Monday, June 30, 2014

KELEBIHAN DAN CARA MENCAPAI KESEMPURNAAN PUASA



Kelebihan Bulan Ramadhan.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.
Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah." Surah Al-Baqarah : 185.
Di pilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun.. Menurut ulama Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia diingatkan bahawa jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.

Kelebihan Puasa di Bulan Ramadhan.

Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan didalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan sahaja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dalam apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sambda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
"Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunas (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup."
Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

Menuju Kesempurnaan Ibadah Puasa

Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniyah puasa itu, antara lain seperti berikut:
  • Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah s.w.t.
  • Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria'.
  • Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah s.w.t. telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud: "Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram."
    (Surah Al-Maidah:42)
  • Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram.
  • Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.

Sunday, June 29, 2014

HAI O GARLIC



Hai-O Garlic mengaplikasikan teknologi canggih untuk mengekstrak intipati bawang putih, pada masa yang sama menyingkirkan rasa tajam dan bau yang tidak menyenangkan, serta mengekalkan keberkesanan dan nutrisi bawang putih. Bawang putih mengandungi puluhan ramuan yang berguna termasuk: 33 jenis sulfida, 17 jenis asid amino, mineral termasuk germanium, kalsium, besi, kalium, magnesium, selenium, zink dan vitamin seperti Vitamin A, Vitamin B1, Vitamin C dan sebagainya. Ia amat berguna untuk melawan kolesterol dalam badan dengan membekalkan kolesterol baik (HDL) dan menurunkan kolesterol tidak baik (LDL) serta mengurangkan trigliserida. Hai-O Garlic tidak merangsangkan membran lendir perut, mudah diserap oleh usus kecil dan kesannya berlipat ganda.

Apakah kesan bawang putih?
Bawang putih kaya dengan nutrien, komponennya berfungsi untuk membantu menyelaras insulin, menurunkan lemak darah, melambatkan proses penuaan, mencegah artritis, membasmi kuman dan melegakan keradangan dan mencegah mutasi sel.

Adakah mulut berbau selepas mengambil Hai-O Garlic?
Hai-O Garlic mengaplikasikan teknologi canggih untuk mengekstrak intipati bawang putih untuk menyingkirkan rasa tajam dan baunya yang tidak menyenangkan. Maka mulut tidak akan berbau selepas mengambilnya.

Jika bawang putih ditambah dalam lauk seharian, adakah kita perlu mengambil lagi Hai-O Garlic?
Sebahagian besar nutrisi bawang putih telah dirosakkan selepas bawang putih dimasak dalam suhu tinggi. Namun, Hai-O Garlic mengaplikasikan teknologi canggih untuk mengekstrak intipati bawang putih, dapat mengekalkan nutrisi bawang putih dan lebih sihat untuk badan.

Adakah nilai nutrisi bawang putih lebih tinggi jika ia dimakan terus?
Jika bawang putih dimakan terus, ia perlu dihiris dan terdedah kepada udara kira-kira 15 minit supaya ia dapat bergabung dengan oksigen untuk menghasilkan allicin. Kemudian ia perlu dikunyah dengan seragam demi memastikan nilai nutrisi bawang putih dapat berfungsi sepenuhnya. Namun, rasa bawang putih yang tajam dan meninggalkan bau busuk dalam mulut, dan menyebabkan kebanyakan orang tidak dapat menerimanya.

Bolehkah kanak-kanak dan ibu mengandung mengambil Hai-O Garlic?
Kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke bawah tidak dicadangkan untuk mengambil, sementara kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke atas pula perlu mengurangkan saiz pengambilan kepada separuh. Nilai nutrisi bawang putih adalah tinggi, dapat menguatkan daya keimunan dan stamina bagi ibu mengandung. Jika ibu mengandung mempunyai tanda keguguran atau sering menghadapi masalah keguguran, terutamanya mereka yang bersusuk badan panas, adalah dicadangkan supaya mengelakkan makanan pedas seperti bawang putih dan cili.

KELEBIHAN GARLIC
  • Membantu menurunkan kandungan lemak darah dan kolesterol darah, mencegah penyakit kardiovaskular dan arteriosklerosis.
  • Menghalang pembekuan darah untuk  mencegah berlakunya trombosis.
  • Membantu dalam fungsi penghadaman dan membuka selera, melegakan perut kembung dan ulser peptik.
  • Membasmi kuman dan keradangan serta mencegah jangkitan penyakit.
  • Membantu menyelaras gula darah dalam badan.
  • Menggalakkan peredaran darah dan metabolisme.

