Thursday, September 6, 2018

Cantik | Terapi diri |Tatapan suami

Hai wanita suri hati suami semua !

Orang perempuan ni kalau di tanya cita-cita nak jadi apa. Mulut kata nak jadi doctor, tapi hati nak cantik-cantik sebenarnya. 

Sama la kita, Nad pun kalau orang tanya sekarang ni. Nak apa ? Nak cantik je sentiasa, boleh tak ? Lagi-lagi tang kaki. Dulu kalau time due nak bersalin. Wajib, ajak Abang sayang pegi rawatan tumit kaki. 

TIPS TUMIT GEBU 



Nad kalau geram sangat dengan tumit ni. Ambil je scrub Marine Essence tu lepastu gosok kat tumit lama-lama. Pastu masuk bilik air gosok pulak dengan berus biar hilang itam-itam tu. Sental sepenuh perasaan dan kasih sayang gituu.

Kurang-kurang kaki tak berdaki. Bukan daki dekat badan celah ketiak je kena jaga. Dekat tumit kaki pun penting jugak, biar tak pecah-pecah merekah. Dah tu, pakai lotion terus menerus selepas mandi dan sebelum tidur, stokin tu di pakai selalu.

Dalam banyak banyak anggota badan. Sebenarnya, kaki pun keutamaan kita untuk di jaga. Sungguh. Paling tidak. Mak-mak budak yang dah letih bekerja ni. Scrub la kaki dengan scrub Marine Essence ni. 15 minit manjakan kaki depan TV. Sambil layan anak menyusu.

Ya ampun. Segar. Mula mula akan rasa ini kerja buang masa. Tak jadi apa pun scrub ni. Tunggu 5 tahun lagi. Masa tu dah 40 series. Enjin dah habis minyak. Dah tua la maksudnya tu. Orang lain dah sakit kaki. Awak ligat kesana ke sini.

Biasa. Selepas scrub kaki Nad akan potong kuku terus. Teruskan lagi untuk cuci tumit yang merekah. Masa ni kulit mati dah lembut. Nad guna scrub Marine essence je. 3 minit tumit licin. Nad memang terpaksa rajin kalau bab-bab jaga diri sendiri. Ada masa atau tidak itu bukan alasan. Sebab, kalau nak tunggu ada masa memang tidak akan sempat. Kena pandai curi masa. Curi hati. Curi kesihatan.

Sejauh mana hangpa sayang kepada kaki ? Hangpa buka kasut bau. Hangpa buka stokin bau. Ini cara mudah menjaga kesihatan kaki di rumah. Hangpa juga boleh menyampaikan rasa sayang kepada pasangan. Boleh menggosok sesama pasangan.

Suami dalam hati "Dia satu satunya bidadariku"

Aha, hangpa mana tahu. Orang lelaki tidak menzahirkan rasa bangga dan sayang dia dengan kata-kata. Cukup hanya dia sahaja tahu betapa sayangnya dia kepada isteri.

A'ah, lelaki memang macam tu.
Nak tahu dia sayang atau tidak. Sikit-sikit :

Pah, abang lapar.
Pah, abang tidur kejap ye.
Pah, baju abang mana.
Pah, abang balik awal harini.
Pah, butang baju melayu abang mana pah? 

Ha ha.



Ini rahsianya awak nampak hebat luar dan dalam. Atas hingga bawah. Sentiasa bersedia. Itu lah perempuan, atas bawah pandai jaga.

Tu cara mudah dan jimat sangat sangat. 
Pastikan doctor tak pengsan tengok tumit hangpa dah la.

Sumpah tak selesa gila bila tumit kasar. Sangkut sana sangkut sini, memang siapa yang boleh tahan dengan masalah tumit merekah plus redho sangat tengok tumit tu kering dan hitam-hitam. 

Nad rasa nak bagi crown je tau. Macam mana hangpa boleh tahan dengan tumit macam tu. 

Eeeeee . . . sakit hati ! 

Bukan apa, hangpa tau la bila nak bersalin. Duk menadah depan doctor tu kan. Dapat doctor lelaki pulak, tengok tumit hang yang cantik tu. Nad rasa doctor pun boleh bawak demam tau. Tak sanggup nak menadah macam tu. Dah lepas bersalin nak mengadap 44hari pulak. 

Jangan main-main dengan 44 hari tu tau. Boleh meroyan kalau tak kene gaya. Nad memang jaga la babe, konon-konon 44 hari tu wajib dalam keadaan cantik jugak. 

Walaupun tidak boleh di usik 😂

Kira menjamu mata Abang sayang je la. Bukan apa, kalau diri sendiri pun tak selesa. Inikan pulak teman sebantal kita, sekali gosok-gosok rupanya kaki gorilla. Kasar semacam, sah-sah tengah gemuk macam gorilla kan. Hekhek.

Ini lah jugak punca kaki bau kepam. Wanita atau lelaki. Sama sahaja, penjagaan kaki jauh sekali di ambil pusing. Akhirnya melarat. Berdarah. Hitam legam. Itu la yang di persembahkan kepada suami. 

Pakai stokin pun tidak menyelesaikan masalah hangpa. Selagi kulit mati tidak di singkirkan, maka tidak lah jadi apa-apa yang baik. Buang kulit mati di kaki ni bukan macam cuci muka hari hari.

Selebihnya, jaga kaki elok-elok.

+ sapu lotion selepas mandi
+ sapu lotion dan pakai stokin sebelum tidur
+ minum air kosong banyak
+ pakai selipar dalam rumah
+ pakai kasut di luar rumah

Banyak lagi penjagaan kaki yang mudah dan senang untuk hangpa buat. Cuma "Malas" menjadi penghalang. So Malas. So Malas. So Malas.

Nad, kadang ada juga Malas tapi lebih kepada malunya kalau kena tegur dengan suami.


Muka comel, kaki pun comel. Mampu ?

Btw guys, Kedai online Nad sentiasa OPEN 😉

Healthy & Beauty inside out with Me ❤️
Untuk pertanyaan dan pembelian, boleh whatsapp Nad 019.523.5560
Dan hangpa boleh check out banyak info-info menarik dekat Instagram Nad @nadiahahmad__

Okay, jumpa lagi ! Tata 😘

Love,
Nadiah Ahmad
Beauty and Health Consultant

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...