Hai guys !
Jenis Nad, kalau Nad rasa nak marah, mood kelaut, mesti Nad akan tengok keadaan sekeliling Nad. Biasanya, Nad akan menjadi bertambah tak ada mood kalau tengok rumah macam tongkang pecah. Rumah yang berselerak akan membawa aura negatif.
So Nad pun akan tarik nafas dalam-dalam, lepas tu hembuss, tarikkk dan hembus. Okay kutip mainan anak, ambil penyapu, lepas tu ambil mop dan ajax fabulaso dan mop lantai.
Lepas dah siap semua, tup tup Nad rasa lega. Walaupun penat, tapi Nad akan rasa macam sesuatu yang " Ahhh .. lari dah aura negatif dalam diri aku. Tapi bila tengok rumah bersih dan kemas buat kita rasa lega dan aura positif tu mai masuk dalam badan kita.
Tak kiralah marah pasal apa pun. Merajuk dengan suami ke, marah dengan dengan diri sendiri ke atau pasal kerja. Tapi bila Nad selesai kemas rumah, Nad akan rasa cool tiba-tiba. Yes, tenang dengan tengok suasana yang kemas tersusun, kalau tidak lagi bertambah serabut and kusut.
Dan lagi satu, yang ni pun selalu Nad buat kalau Nad bad mood, rasa serabut atau sedih. Nad akan pi toilet, Nad akan mandi ! Sejuk kan badan dan harap hati pun akan sejuk sekali.
Nad ambil scrub Marine Essence. Nad pakai satu badan, then scrub slow-slow. Bau scrub yang wangi dan lembut buat Nad rasa nyaman. Sental celah-celah bedah tu lama-lama sikit. Biar hilang semua daki-daki. Time macam ni la nak manjakan diri pun. Hilang sekejap masalah dekat kepala. Macam therapy.
Sambil-sambil tu berus gigi dengan ubat gigi Marine Essence. Segarkan sikit nafas dan tak nak ada bau yang tak menyenangkan. Nak bercakap nak senyum pun lebih confident sebab nafas dah rasa lebih segar. Orang pun tak adalah nak lari bila nak bercakap dengan kita kalau tak selesa dengan bau mulut kita kan. Lagi malu kalau dia cakap dengan kita sambil tutup hidung kan. Aduduu.
Rasa yang sangat relax bila pakai pulak pakai body shower Marine Essence. Sabun macam biasa satu badan. Lembut and licin je rasa kulit dengan sabun ni. Tak kasar pun. Tengok buih-buih sabun pun tiba-tiba hati jadi tenang and boleh senyum sensorang. Lupa dah apa yang serabut sangat tadi tu. Tepuk dahi sat haha π€¦π»♀️
Lepas tu Nad akan pakai syampu serta conditioner Marine Essence atas kepala. Oh la la segar tak terkata, 1 toilet bau wangi, ya wangi yang buat kita rasa beraura nyaman dan calm down. Rambut pun dah tak gugur macam dulu. Kelumumur pun takut nak hinggap. Kulit kepala pun rasa segar. Lepas tu ambil wuduk pula.
Siap mandi cepat-cepat Nad pakaikan muka pula dengan set skincare infinence. Sapu sikit toner, calit sikit serum then krim siang. Nipis-nipis je pakai pun untuk nampak beraura positif dan rasa segar. Nad tak suka kalau dikelilingi dengan aura negatif, sangat tak bagus untuk persekitaran. Haa naik berseri la sikit daripada awan berarak mendung kelabu tadi tu.
Last sekali ini adalah part paling best, Nad rasa nak berehat santai dengan secawan Min Kaffe dan cookies chocolate chips. Bau aroma dia pun dah boleh buat Nad senyum tenang. Lapang terus rasa dada, kepala pun rasa ringan, tak ada dah serabut-serabut. Secawan Min Kaffe jugak buat Nad bertenaga segar berganda dan charge tenaga untuk aktiviti seharian.
Ya itulah cara Nad nak positifkan diri jika serabut, kalut. Lain orang lain cara. Kemas, bersih, harum, akan buat Nad rasa lega.
Hidup ini perlu lebih positif. Elakkan dari sifat syak wasangka. Kenapa orang itu begitu, kenapa orang ini begini.
Contoh,
Kita hantar msg kepada sesorang. Orang tu lambat reply atau tak reply, tak perlulah kita nak sakit hati sangat, nak sentap bagai. Kita mungkin tak tahu yang orang tu ada masalah lain, lupa ? Sibuk ? Tak sempat balas even dah seen msg anda, itu benda biasa yang tak perlu nak diheboh atau dicanangkan.
Bawak bersabar, jangan terlalu memikirkan benda-benda yang negatif. Pi buat benda lain dulu, kemas rumah ke, makan ke, sementara tunggu orang tu reply msg kita. Relax, lain orang lain masalahnya. Benda-benda simple tak perlu kita nak ambil port sangat sampai nak menyumpah seranah.
Elakkan jugak dari terlalu mendengar cerita-cerita negatif seperti cerita-cerita yang boleh menjerumuskan kita dari 'membawang' secara sengaja atau tak. Tak puas hati dengan orang tu, hang canang kat orang ni, tak puas hati dengan orang ni hang pi canang kat orang tu.
Tak dapat apa pun membawang berjemaah ni, tak ada faedah melainkan ia membawa aura negatif masuk ke dalam tubuh anda dan ianya terang-terang salah di sisi agama.
Cuba lah coolkan hati. Belajar menerima tanpa asyik nak cari salah. Adatlah manusia ni ada pelbagai jenis, ada pelbagai cara yang kadang-kadang tak sama jenis atau feel dengan cara kita. Nak sama ? Tak mungkin sama, dalam adik beradik pun ada perangai yang berlainan, inikan pula dalam kelompok kumpulan sekawan.
Elakkan dengar cerita dari seorang saja jika ada kawan tak puas hati dengan kawan lain. Kalau kawan tu sekadar nak luahkan rasa tak puas hati, kau dengarlah dengan hati terbuka tanpa menangkan mana-mana pihak dengan membabi buta. Tak semesti namanya dia itu kawan kita, kita harus percaya dan menangkan dia 100%. Jadilah pendengar yang setia sahaja dan bukan juri acara yang berat sebelah umpama diberi rasuah.
Cara kita selesaikan sesuatu masalah boleh membawa impak dalam kehidupan kita, samada positif atau negatif. Untuk bahagia, carilah cara yang lebih positif. Bayangkan jika asyik nak berbalah, nak ada yang menang dan kalah, rasanya masalah itu tetap menjadi satu masalah yang tak sudah.
Bayangkan kalau kita beralah ? Positif dan insyaAllah ianya pasti barakah. Hidup ini sangat-sangat simple, tetapi terpulang pada kita sendiri untuk hadap semua masalah. Kadang benda kecil pun boleh buat hidup kita 1 hari jadi tak tentu arah hingga naik darah.
Nak ceria, jadilah positif
Nak bahagia, selesaikan masalah dengan mudah tanpa berbalah.
Hidup terlalu simple, tak perlulah cari siapa menang atau kalah.
Jalani semua ini dengan niat mendapat berkat dari Allah.
InsyaAllah
Btw guys, Kedai online Nad sentiasa OPEN π
Healthy & Beauty inside out with Me ❤️
Untuk pertanyaan dan pembelian, boleh whatsapp Nadπ
Dan hangpa boleh check out banyak info-info menarik dekat Instagram Nad @nadiahahmad__
Love,
Nadiah Ahmad
Beauty and Health Consultant
No comments:
Post a Comment