Monday, November 25, 2019

Raikan perbezaan pendapat. Lain latar belakang, lain poket maka lain la pendapat 😘


Dasyat betul perdebatan di laman sosial ni ek. Semuanya mengikut peredaran usia dan zaman 😂

Waktu dekat universiti, orang berdebat universiti siapa lagi bagus.. Kos mana paling power..

Bila dah masuk alam pekerjaan, perdebatan mengenai kerja kerajaan dan kerja swasta pulak, mana lagi menjamin..

Lepas tu bila dah sampai umur ramai yang dah bersedia nak kawen, orang berdebat isu kawen meriah vs kawen ala kadar..

Bila dah dapat anak, orang berdebat lagi isu beranak swasta dengan beranak hospital kerajaan..

Bila dah beranak, isu surirumah vs ibu bekerja pulak..

Bila dah ada anak, perdebatan masih diteruskan dengan isu bagi anak gadjet atau tidak..

Bila anak dah sekolah, isu smiggle pulak wehhhh.. 😂

Tak cukup isu smiggle, isu anak yang cemerlang dapat penyampaian hadiah pun jadi isu jugak.. 

Satu je benda yang mampu Nad cakap sekarang ni..

Bahawasanya setiap manusia itu tidak sama.. Semua orang ada pandangan tersendiri ke atas sesuatu..

Perbezaan pendapat boleh terjadi berdasarkan faktor latar belakang, dan mungkin ekonomi keluarga..

Banyak sangat isu, semua orang nak keluarkan pendapat sampaikan jadi ibarat orang yang berlainan pendapat dengan mereka tu ibarat berdosa je..

Sedangkan tak ada siapa yang salah..

Nak belajar dekat UiTM tak salah, nak belajar dekat UM tak berdosa..

Nak kerja swasta pun boleh, nak kerja kerajaan pun terpulang lah..

Nak kawen grand ke, nak kawen sederhana pun suka hati lah janji pakai duit ko tak pakai duit aku hahah

Nak beranak swasta ke kerajaan pun suka hati lah janji tahu condition dan kesihatan diri..

And the list goes on..

Isunya ialah bila kita selalu rasa pendapat kita yang paling betul.. Sedangkan pendapat kita itu hanya valid untuk keadaan dan kehidupan kita sahaja.. 

Kalau kita ada satu pegangan dan pendapat, its okey untuk stick pada pendapat kita.. Tapi toksah lah kita nak sibuk keluarkan pendapat untuk kondem orang yang tak sama pendapat dengan kita..

At the end of the day, semua orang akan makin terdera secara emosi untuk hidup atas judgement orang lain..

Hidup lah atas kapasiti sendiri.. 

Kita masing2 Allah kurniakan akal untuk berfikir dan memilih yang terbaik untuk kita, kehidupan kita, keluarga kita..

Andai kata mampu, usahlah ditahan daripada memiliki sesuatu hanya kerana takut orang kecam..

Andai kata tak mampu, usahlah memaksa diri sehingga menyusahkan diri hanya kerana nak fit in dalam masyarakat..

Bersyukur lah apa adanya, hidup lah dengan cara yang kita selesa..

And paling penting, stop JUDGING others.. Stop mintak orang lain hidup sama macam kita 😌


Sorry lah naaaa mak anak dua ni tiba-tiba bersuara isu ni.

Bukan selalu bersuara isu-isu semasa ni 🙈

Maaf kalau ada yang terguris atau terasa hati.. Moga mesej yang sampai ke hati anda, mesej yang baik-baik sahaja InshaAllah.. Sebab niat nana menulis ini pun, hanya yang baik-baik sahaja untuk semua ❤️

#NadKongsi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...