''Eleh, hang tu memang dah kurus sebab tu susah nak naik badan tu. Lainlah aku ni ha, keturunan memang dah macam ni.''
''Habislah aku, makan perancang ni mesti nafsu membuak-buak. Habislah nanti badan aku naik macam di pam-pam.''
''Aku menyusukan anak aku, selera pun bertambah. Chubby lah aku lepas ni.''
Ini antara ayat menyerah dan mengalah bagi orang lemah.
Belum apa-apa lagi dah buat ketentuan untuk diri sendiri. Paling malang bila hidup asyik salahkan takdir.
Kata nak KURUS ?
Dah pasang niat nak kurus ?
Dah cari cara macam mana nak kurus ?
Dah tahu punca badan tu tak kurus ?
Dah cuba tips macam mana nak kurus ?
Dah melangkah atau still berat nak melangkah ?
Dah maju setapak or undur ke belakang ?
Berat kaki nak mulakan ?
Atau nak mengeluh dengan kata-kata 'dah nasib badan' ?
Semua tu kita sendiri yang genggam.
Samada nak mulakan dan maju kedepan or mundur ke belakang.
Setting minda. Kata aku mampu. Yes, InshaAllah aku mesti boleh !
Love,
Siti Nadiah Ahmad
No comments:
Post a Comment