" Boleh tolong tak ? Bagi la supplement atau collogen apa-apa dekat isteri saya tu. Dia bermasalah"
Ini antara ayat yang Nad pernah terima dari seorang lelaki . Dia whatsapp Nad, tanpa apa-apa terus tanya macam tu dekat Nad. Nasib tak tercekik lempeng cicah serawa durian Nad dibuatnya.
Mula mula tu Nad fahamlah kan, orang lelaki manalah tahu bab-bab supplement bagai ni, dalam fikiran tu mungkin nak isteri tu sihat, cergas atau mantap, ha giteww.
Tapi sebelum Nad suggest apa-apa supplement untuk isteri dia, Nad perlulah tahu apa sebenarnya masalah isteri dia tu, keadaan isteri dia dan lain lain lah. Sebab Nad tak boleh suggest sebarang supplement, Nad kena tengok dulu dan teliti masalah sesorang tu, then barulah suggest apa yang patut ikut individu.
Nad pun tanya lah dekat lelaki tu " Apa masalah isteri encik ? Boleh saya tahu kalau encik tak keberatan? ".
Okay dia pun bagitau, " Isteri saya tu teruk sangat dah, masalah dia ni asyik tak ada mood je, balik-balik kata penat, balik-balik kata tak larat. Kadang-kadang bengang jugalah, tapi bila dah tengok muka dia tu pucat semacam je, tak bermaya, kesian la pulak, kot ada masalah kesihatan ke apa kan, yelah orang perempuan ni macam macam-macam."
Nad pun tanyalah dia lagi, " Isteri encik pernah bersalin ? " dia pun jawab " Eh pernah la, anak kami dah 4 orang, yang besar darjah 3 , paling kecil lelaki umur 11 bulan, isteri saya tak kerja, jadi dialah yang jaga semua anak-anak. Saya kerja, tak sempat".
Dia kata tak sempat, apa yang tak sempat tu tak tau lah Nad, kot tak sempat dia nak jaga anak kot, wallahualam. Ok dia tanya Nad lagi " Ada tak supplement ke yang boleh bagi isteri saya tu bersemangat? Muka berseri, cergas sikit ? Kalau boleh bagitau saya harga, tapi tak nak la mahal-mahal punya, nak yang bajet ada ? "
Nad pun tanya dekat dia, " Encik, lain-lain masalah ada tak? " dia pun jawab. " Lain masalah tak ada sangat, tapi tu lah, dia tak macam awal-awal kahwin dulu la, dia ni asyik nak ngelat je. Saya balik kerja, dia sibuk je nak kemas itu ini, sampai saya dah tertidur, dia tak nak tidur lagi".
" Kadang geram juga saya, dia ni nak layan saya ke tak nak ni, asyik pegang penyapu ke hulur hilir, lepas tu pegang kuali senduk, bila saya pegang tangan dia, dia tepis, buat muka masam, walau memang muka dia sememangnya kusam.
" Haisshh sebab saya sayangkan dia lah saya whatsapp awak. Dapat nombor awak pun dari isteri kawan saya, dia kata awak jual supplement untuk sihat cantik tu.Tolong saya, tolong bagi supplement yang okay untuk isteri saya".
Nad dah start tepuk dahi dah masa ni. Adududu..dalam hati Nad, ya nampak suami memang prihatin dengan isteri, nak pulihkan isteri, risau.
Nad pun mulakan tazkirah sikit dekat lekaki itu " Encik, maaf ya, saya rasa isteri encik cuma PENAT, dan tiada masa untuk uruskan diri dia sendiri, bayangkan 4 orang anak, 24 jam dia di rumah, handle anak2 yang sedang aktif membesar, kemas rumah, masak, tu belum bab lain lagi tu, anak perlukan perhatian, merengek, adududu, ingat mudah kerja jadi ibu dan isteri ?"
" Mana boleh Encik nak samakan isteri encik sekarang dengan masa bujang atau baru kahwin? Cuba tengok sekarang, dikeliling isteri encik ada siapa sekarang ?" Dia pun jawab, " Sekarang dia dengan anak-anak kami lah awak, 24jam dengan anak-anak, dah dia mak budak-budak tu jugak kan".
Geram Nad, tapi Nad masih boleh tarik nafas dalam-dalam lagi masa menaip. " Okay sekarang encik sendiri dah tengok, isteri encik tak ada masa untuk diri dia, entah makan pun entah sempat atau tak, mandi koboi ke tak, inikan pula nak melaram di rumah untuk encik. Cuba tenung isteri tu, perhatikan dia, dia penat, bila dia mengadu dia penat, maka betul lah dia penat, bukan dia reka cerita."
" Cuba cari punca masalah dia sebelum cari solution, barulah betul caranya, bincang betul-betul dengar masalah dia, kalau macam ni, saya bagi selori supplement pun suruh isteri encik makan, belum tentu masalah akan selesai.
ISTERI BUKAN ROBOT, mereka bukan robot yang perlu dimasukkan bateri bila tenaga dah habis. Isteri ada perasaan, ada hati, selami hatinya, fahamilah masalahnya.
Kebanyak kan masalah berpunca dari sekecil-kecil semut lalu menjadi sebesar gajah bila ia tak diselidik dari akar umbi. Segala masalah harus ditangani dengan betul dan caranya.
Untuk masalah seperti ini, suami wanita itu terus terkedu seketika tanpa membalas whatspp saya. Selepas 1 jam baru dia balas.
" Maaf tadi saya bergegas pulang ke rumah, saya intai isteri dari jauh, dia tersandar keletihan di sofa sambil diapit oleh dua orang anak kecil kami, ya dia nampak macam masih memakai pakaian malam tadi. Allah terima kasih kerana awak dah sedarkan saya.
''Isteri saya bukan perlukan apa-apa, dia hanya perlukan saya di waktu lelahnya"
Love,
Nadiah Ahmad
Beauty and Health Consultant
@nadiahahmad__
No comments:
Post a Comment