Saturday, June 28, 2014

Lafaz Niat Sehari Puasa, Sebulan Puasa Dan Doa Berbuka Puasa.

Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.

Lafaz niat sehari:

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:

“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Waktu Berniat

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Doa Berbuka Puasa

اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت
Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan


Hukum Puasa Di Bulan Ramadhan

Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ – (Surah Al-Baqarah: 183)}}
Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa’i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan”

Friday, June 27, 2014

Kelebihan Bio Velocity Sleep Mate


 

BVSM juga mempunyai 4 kelebihan utama yang menjadikan ia lebih bermanfaat:-
  1. Anti Radiasi – Menghasilkan cas ion yang boleh menutrealkan Medan Electro Magnet (EMFs) yang berbahaya kepada manusia. Elemen penyebab kanser ini dihasilkan oleh pelbagai alat eletronik yang digunakan dalam kehidupan seharian kita.

  2. Meningkatkan Metabolisma – Penggunaan Bio Velocity Sleep Mate pada waktu tidur adalah bersamaan dengan 1/3 manfaat yang anda boleh dapat semasa membuat senaman.

  3. Menguatkan Sistem Imunisasi Badan – Kebaikan imunisasi yang sihat ialah badan manusia mampu membaik pulih dengan sendirinya lebih cepat. Ini membolehkan badan manusia melawan pelbagai penyakit tanpa perlu bergantung pada medium lain seperti ubat-ubatan.

  4. Mempercepat Penyerapan Nutrien – Menggalakkan pengaliran darah dalam badan dan meningkatkan kadar oksigen dalam darah. Dengan itu nutrien akan lebih mudah diserap dan keupayaan penyembuhan sel akan turut meningkat.

 BVSM telah terbukti sebagai terapi paling baik dan selamat untuk merawat, meredakan atau mencegah:-
  1. Amnesia / Hilang Ingatan
  2. Asthma / Lelah
  3. Convulsions / Sawan
  4. Diabetes / Kencing Manis
  5. Dysmenorrhea / Sengugut
  6. Gout / Sakit Sendi
  7. Heart Failure / Lemah Jantung
  8. Hypertension / Darah Tinggi
  9. Insomnia / Sukar Tidur
  10. Jaundice / Demam Kuning
  11. Migraine / Sakit Kepala
  12. Myalgia / Sakit Otot
  13. Paralysis / Lumpuh
  14. Sinusitis / Resdung
  15. Scabies / Kudis
  16. Stroke / Angin Ahmar


Kesan yang diperolehi setelah mengguna BVSM:-
  • Meningkatkan metabolism
  • Mengaktifkan fungsi-fungsi sel
  • Menggalakkan peredaran darah
  • Meningkatkan pertahanan badan dan memperbaiki sistem imun
  • Meningkatkan tahap medan tenaga
  • Menstabilkan emosi, mengurangkan tekanan dan desakan
  • Memulihkan tenaga, memperbaiki dan mengaktifkan sel dalam badan
  • Bersemangat dan bertenaga
  • Meningkatkan keupayaan penyembuhan secara semula jadi
  • Mengimbangi dan mengharmonikan fungsi-fungsi fizikal
  • Melegakan kepenatan dan kesakitan
  • Merangsangkan dan menyelaraskan sistem saraf autonomik
  • Menggalakkan fungsi jantung
  • Menggalakkan tidur yang sihat dan berkualiti


salam sayang, 
Nadiah ahmad
0195235560
sitinadiahmad@gmail.com



 

Thursday, June 26, 2014

JANA PENDAPATAN / BORONG MINERAL COFFEE DENGAN HARGA YANG MURAH. ;)



Mineral Coffee 
Aroma istimewa Hai-O Mineral Coffee berasal daripada bijian kopi Robusta dan garam buluh organik semulajadi dari Korea. Selain aroma kopinya yang wangi, ia juga kaya dengan bahan mineral seperti magnesium yang dapat menggalakkan penyerapan kalsium dan penggunaannya. Hai-O Mineral Coffee bukan sahaja memenuhi cita rasa para peminat kopi, malah kandungan garam buluh di dalamnya telah meningkatkan nilai nutrisi kopi. 



Ramuan Utama : Kopi Robusta, garam buluh

Keberkesanan : 
- Kaya dengan unsur anti-pengoksidaan
- Kaya dengan bahan mineral dan elemen surih seperti magnesium, besi,   
  kalsium  dan kalium
Menghilangkan keletihan fizikal dan mental
Melegakan tekanan

Mineral coffee sesuai untuk :
Pesakit darah tinggi- membantu mengawal tekanan darah supaya lebih stabil. Mineral coffee bertindak sebagai agen penenang bagi kita.

