Monday, September 24, 2018

PIlih untuk hamil dengan sihat | Pregnancy journey


Assalamualaikum semua 😊

Nad yakin, harapan setiap pasangan yang telah berkahwin. Pasti ternanti-nanti, tertunggu-tunggu berita gembira bakal untuk mendapat cahaya mata.

Walaupun baru bernikah, Nad sendiri waktu tu tinggal beberapa tahun saja lagi nak mencecah usia 30 tahun. Memang agak risau menanti walaupun padahalnya belum sampai sebulan selepas diijabkabulkan

Husband Nad lagi lah risau. Kebetulannya agak ramai di kalangan ahli keluarga kami sendiri, masih diuji Allah, belum mampu lahirkan zuriat sendiri.

Sebelum melahirkan Hannan solehah sorang ni, Nad dan husband banyak kali diuji dengan ketakutan & kerisauan. Alhamdulillah, akhirnya setelah dua bulan bernikah, kami disapa berita gembira yang sememangnya dinanti-nantikan.

Tapi sebenarnya berita gembira ini juga menjadi satu ujian yang agak menakutkan, sangat merisaukan. Awal-awal kehamilan berlaku pendarahan. Dalam perjalanan untuk buat pemeriksaan, husband banyak bertanya pengalaman dari ahli keluarga & kenalan rapat. Bermacam andaian & jawapan yang kami terima. Jawapan yang paling buat kami down ?

"Mungkin tak ada rezeki kali ni. Sabarlah,"

Tapi, akhirnya setelah buat pemeriksaan dengan doktor. Alhamdulillah, segalanya masih selamat. Kemudian, kami sekeluarga di uji lagi dengan kesihatan Nad. Alahan teruk. Masa tu asyik kena makan je. Sebab sebenarnya hampir setiap masa kena paksa makan 🤧

Memang masing-masing risau dengan keadaan baby kat dalam. Nad pun risau. Bayangkan seorang yang suka sangat makan tetiba tak boleh makan ? Memang ...

REAL STRUGGLE

Kalau buat pemeriksaan kat klinik tu, dah terbiasa tunggu dari sebelum 8 am, balik dalam 3-4 petang. Sebab ? Selalu tak lepas pemeriksaan dengan nurse. Selalu kena tunggu sambung giliran jumpa untuk doktor sampai 4-5 jam lamanya. Padahal dalam jumpa bilik doktor cuma nasihat banyakkan minum air 😭😭😭

Hidup sepanjang first time kehamilan memang betul-betul rasa terduga. Terasa sangat ujian besar yang sedang menghempap diri.

Pendek kata 9 bulan pregnant tempoh hari, Nad 'gagal' menjaga diri sebaiknya.

Tapi, walau apa pun. Nad syukur sangat sebab selepas berpantang, Nad pilih untuk consume dengan product SHOM. Full set berpantang hanya dengan SHOM. Dari segala aspek. Tak ada perasaan yang lebih gembira, bila Nad sendiri semakin cergas dan bila Hannan membesar dengan sangat aktif & sihat sekarang ni. ☺️



Alhamdulillah.

Cukuplah pengalaman pregnancy yang menyusahkan banyak pihak. Terutamanya husband.

Untuk next pregnancy ?
InsyaAllah, Nad akan pastikan Nad menjaga kesihatan & consume SHOM dengan taat. ❤️

Nad juga tak nak lepaskan peluang untuk war-war kan khas buat bakal ibu-ibu diluar sana. SHOM sekarang sedang buat promosi khas untuk para ibu hamil yang still mencari supplement, minuman kesihatan or corset modern untuk berpantang, Premium Beautiful Corset yang sedang hangat diperkatakan. Promosi yang semestinya JIMAT BERGANDA daripada biasa. 😍

Boleh terus contact Nad untuk dapatkan supplement yang sesuai untuk bajet peruntukan & sesuai untuk masalah kesihatan anda.


NADIAH AHMAD
WhatsApp 019.523.5560

Follow official instagram Nad untuk info-info yang lebih menarik
@nadiahahmad__

Forever in love with SHOM

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...