Semenjak dah jadi mak-mak ni, tanggungjawab makin bertambah.
Kerja pun banyak nak buat. Malam-malam confirm Hannan akan bangun nak susu so tidur memang tak cukup. Rumah pun lintang pukang bila Hannan dah pandai 'mengemas'.
Kita kemas, dia 'kemas kan' balik. Kita dah letak barang baik punya dekat sini, dia dapat letak dekat sebelah sana pulak. Sabar je laaah anak oi.
Sampai Nad rasa biar je lah dia buat sepah-sepah tu semua. Dia tidur kang, Nad kemas semua balik. Orang kata jadi housewife ni best. Tapi penat jugak sebenarnya. Hari-hari bangun celik mata je dah kena buat kerja rumah. Kerja rumah ni pulak sampai bila-bila pun memang tak kan habis. 😭
Badan penat and kadang muka pun nampak penat. Kulit muka pun dah lain maciam. So Nad cuba satu serum ni. Sebelum ni pernah sekali ambil serum. Tapi bila pakai serum tu muka berminyak gila sampai boleh goreng ikan lah. So Nad cuba serum ni pulak.
Nad rasa macam nak masukkan sedikit vitamin dalam routine skincare Nad, so Nad start dengan infinence serum ni.
Infinence serum ni dah established dari dulu lagi. Memang menjadi pilihan makeup artist and yang nak kan kulit glowing tanpa cucuk-cucuk bagai tu.
Memang sedap pakai serum ni. Texture dia tak melekit. Bukan je mengandungi jutaan sel tumbuhan yang berkhasiat yang diperlukan oleh kulit, malah product ni terdiri daripada bahan semulajadi yang banyak membantu dalam penyerapan. Mudah meresap.
Senang pakai, mudah kerja. Penyerapan dia pun sangat cepat. Lepas guna kulit memang fresh. Best gila ! 😁
Bila ada banyak perbezaan dalam suhu antara siang dan malam, secara tak langsung boleh bagi tekanan untuk kulit dan menyebabkan liang pori beast dan garis-garis halus. Infinence serum ni boleh tembus jatuh dekat dalam kulit dan boleh hilangkan masalah pori dan garis halus. Boleh bagi kulit lembut dan cantik.
Kalau nak pakai serum dekat muka ni, kena pilih yang stable, baru lah berkesan
Kalau nak pakai dekat muka, letak 2-3 titis. Calitkan dekat dahi, pipi, hidung and dagu. Then sapukan dekat seluruh muka. Mudah kan ? Nad suka jugak letak dekat tangan sebab kulit jadi moist tapi tak berminyak. Malam sebelum tidur tu tak sabar nak apply dekat muka.
Serum ni Nad suka sebab bau dia wangi. Banyak serum yang melekit tapi yang ni Nad suka sebab smooth je. Sebelum tidur memang Nad akan apply serum ni. Dalam serum ni ada sel tumbuhan so dia akan bantu repair kulit. Bila bangun pagi je kulit terus rasa anjal. Wow best sangat ni. Yang Nad perasan kulit Nad nampak cerah sikit.
Kalau yang ada pores. Memang sesuai sangat pakai serum ni. Lepas dah serap dalam kulit, kulit jadi tegang dan lembut. Langsung tak berminyak. Best gila !
Nad memang tak suka hat yang berminyak-minyak ni. Rimas weh. Hehe. Tapi serum ni Nad suka 😍
Cara nak guna :
1- crucial muka dengan cleanser
2- Apply toner
3- Lepasty boleh apply serum
4- Baru letak moisturizer/cream
Siap !
Tu kalau dekat rumah.
Kalau nak keluar, buat semua benda dekat atas ni and last boleh pakai makeup.
Pakai sikit je untuk sapu satu muka. Satu botol ni boleh tahan lama. Memang berbaloi kalau nak beli. Mana tahu lama-lama pakai serum ni kulit jadi macam telur di kupas tu kan. Ehehe.
Infinence serum ni bukan ada serum je tapi ada jugak krim muka siang malam, toner, dan cleanser. Semua nya daripada bahan semulajadi and tanpa bahan kimia yang berbahaya. Kalau hangpa nak beli satu set terus pun boleh. Nak try serum dia yang best ni dulu pun boleh.
Untuk info lebih lanjut boleh contact Nad
No comments:
Post a Comment