Pesakit insomnia- kebiasaannya pesakit insomnia mempunyai masalah dimana kalsium tidak diserap dengan baik oleh badannya, maka badan mereka masih cergas dan tidak tenang untuk proses tidur. Kandungan Magnesium di dalam Mineral Coffee tadi membantu penyerapan kalsium berjalan dengan lebih baik, seterusnya badan akan beransur tenang dan dapat tidur dengan baik.

Pesakit migrain- pada sesiapa yang biasa menghadapi migrain ketika berpuasa, boleh minum mineral coffee ketika sahur. Elemen Garam Buluh tadi akan membantu melancarkan perjalanan darah dan mengelakkan migrain dan sakit kepala lain.

Pesakit kencing manis- Garam Buluh  tadi membantu dalam menyeimbangkan gula dalam darah dengan adanya chlorogenic acid tadi.  Pesakit juga harus mengambilkira segi nasihat doktor.

Cara pengambilan : Bancuhkan sebungkus Hai-O Mineral Coffee dengan 150ml air panas, boleh diminum selepas dikacau dengan rata. 


Mineral Coffee

Nadd menjemput sesiapa yang berminat untuk menjana pendapatan dengan membeli Mineral Coffee secara borong dengan harga yang cukup murah!! :)

Tarikh luput Mineral Coffee : 2 tahun dari tarikh yang tertera di kotak
(tarikh pengilangan)


*********************************************************************

* Jana Pendapatan dengan 
Mineral Coffee *

Franchise - Untung Runcit + Bonus bulanan

1.  Pendaftaran Ahli : RM50 sekali sahaja
2. Bekerja mengikut masa sendiri secara berkumpulan
3. Modal yang fleksibel
4. Cara kerja Secara Online - Facebook / Instagram / Blogspot

Menikmati untung runcit + bonus (sehingga 4 angka) daripada bisnes borong Mineral Coffee dan percutian percuma ke luar negara..


Boleh search hashtag (instagram ) :

#glampreneurs
#thediamondcircle
#glamtdc
#nadiaahmaddotblogspotdotcom
#nadiahahmad
#nadiahahmadprotege
#mineralcoffee


Contact Nadd now!!


Salam sayang,
Nadiah ahmad
+0195235560 (whatsapp)
Email : sitinadiahmad@gmail.com

Wednesday, June 25, 2014

BB Plus



Penuaan merosakkan kolagen dan seterusnya merosakkan kulit
Kolagen membentuk 70% daripada lapisan dermis kulit. Ia adalah bahan utama dalam kulit, tulang, rawan dan pelbagai tisu penghubung di dalam badan kita. Kolagen membantu pertumbuhan semula kulit baru serta mengekalkan kelembutan kulit. Di dalam sendi rawan, ia berfungsi sebagai kusyen untuk mengurangkan bebanan terhadap sistem struktur badan terutama pada pinggul, sendi dan lutut.

Faktor penuaan luaran dan dalaman boleh merosakkan fiber protein, fibroblas dan vitamin yang diperlukan untuk merangsang penghasilan kolagen. Kekurangan kolagen adalah antara faktor penyebab terjadinya proses penuaan kulit.

Mengapa memilih BB Plus?
BB Plus diperbuat daripada kolagen ikan yang bermutu tinggi. Kolagen ikan dikelaskan sebagai Kolagen Jenis 2, yang mempunyai struktur rantaian asid amino yang seakan-akan sama seperti yang terdapat dalam kolagen manusia. Habitat semulajadi ikan menyebabkan kolagen ikan  mempunyai kandungan Prolin dan Glisin yang cukup dalam suhu badan ikan yang rendah iaitu sama seperti kolagen manusia. Prolin dan Glisin adalah dua jenis asid amino yang penting untuk penghasilan kolagen, mengekalkan kecantikan kulit dan kesihatan rawan. Kolagen ikan ditukarkan menjadi peptida dengan menggunakan teknologi terkini untuk sumber kolagen yang kaya dan kesan penyerapan yang lebih baik.

