Friday, June 20, 2014

SENI MEMUJI YANG BETUL

Sering kali memuji rakan sekerja atau atasan dianggap sebagai membodek dan mengampu. apatah lagi sikap seakan sebati dengan budaya dalam organisasi. Sama ada itu membentuk ke arah persekitaran sihat atau sebaliknya, banyak bergantung pada keadaan. Tetapi dalam banyak keadaan, memuji yang keterlaluan dan ketara memang tidak baik. Ia akan menyebabkan orang lain meluat dan menyampah.

Agar anda tidak dilihat seperti membodek atau dibenci rakan kerana suka memuji ada baiknya anda mempelajari tip memuji yang sebetulnya.


Pujian berpada-pada.
  • Kalau hendak memuji, biarlah pujian itu benar-benar layak diterima oleh orang yang berkenaan, bukan berlebihan hingga nampak anda hendak mengampunya. Contohnya rakan anda memang sedar dirinya tidak layak dipuji, pujian anda yang terlebih itu akan memakan diri anda sendiri. Dia akan pantas sedar bahawa anda sebenarnya hendak mengampu. 
  • Ketika memuji jangan terlalu menunjukkan bahawa anda mahukan sesuatu daripadanya.
  • Pujilah seseorang itu dalam perkara yang dia tahu dirinya layak dipuji.
  • Biarkan orang ketiga menyampaikan pujian anda kepada orang yang berkenaan.

Fikir sebelum memuji.
  • Agar tidak ketara ada baiknya anda lebihkan kritikan positif dalam perkara yang rakan sekerja anda tidak yakin akan kebolehannya. Umpamanya, dia tidak yakin mengenai kebolehannya dalam menulis jadi anda memujinya hingga dia berasa yakin.
  • Tunjukkan pada orang lain bahawa anda punya standard yang tinggi dan hanya memuji pada orang benar-benar layak.
  • sebelum memuji, tunjukkan pada rakan bahawa anda tidak ada apa-apa kepentingan dengannya. Kritik dan puji biarlah seiring tetapi kemudian perlahan-lahan tunjukkan bahawa anda sukakan dia.

Tip memuji ketua.
  • Jangan gunakan teknik puji-pujian yang melampau-lampau dan terang-terangan. Majlis biasanya sangat cepat menangkap maksud yang ingin disampaikan oleh anak buahnya melalui pujian yang terang-terangan itu.
  • Anda boleh memuji bos tetapi hanya dalam perkara yang anda sudah diiktiraf pakar atau dalam perkara mengenai bos anda yang tidak ada kena-mengena dengan urusan kerja.
  • Lebih selamat menggunakan teknik yang lembut, yang dianggap sopan seperti memuji dengan bahasa badan, antaranya mengangguk-angguk, ketawa, senyum dan sebagainya.
  • Boleh juga memuji bos anda di belakangnya, mudah-mudahan orang yang yang mendengar itu akan menyampaikan kepada bos anda. Cara itu lebih sopan dan tidak keterlaluan menunjuk-nunjuk.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...