Sunday, June 8, 2014

MOTIVASI PERNIAGAAN | MALU SEKIRANYA PRODUK KITA DITOLAK PEMBELI?



Seorang usahawan perlu bersikap positif , kita mesti berfikiran :

1. Jika ada yang menolak, pasti ada yang membeli.. Jika pelanggan tidak membeli sekarang, kemungkinan ketika ini dia belum memerlukan produk tersebut. Mungkin pada masa akan datang apa yang kitawarkan pada hari itu akan menjadi keperluannya...

2. Mungkin juga anggaran atau bajet belum mencukupi.. Jika bajet sudah cukup, yang pasti dia akan membeli produk kita..

3. Mungkin juga sudah ada orang lain yang terlebih dahulu menawarkan produk yang kita tawarkan ini.. di lain kali mungkin pelanggan tersebut akan membeli produk daripada kita sebagai tambahan atau gantian..

4. Mungkin belum pernah mendengar atau mengetahui produk kita, jika sudah kenal pasti dia akan tertarik dengan tawaran kita.. Tak kenal maka tak cinta kan... :)


Bagi orang positif, di dalam jualan tiada istilah PENOLAKAN, yang ada hanya PENUNDAAN...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...