Tuesday, August 21, 2018

Tips menjaga rambut bagi wanita bertudung by Nadiah Ahmad


Hai guys ! Balik kampung dah ke tu ? 😎

Harini Nad rasa nak manjakan rambut. Semalam suami "sound" rambut dah kasar sikit.
Tambah pulak, esok nak raya kan. Kita pakai tudung pun kena jaga rambut tau.

Ghitew la.

Memang Nad pesan pada dia. Tolong ingatkan kalau I terlupa rutin beauty I. Sebenarnya sahaja Nad pesan begitu. Nad bagi dia satu tanggungjawab untuk prihatin pada pasangan.

"Reverse psychology" 

Dengan anak juga Nad amalkan psikologi terbalik ni. Sangat membantu Nad dalam menguruskan rumahtangga. Seronok kan kalau suami suka bermain dengan rambut kita. Manja mengada gitu. Haha. Perempuan berhijab ni memang kena jaga rambut betul-betul. Nad memang dah pakai tudung dari zaman sekolah lagi. Kalau Nad bersukan or keluar untuk hari-hari biasa. Memang ni je tips yang Nad selalu buat dan amalkan :




🌼  Bilas rambut guna AIR SEJUK. Kulit kepala akan jadi segar bugar. Nad memang tak pernah syampu dengan air panas,mesti kena air sejuk.

🌼 JANGAN MENGGOSOK RAMBUT DENGAN KASAR. Kalau nak keringkan rambut dengan tuala. Cara terbaik ialah melurutkan tuala secara lembut dan perlahan lahan dari atas hingga ke hujung rambut. Boleh buat banyak kali dan biar rambut kering sendiri.

🌼 Kalau nak pakai tudung,pastikan rambut kering dahulu. Sebab nanti rambut sangat senang nak ada masalah kelemumur, rambut berbuah, atau rambut berbau bacin. Lebih malang lagi,nanti ada kutu khinzir pulak beranak-pinak dekat rambut. Muahaha

🌼 Kalau nak bagi kelemumur hilang. Gosokkan kulit kepala dengan potongan limau purut yang telah dihangatkan. Then,bersihkan rambut dengan syampu anti kelemumur.

🌼 SIKAT RAMBUT BILA PERLU SAHAJA. Kalau terlampau kerap menyikat rambut, kulit kepala nanti akan jadi panas dan meransang penghasilan minyak yeng berlebihan. Jangan sikat rambut dengan kasar dan belailah rambut kamu dengan lembut selembut sentuhan bayi. Ehee

🌼 Kalau boleh, jangan gunakan ALAT PENGERING RAMBUT. Nanti rambut mudah kering dan kusam. Sebaiknya, keringkan rambut secara semulajadi.







🌼 Pilih syampoo yang bersesuaian dengan rambut. Nad suggest guna syampu Marine Essence  ni. Nad dah lama guna syampu ni. So far memang tak ada masalah dengan kulit kepala Nad. Bila pakai rasa fresh je sentiasa. Syampu Marine Essence diperkaya dengan khasiat garam buluh dan memang sesuai untuk wanita yang memakai hijab. Ia memberikan rasa segar,bebas dari kegatalan dan kulit kepala pon berbau wangi je even seharian memakai hijab. Bahan-bahan khas dalam syampu ini juga membantu untuk membuang sebum kulit kepala yang berlebihan untuk memberikan wanita kulit kepala yang bersih dan segar.

🌼 Kalau rambut berminyak. Pilihlah syampu yang boleh digunakan setiap hari. Faktor faktor yang menyebabkan rambut menjadi berminyak ialah hormon tak stabil,STRESS,cuaca panas dan amalan pemakanan yang tidak seimbang.


Sebenarnya kan rambut orang bertudung dengan tidak lebih baik dan bagus kerana tidak terdedah dengan pancaran UV dan sebagainya. Dan itu salah satu HIKMAH BERTUDUNG 😊

Dalam berhijab ni ada yang mudah dan ada yang payah. Hangpa share lah hangpa punya perjalanan hijab bersama Nad serta apa saja impian yang hangpa ingin capai. Mana tahu boleh beri inspirasi dengan wanita-wanita lain dekat luar sana tu kan 😉

More info boleh follow official instagram Nad @nadiahahmad__



Thank you for reading ! 
Selamat bercuti dan  selamat menyambut hari raya aidiladha guys 😉

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...