, air minum lebih dan gantikan dengan Min Kaffe. 



Apa beza consume Min Kaffe dengan ubat pelembut hospital bagi ? 
Yang ni my personal opinion . For me, maybe perut Nad tak sesuai dengan ubat hospital tu sebab terlalu kuat sangat kesan dia sampaikan perut rasa tak selesa dan pedih. Min Kaffe pulak bila makan kesannya, tiap-tiap pagi akan senang dan sangatlah mudah nak ke toilet. Dia bukan melawaskan sampaikan rasa macam cirit birit tau. TAKKKK ! Tapi dalam bentuk senanggggg yang teramat. Tak sembelit langsung ! Bila tak sembelit, so mood time pantang pun happy! Takde nak moody sebab menahan sakit, betul kan ?

Selain tu, beberapa tips lain yang Nad baca untuk elakkan sembelit time pantang :

Tips untuk rawat sembelit yg mungkin boleh diamalkan

1. Pemakanan. Kena jaga pemakanan semasa dalam pantang. Banyakkan ambil makanan yg berserat, buah-buahan dan sayur-sayuran. Time pantang tak banyak sayur yang boleh makan kan, kalau macam Nad, hari-hari lah makan sayur sawi. Nasib Nad memang hantu sayur. Tak boleh kalau dalam sehari tak makan sayur ! Tak lengkap.
2. Supplement. Supplement memang banyak membantu terutamanya kalsium dan detox. Detox dia akan bawak najis kita terus parking ke usus besar dan kalsium pulak memang melawaskan. So bila dah membuang, badan awak pun akan rasa lebih ringan dan rasa lebih sihat !
3. Minum air putih banyak-banyak. Orang dulu-dulu tak bagi minum air banyak takut bawah tu kembang, tapi cara yang betul ialah nak minum banyak tu boleh tapi sekali minum ialah minum sikit-sikit tapi kerap.Lagi-lagi kalau ibu yang menyusu badan, air memang no 1 kena lebih, perlu minum air yg cukup untuk hasilkan production susu yg banyak. Air yang cukup bantu elakkan najis jadi keras. 
4. Guna toilet jenis duduk. Kalau jenis cangkung macam bahaya jugak rasanya. huhuh. 

Ok tu je lah yang boleh di share :) So far suka sangat-sangat consume Min Kaffe. 
Kalau ada yang berminat nak dapatkan Min Kaffe, boleh order dengan Nad jugak.

Nadiah Ahmad | 019.523.5560
Follow Instagram : @nadiahahmad__


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...