Thursday, August 16, 2018

Perjuangan membangunkan wanita serta isteri lebih berkeyakinan dan cantik


" GERAM SAYA DENGAN SUAMI SAYA !"

Ini ayat  seorang surirumah yang mengadu dekat Nad bila terpaksa membatalkan barang yang nak dibeli dan memang dia dah booked.

Surirumah tu Nad beri nama Mona la ye, nama betul dirahsiakan. Hikhik.  Seminggu lepas  Mona ada whatsapp Nad, dia berminat untuk selesaikan masalah muka dia. Muka Mona ada masalah jerawat teruk dan berminyak. Muka pun kusam, tak ada seri sampai suami pun tegur. Jadi Nad pun cadangkan Mona ambil Bb Plus Cologen.

 Setelah bagi harga sekian sekian jumlah, Mona kata akan buat pembayaran selepas tanya and dapat persetujuan dari suami dia sebab dia surirumah je. Tak ada pendapatan dan apa-apa memang mintak  suami yang bayar.

Ya Nad faham, Nad pun dulu macam Mona. If tak ada pendapatan maka keperluan didahulukan berbanding kehendak harian. 

Seminggu selepas itu Mona whatsapp Nad semula. Mona bgtau suaminya tak bagi dia beli apa yang Nad cadangkan. Nampak macam Mona agak kecewa.

" Kak, suami saya tak bagi saya beli, padahal dia yang tegur muka saya ni kusam, berjerawat, tak berseri dan berminyak haritu. Bila saya nak selesaikan masalah saya ni, nak nampak cantik depan dia, dia kedekut pulak ! Tak habis pun duit dia, itu pun susah sangat dia nak bagi !"

"Selalu memang dia macam ni kak, minta itu ini untuk diri saya, memang dia buat tak layan ! Complaint itu ini pandai pula, geram saya dengan suami saya tu ! Tak tau saya nak buat macam mana dah, kalau bab kereta dia tu boleh pulak labur macam-macam ! Tak tahu macam mana dah nak ubah dia tu, harap dia berubah sebelum saya ni 'pergi'!

Marah betul Mona, Nad pun malas nak panaskan keadaan. Nad buat-buat minta diri dulu. Lepas 1 jam Nad whatsapp Mona balik, 

" Mona ..tak payah marah-marah, suami tu mungkin tak faham orang perempuan punya kehendak, atau memang suami tu tak cukup duit buat masa ini. Sabar jangan marah-marah, tak kan sebab benda macam ni awak suami isteri nak bertelagah".

" Mona .. tahu tak ? Kita ni memang payah nak ubah diri orang lain, nak ubah orang yang kedekut jadi pemurah, nak ubah orang dari tak ada apa-apa kepada ada segalanya, tapi insyaAllah kita ni boleh ubah diri kita sendiri. Apa kata Mona sendiri yang ubah diri Mona, dari tiada apa, kepada ada, dari tiada pendapatan kepada ada income."

"Akak nak cadangkan saya pi cari kerja ke kak ? Saya tak boleh kerja kak, tu .. anak-anak kecil lagi. Yang bongsu tu memang tak nak dekat orang lain kecuali saya, dan menyusu badan sepenuhnya, susah la kak saya nak cari kerja kat luar".

Nad pun katalah kalau tak boleh kerja kat luar, boleh join bisnes dengan Nad, kerja dari rumah, boleh jadi sebahagian daripada family g8unity, Nad boleh bimbing dari zero sampailah betul-betul tahu selok belok berniaga. Tak perlu berjauhan dengan anak pun. Buka FB/instagram/twitter dan buat media sosial tu jadi kedai kita.

Alhamdulillah setakat ini ramai team, bisnes Nad yang dah dapat menarik nafas lega, tak perlu nak  meminta minta wang dari suami bila nak apa-apa, nafkah tetap nafkah, tapi pendapatan sendiri tetap ada.

Ya kita tak boleh ubah orang lain, tapi kita boleh ubah diri kita, kuncinya perlu ada daya usaha dan doa juga. Jika tak yakin, cepat putus asa, hangat-hangat tahi ayam, memang tak ada hasil la.  Wanita memang perlu ada pendapatan sendiri, bukanlah untuk hidup mewah kaya raya, tetapi untuk kes-kes sebegini, salah faham macam ni buat rumah tangga jadi porak peranda, hari-hari kita dok bermasam muka sebab tak dapat 1 benda, alih-alih cipta dosa sebab ungkit sini sana.

Apa salahnya minta izin dan restu suami pula, katalah nak cuba bantu diri sendiri untuk dapatkan apa yang kita mahu pula, sebab kita juga ada kehendak kita. Rasanya tak ada masalah untuk suami benarkan.

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
Kau buat insyaAllah kau dapat,
Nak jadi hebat harus kuat
Bukan hanya merajuk saja bila barang yang kita nak tu tak dapat.


Nad semakin selesa dengan perjuangan membangunkan wanita serta isteri untuk lebih berkeyakinan dan cantik. Malah berilmu serta berpendapatan.

 Kongsikan semangat ini kepada wanita dan sahabat lain.


Btw, Hannan say hai guys ! Eheh. My jantung hati ❤️


Love,
Nadiah Ahmad

Beauty and Health Consultant 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...