Wednesday, August 1, 2018

Skin care yang sesuai untuk semua jenis kulit

Assalamualaikum.

Okay entry kalini nak share serba sikit skin care yang best bagi Nad.
Terus terang cakap, kulit Nad dulu jenis teruk and sensitive sangat. Sejarah silam punya cerita, memang ada masalah kulit. Kulit yang jenis tumbuh jerawat yang berketul-ketul bersepah-sepah dekat dahi. Sebab tu dulu bila ada adik beradik yang nampak Nad lalu depan depa, terus panggil "meh sini sat, nak picit kan jerawat yang tu, geram aku tengok". 😑

Haaa sampai macam tu sekali. Bukan takat tu je, bila dah picit tu baru ha is satu kisah. Kisah seterusnya pulak nak memghadap kesan daripada picit tinggal perut hitam dekat muka. Ya ampuun, rasa stress sampai tak ada mood nak jumpa orang, malu punya pasal. 
Kalau ada parut pun jenis yang akan tinggal kan kesan bekas hitam dan akan hilang sebulan, bukan sehari dan bukan seminggu ye adik-adik.

Tapi tu waktu saman sekolah dan zaman belajar dulu. Lama jugak lah. 
Start dari nak kahwin, tak silap la, skin dah start kurang dan jarang tumbuh jerawat. Yang Nad perasan, masa pregnant Hannan tu yang jerawat malu-malu nak hinggap.
Dia macam takut-takut je nak singgah. Hahah. Ada orang cakap sebab hormon dan ada orang cakap siapa yang masa zaman nak membesar which is zaman sekolah rendah ke menengah ke or awal-awal dah ada sejarah jerawat teruk, nanti in future tak ada masalah skin lagi dah. Kalau kecik-kecik kulit licin je macam telur, masa zaman yang sekarang ni kulit dia ada masalah. Haha. Macam kejam je pulak bunyinya. Wallahuallam.
Siapa yang tak ada jerawat tu sila bersyukur cepat ! 😬
Jadi untung lah kot siapa yang dah mengalami hormon teruk-teruk masa zaman-zaman sekolah. Lullzz.

Jadi masa pregnant Hannan dulu, selain daripada amalkan minum bb plus cologen, Nad pakai skin care infinence ni. Nad jenis kalau nak pakai skin care, suka jenis produk yang ada day cream and night cream sekali selain daripada sabun and serum tu kira bonus la. 
Selepas Nad cuba skin care ni memang best dan kalau sesuatu product tu sesuai dengan Nad, 2-3 hari lepas tu tak ada jerawat-jerawat kecik timbul maksudnya sesuai. Kalau tak ada tu, maksudnya kulit Nad approve lah produk tu. Haha.


Ni haaa product infinence skin care. Satu set ada lima items.

Which is :

1. Hydrating Duo Cleansing Mousse




2. 24H Hydrating Toning Essence








3. Intensive Triple Reviving Serum









4. Essential Illuminating Day Cream









5. Advanced Overnight Regeneration Cream









For me, sabun dia memang best ! Bila pakai tu nikmat je banyak buihh and tak cepat habis.  Full set infinence ni boleh tahan 4-5 bulan, bergantung jugak ke pada cara penggunaan.  So dah boleh jimat sangat kan. Tambah pulak dah tak payah nak beli make up remover bagai dah sebab cleanser dapat tanggalkan makeup and kotoran muka. Lembut pulak tu muka lepas cuci muka. 

Macam biasa lah, pagi-pagi pakai day cream. Day cream ni kalau rajin and displin mesti kena pakai tiap hari. Day cream ni dia akan protect skin and elak kan sunburn. Malam pulak memang paling suka sebelum tido tu, Nad akan cuci muka dengan cleansing dia siap-siap kasih muka sejuk sikit, lepas tu sapu toner. 

Macam Nad, Nad suka letak serum tu lebih sikit sebab dia ala-ala moisturizer gitu, lembap dan sejuk je muka. Untuk serum dia ni Nad ada cerita dekat entry yang lepas. Hangpa bole tekan link dekat bawah ni if nak checkout apa yang best.
   

 Agak-agak dah rata serum dekat muka tu and dah kering tak melekit, last sekali sapu night cream. Itu sajee, lepastu pegi tido lahh. Haha. 

Nad dapat compare kan, kalau malam tak pakai cream ni dengan pakai memang rasa berbeza jugak lah. First rasa macam sebelum tidur tu kulit kering lepas tu bangun esok macam kulit tak best. Kalau pakai pulak rasa sebaliknya lah ! Hehe.

Kalau hangpa tak faham boleh refer gambar dekat bawah ni cara untuk pakai macam mana 




Setakat ni, dua product yang Nad pakai untuk kecantikan and kesihatan. Satu, minuman Bb plus Cologen dan untuk skin care pakai Infinence ni. Tu je lah yang rajin takat ni, hehe.
Infinence skin care ni TANPA MERCURY ye, so selamat dipakai. Formulation untuk semua jenis kulit, sesuai untuk wanita, nak bagi lelaki pakai pun boleh, ibu tengah pregnant selamat di pakai and remaja pun sesuai pakai.

Okay ni details yang lain boleh uolls refer dan baca-baca kalau was-was.

✅ Selamat, lembut dan TANPA BAHAN KIMIA BERBAHAYA 
✅ Tanpa alkohol
✅ Tanpa minyak mineral/minyak silicon 
✅ Tanpa Petrolatum
✅ Tanpa surfactant surfact ( SLS/ALS/SLES/ALES)
✅ Tanpa DEA/MEA ( diethanomine/monoethan, olamine )
✅ Tanpa Parabens
✅ Tanpa bahan pengawet MIT / MICT
✅ Tanpa pewarna tiruan


Kalau nak beli, boleh order dengan Nad sebab Nad pun ada jual product ni.

Follow instagram Nad @nadiahahmad__

Atau WhatsApp Nad terus



Selamat menjadi cantik ! Ehekhek.
Nad share je apa yang Nad rasa sesuai dan berkesan. Hehe. 
Ramai dah customer yang bagi feedback yang bagus-bagus. So why not you try kan ? 😉



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...