Bagaimana BB Plus Bertindak?
Mod tiga tindakan:
1. Memulih  - Menggalakkan pembersihan mikro, menggantikan peptida kolagen bagi
                      rantaian kolagen yang telah rosak ataupun lemah
2. Membina - Menguatkan dan melindungi rantaian kolagen melalui proses antioksida
3. Memperbaharui -  Menggalakkan pertumbuhan dan penghasilan sel kolagen baru

Dos apakah yang efektif?
Hanya 1 paket (5g) setiap hari untuk memiliki kulit muda yang cantik dan mulus. Proses hidrolisis menghasilkan peptida (3,000 saiz Dalton) yang sedia diserap.

Bagaimanakah dengan aksi perlindungan antioksida tambahan?
Jus blackcurrant mengandungi anthocyanin untuk melindungi kulit muka dan badan daripada sinaran UV dan radikal bebas. Ekstrak biji anggur dengan OPC (oligomeric proanthocyanidins) mengurangkan ketidakselesaan kulit serta menggalakkan penyembuhan kulit. Vitamin C dan roselle menguatkan rantaian kolagen, melindungi kolagen di dalam dermis kulit dan menggalakkan proses sintesis

Bagaimanakah BB Plus dapat meningkatkan kualiti kulit?
Serat epal dan inulin (serat diet) menggalakkan pencerahan kulit melalui proses detoksifikasi.

Bagaimanakah BB Plus dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan penyakit sendi?
Peptida kolagen ikan adalah sumber Kolagen Jenis 2 yang baik dan merupakan komponen utama dalam rawan untuk membantu mencegah keradangan yang disebabkan oleh rheumatism and osteoarthritis.

Tuesday, June 24, 2014

Mineral Coffee Hai-O Marketing


Mineral Coffee ialah kopi pertama didunia di antara kopi yang mengandungi garam buluh. Gabungan unik garam dan adunan kopi robusta tanpa gula ini memberikan kopi satu rasa yang lazat serta kebaikan untuk kesihatan seluruh keluarga. 


Fenomena menambah garam ke dalam kopi bukanlah sesuatu yang pelik. Ianya satu tradisi orang-orang di negara scandinavia, Turkey dan juga Hungary menambah secubit garam dalam kopi mereka. Hasilnya, kopi yang mereka minum itu mempunyai rasa yang lebih kuat dan dapat mengurangkan rasa pahit kopi tersebut.
 

Mineral Coffee dan Garam Buluh?

Garam buluh ialah garam asli yang dimasak didalam buluh menggunakan cara memasak tradisional tanpa alatan moden. Teknik memasak garam buluh berasal dari Korea beribu-ribu tahun dahulu, dan didapati menyingkirkan sebarang pencemaran laut juga menaikkan kandungan mineral yang sedia ada dalam garam.

Garam buluh mengandungi kandungan mineral magnesium yang tinggi dan mineral-mineral lain yang baik untuk badan kita seperti zat besi, kalsium dan potassium. Mineral-mineral yang ada membantu badan kita menyerap nutrien ke dalam badan.

* Tahukah Anda???

Sesetengah garam yang ada dipasaran kini adalah garam tiruan disebabkan ianya lebih mudah dan murah untuk dihasilkan.

Akibatnya penggunaan garam berlebihan dan tiruan ini boleh menyebabkan banyakpenyakit berbahaya untuk jangka masa panjang.


* Mineral Coffee Side Income???
* Jana Pendapatan dengan Mineral Coffee??? 



Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 

Nadiah Ahmad
+0195235560
sitinadiahmad@gmail.com

Monday, June 23, 2014

Tips Meningkatkan Rasa Percaya Diri dalam Presentasi

Tips Meningkatkan Rasa Percaya Diri dalam Presentasi

Salah satu masalah yang sering dialami oleh kebanyakan orang terkait dengan presentasi atau public speaking adalah tidak percaya diri.
Lantas mengapa mereka tidak percaya diri?
Hal ini biasanya disebabkan oleh dua hal antara lain:
Pikiran negative
Tidak percaya diri muncul kerana pikiran negatif dari dalam diri. Mereka merasa banyak kekurangan, merasa tidak pintar, tidak berpengalaman dan lain-lain.
Kurangnya penguasaan materi atau persiapan
Penguasaan materi yang kurang umumnya disebabkan kerana persiapan yang kurang. Hal ini otomatis akan memicu rasa khawatir kalau-kalau apa yang akan disampaikan tidak maksimal. Sebab itulah akhirnya seseorang tidak percaya diri saat tampil presentasi.
Itulah dua hal yang paling umum, menyebabkan seseorang tidak percaya diri dalam presentasi.
Bagaimana meningkatkan rasa percaya diri?
Berikut adalah beberapa tips sederhana dalam meningkatkan rasa percaya diri dalam presentasi
1. Berpikiran positif
Anda harus memulainya dengan pikiran positif. Katakan pada diri Anda bahawa Anda layak berbicara di depan audiens, katakan pada diri Anda bahwa Anda memiliki kelebihan dan katakan pada diri Anda bahwa Anda bisa tampil dengan baik dalam setiap penampilan.
Anda harus memupuk pikiran positif terus menerus. Percayalah pikiran positif akan memberikan energi pada diri Anda untuk meraih tindakan yang lebih baik untuk meningkatkan kemampuan presentasi Anda. Dengan pikiran positif Anda akan lebih percaya bahwa presentasi itu adalah sebuah keterampilan yang bisa dipelajari. Jika Anda punya komitmen yang kuat maka tidak ada yang perlu dirisaukan dari presentasi.
2. Persiapan yang baik
Tidak ada satu pun presenter atau pembicara hebat di dunia ini yang percaya diri saat melakukan presentasi, jika ia tidak memiliki persiapan yang baik. Tidak satu pun. Anda boleh bertanya kepada pembicara yang terlatih mana pun dan Anda akan mendapatkan jawaban yang sama. Bahwa persiapan adalah kunci di mana mereka begitu percaya diri saat tampil di depan publik. Dalam hal ini ada beberapa hal yang perlu Anda persiapkan antara lain: pemilihan, tujuan presentasi, analisis audiens, menyusun bahan presentasi, struktur presentasi, membuat desain, latihan dan penguasaan alat-alat presentasi.
Jika semua persiapan ini Anda lakukan dengan baik maka Anda akan jauh lebih percaya diri dalam setiap presentasi.
Bagaimana jika presentasi saya dadakan?
Meskipun presentasi Anda dadakan, Anda tetap harus melakukan persiapan. Meskipun waktunya terbatas. Saran saya jika hal ini menimpa Anda, maka mintalah waktu kepada panitia untuk mempersiapkannya. Saya yakin mereka akan memahami itu semua.
3. Berpenampilanlah yang baik
Saya rasa Anda tidak akan menolak jika saya mengatakan bahwa penampilan yang baik akan menambah rasa percaya diri Anda dihadapan orang lain. Dah ini sulit dibantah. Semakin baik Anda menjaga penampilan maka percaya diri Anda akan semakin tinggi. Namun sebaliknya jika penampilan Anda biasa saja, sedangkan apa yang dikenakan audiens lebih baik dari Anda akan merasa tidak percaya diri. Kecuali Anda adalah orang cuek dengan itu semua. Namun asal Anda tahu saja, audiens akan lebih menghargai Anda jika Anda berpenampilan baik.
Demikianlah tiga tips sederhana meningkatkan rasa percaya diri dalam presentasi. Percayalah jika saran ini Anda lakukan dengan baik, Anda akan jauh lebih percaya diri dalam setiap penampilan atau dalam setiap kesempatan presentasi.

