Saturday, August 11, 2018

Plan to Action plan

Dalam kehidupan seharian kita perlu ada PLAN. 
Perlu menetapkan apa yang kita mahu hari ini, apa yang kita mahukan pula pada masa akan datang ? Bila dah ada plan, kita susuli pula dengan ACTION PLAN, iaitu cara bagaimana kita nak merealisasikan plan kita tadi.

"Alaa kak, bunyi macam tipu sangat tu, saya ni suri rumah je, perlu ke plan bagai tu. Huhu" sambil tutup mulut dan goyang badan.

Eh, kenapa tidak ? Semua orang perlu ada plan, perlu ada rancangan untuk hidup lebih sucsess ! Suri rumah, apa plan anda di rumah ? Apa yang kita nak buat?

Nak masak sedap untuk bagi suami tak payah makan di luar dah ?

Nak rumah kemas dan bersih-bersih ? Supaya anak-anak selesa?

Nak anak-anak sihat dan ceria ?

Ya itu PLAN, tapi bagaimana nak melaksanakan plan ? Kita perlu gerakkan ACTION PLAN.

Nak masak sedap, perlu belajar masak, nak belajar masak, perlu cari info di mana kita nak belajar, bagaimana kita nak luangkan masa untuk belajar dan pratikkan apa yang kita belajar.

Kalau ada plan tapi tak ada action plan, itu kita panggil angan-angan Mat Jenin. Angan-angan ada, tapi usaha tiada. Apa yang dapat ? Tak dapat apa-apa lah. Nothing. Zero. 

Jadi apa plan anda hari ini ? Dan apa ACTION anda untuk plan anda ? Dah ready untuk mulakan hari anda pada hari ini?

 Kita pun dah pun masuk Ogos, dah ada plan untuk berjaya pada bulan seterusnya ? Plan kurus ? Plan cantik ? Plan kaya ? Plan berjaya ? Mulakan dengan impian dan semangat yang tinggi. Banyak alasan ? Suka bertangguh ? Masa tidak akan mengejar anda, maka anda yang akan ditinggalkan oleh masa !

Bangun dan mulakan langkah kanan, katakan yang aku dah bersedia untuk plan seterusnya ! 💪🔥.




Yes Nad sudah ! Jom mulakan hari kita dengan penuh tenaga !

 Selamat Pagi.

Love, 
Nadiah Ahmad

Beauty and Health Consultant

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...