Thursday, September 27, 2018

EYEBAG : MASALAH ATAU KELEBIHAN?



CERITA EYEBAG : MASALAH ATAU KELEBIHAN?

Dulu-dulu, sebenarnya tak tahu pun yang eyebag (not panda eye) tu satu kerisauan pada kebanyakan daripada kita ➡ tanda tak cukup rehat, kedutan pada eyebag buat nampak lebih tua.

Pada Nad, eyebag langsung bukan satu masalah dari perspektif kecantikan. Sebab Nad rasa macam okay je ada eyebag. Macam lawa je. 🤔

Sebab tu rasa hairan bila mula tahu dalam tutorial berhias ramai pakat-pakat nak cover eyebag. Mungkin juga sebab diri sendiri pun ada eyebag & tak pernah rasa nak tutup. 😂

Sampai sekarang, Nad masih cuba menerima 'pendapat' sekeliling bahawa eyebag tu satu masalah yang patut diselesaikan. Pada Nad bukan eyebag yang patut diatasi, tapi tahap kesihatan yang patut dipertingkatkan.

Sebab jauh di sudut hati Nad, Nad tahu ada sesetengah orang masalah eyebag adalah kewujudan sejak azali.  Maksudnya ? Untuk sesetengah orang. Jaga kesihatan atau berhiaslah macam manapun, eyebag masih kelihatan. Betul, Nad struggle terima kenyataan eyebag tu adalah masalah yang memalukan sehingga perlu ditutup dari pandangan. 

Yang buat Nad jadi terkeluar tajuk eyebag ni sebab apa tau ? Haha

Sebab tadi menonton satu tutorial berhias wajah dari artis korea. Yang mendatangkan rasa hairan ialah dia menggunakan satu teknik khas semata-mata untuk menampakkan bentuk eyebag dibawah mata ! Padahal dia langsung tak ada eyebag. Tepuk dahi jap.😅

Kemudian, terangguk-angguk sendiri.

Betapa..

Dengan sesuatu keadaan itu boleh jadi satu kekurangan pada seseorang.

Dan sesuatu keadaan yang sama juga boleh jadi satu kelebihan pada seseorang yang lain.

Pada fikiran Nad ?

Satu kurniaan Allah, boleh jadi satu nikmat (kelebihan) pada seseorang. Belum tentu adalah satu nikmat (kelebihan) pada seseorang yang lain.

Nad pernah terbaca:

"Jangan diminta-minta untuk mendapat nikmat & kelebihan seperti orang lain... sebab belum tentu ia akan menjadi nikmat & kelebihan pada diri sendiri..."

Jadi, sama-samalah kita berdoa semoga Allah mudahkan & redha.... dengan memakbulkan  permintaan & harapan kita yang boleh membawa kepada kebaikan yang berpanjangan di dalam hidup kita didunia & akhirat.

Kita, hamba yang serba tak tahu.
Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui.

Maka...
Pintalah kebaikan menurut padangan Allah.
Bukan kebaikan menurut pandangan manusia.

Tapi, kalau awak ada masalah eyebag yang mengganggu ? Rasa nak hilangkan masalah eyebag dengan penjagaan kulit wajah terbaik,?

Boleh contact Nad tau.
SHOM ada produk istimewa & terbaik sebagai penyelesaian untuk masalah anda tanpa perlu guna teknik makeup. Sebaliknya, dengan cara penjagaan kesihatan pada kulit wajah. 😉😘

NADIAH AHMAD | 019.523.5560 | @nadiahahmad__

PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...