Friday, August 10, 2018

Jadilah wanita yang sentiasa nampak hebat untuk tatapan suami

Assalamualaikum semua

 Nad nak cerita mengenai sesetengah wanita yang 'malas' dan tidak sedar akan kepentingan menjaga penampilan diri, terutama aset dalaman.

Nad secara peribadi rasa agak sedih sebab terlalu ramai wanita yang lalai dan lupa tentang penjagaan diri . Mungkin agaknya kerana terlalu selesa dengan apa yang ada pada hari ini.

Untuk semua wanita yang di luar sana, janganlah anggap hal menjaga dalaman ini remeh.

Rasa macam kita ini sentiasa muda sentiasa.
Masa terus berjalan. Semakin hari semakin berusia. Cantik di luar tak semestinya ' aset dalaman ' bagus.

Kebanyakan wanita yang hubungi Nad untuk consult masalah masing-masing  kebanyakannya yang nampak moden dan Vogue lagi ramai bermasalah . Hal masalah dalaman, penampilan, saiz badan. Perkara tu macam sudah seperti menjadi kebiasaan. Maaf Nad cakap dekat sini tapi itu lah realiti nya. 

Kebanyakan wanita terutama yang bergelar isteri selagi suami tak buat perangai semua terasa selesa sangat. 

' Saya malas lah makan supplement, leceh'

'Sy malas lah telan herba ni, tadak masa' 

Itu lah ini lah ..

Terlalu banyak alasan.

Sehingga tersentap, bila dapat menghidu suami ada berhubungan dengan orang lain.
Barulah sibuk hendak memperbaiki diri.

Pesanan Nad, sebaik mana pun suami kita. LELAKI TETAP LELAKI.
Mungkin suami kita tidak dalam kategori spesis menggatal, tetapi ada jenis perempuan di luar sana tu yang sentiasa suka kepada suami kita terutamanya tittle 'suami orang'. Mana kita tahu kan. Lama-lama.. boleh cair jugak.

Zaman sekarang yang serba moden dan terlalu moden. Suami tidak keluar rumah tetapi handphone di tangan. Lagi  lah nak mengundang pelbagai. Fikir-fikir lah sendiri. 
 Nad bukan mahu nak kita semua bersangka buruk pada suami. Nad hanya mahu kita sebagai isteri agar peka dalam menjaga dalaman diri.  Jangan sampai nasi menjadi hangit. Kalau jadi bubur masih sedap untuk di makan lagi. Tapi kalau hangit, terpaksa la buang. 

Jangan sampai suami menghidu kelemahan dan kekurangan yang ada isteri. Isteri harus lah hebat dalam menjaga semua aspek bukan setakat makan pakai suami sahaja tapi diri sendiri terabai untuk di belai. Suami biasanya takkan bagitahu isteri, bila dia merasakan sesuatu yang kurang pada isteri. Jarang sangat nak bagitahu, mungkin untuk elak kan perkara yang tak diingini atau pertengkaran. So sebagai isteri, kita yang harus peka sendiri.

Suami mana tidak suka kalau isteri hebat dalam bab penjagaan diri, penampilan, lebih-lebih lagi dalaman. Susah sangat ke nak buang sifat malas ?
Kita sebagai perempuan semakin hari makin berusia akan nampak tua. Lelaki pulak makin tua makin segak bergaya. Setuju tak ? Fikir-fikirkan lah dan renungkan.

Cuba selami hati seorang lelaki. 

Oleh itu, jadilah seorang wanita yang bijak.
Jadi lah wanita yang mencintai amalan mencegah dari mengubati.




Love,
Nadiah Ahmad

Beauty and Health Consultant


@nadiahahmad

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...