Sunday, June 22, 2014

PERCAYA PADA DIRI SENDIRI



Salah satu gejala yang paling luas dan mewabah diberbagai kalangan, baik kaum muda, kaum tua, orang kaya maupun orang yang hidup sederhana adalah sindrom kurang PD atau minder.
Kita sering mendengar seseorang lebih PD jika ia berada diantara orang-orang yang berada dibawahnya, baik secara ekonomi ,kepintaran maupun secara fisik. PD itu sebenarnya bersifat semu dan sangat sementara, karena begitu ia berada diantara orang-orang yang lebih unggul darinya, maka PDnya akan segera sirna. Dan sebaliknya ketika berada diantara orang-orang yang kurang ia cenderung merasa puas dan takabur. Begitu juga dengan PD yang berasal dari jabatan atau posisi penting disuatu perusahaan, PD ini juga bersifat tempelan yang gampang hilang. Salah satu contohnya dapat kita lihat pada mantan pejabat tinggi yang menderita Post Power Sindrome pada saat ia tidak lagi menjabat.
Jadi, seperti apa sesungguhnya rasa percaya diri sejati yang benar-benar kokoh ?
Ungkapan Larry King, seorang host sebuah acara Talk Show mungkin bisa menjelaskan. Ketika ditanya, “Bagaimana ia tetap PD pada saat menginterview orang-orang top dan para pemimpin dunia?”. Larry King menjelaskan, “Saya merasa, saya dianugerahui oleh Tuhan sebuah bakat yang sangat unik yang tidak seorangpun memilikinya, maka setiap saya berhadapan dengan tokoh-tokoh itu saya selalu berpikir, tokoh-tokoh itu boleh hebat dibidang tertentu, tapi setidaknya dalam hal menjadi host sebuah talk show pasti saya jauh lebih hebat dari mereka.”
Itulah esensi dari rasa Percaya Diri Sejati, karena bukan hanya Larry King, kita semua setiap manusia telah dianugrahi oleh Tuhan sebuah bakat unik. Anda pasti sudah tahukan ? Ada miliaran bahkan triliunan DNA yang pernah hidup dimuka bumi ini, tapi tidak pernah terjadi ada DNA yang kembar. Itulah gambaran keunikan kita. Jadi siapapun anda, kita memiliki satu bakat khusus yang tidak dimiliki oleh orang lain sebuah bakat yang menunggu untuk kita temukan yang jika berhasil kita asah akan membawa kita pada level yang terbaik di dunia ini. Bakat atau kemampuan khusus itulah yang sudah kita temukan maupun belum merupakan pasangan dari misi atau tugas khusus yang kita emban selama hidup di dunia ini.
Kalau fakta-fakta itu belum cukup untuk menguatkan rasa percaya diri anda. Coba perhatikan kenyataan ini, kita bukan hanya dilahirkan ke dunia untuk sukses tapi bahkan jauh sebelum terlahir pun kita telah lebih dulu sukses. Coba bayangkan, berapa kira-kira jumlah sel sprema yang bersaing dan berebut untuk mendekati sel telur? Jawabannya, tidak kurang dari 300 sampai 400 juta sel sperma. Dan berapa dari jumlah sebesar itu yang akhirnya dapat menembus dinding sel telur sehingga menjadi janin? Jawabannya hanya ada satu “The Choose an one” yaitu kita semua. Dengan kata lain, kita adalah juara dalam sebuah kompetisi yang melibatkan 300 sampai 400 juta kontestan. Tuhan telah memilih kita dengan segenap potensi DNA yang ada pada diri kita untuk menyisihkan jutaan sel dengan jutaan potensi lain. Jadi masih sulitkah kita untuk meyakini kehebatan dan keunikan yang ada pada diri kita ini??..
Salam Luar Biasa!



Saturday, June 21, 2014

NEVER GIVE UP !



Gambar: It's my time, It's our time!! If you want something, you gotta fight for it, you you gotta FIGHT for your right and protect your dream! NEVER GIVE UP!! 

#nevergiveup #success #inspiration #motivation #bigdream #freedom


It's my time, It's our time!! If you want something, you gotta fight for it, you you gotta FIGHT for your right and protect your dream! NEVER GIVE UP!! 

Friday, June 20, 2014

SENI MEMUJI YANG BETUL

Sering kali memuji rakan sekerja atau atasan dianggap sebagai membodek dan mengampu. apatah lagi sikap seakan sebati dengan budaya dalam organisasi. Sama ada itu membentuk ke arah persekitaran sihat atau sebaliknya, banyak bergantung pada keadaan. Tetapi dalam banyak keadaan, memuji yang keterlaluan dan ketara memang tidak baik. Ia akan menyebabkan orang lain meluat dan menyampah.

Agar anda tidak dilihat seperti membodek atau dibenci rakan kerana suka memuji ada baiknya anda mempelajari tip memuji yang sebetulnya.


Pujian berpada-pada.
  • Kalau hendak memuji, biarlah pujian itu benar-benar layak diterima oleh orang yang berkenaan, bukan berlebihan hingga nampak anda hendak mengampunya. Contohnya rakan anda memang sedar dirinya tidak layak dipuji, pujian anda yang terlebih itu akan memakan diri anda sendiri. Dia akan pantas sedar bahawa anda sebenarnya hendak mengampu. 
  • Ketika memuji jangan terlalu menunjukkan bahawa anda mahukan sesuatu daripadanya.
  • Pujilah seseorang itu dalam perkara yang dia tahu dirinya layak dipuji.
  • Biarkan orang ketiga menyampaikan pujian anda kepada orang yang berkenaan.

Fikir sebelum memuji.
  • Agar tidak ketara ada baiknya anda lebihkan kritikan positif dalam perkara yang rakan sekerja anda tidak yakin akan kebolehannya. Umpamanya, dia tidak yakin mengenai kebolehannya dalam menulis jadi anda memujinya hingga dia berasa yakin.
  • Tunjukkan pada orang lain bahawa anda punya standard yang tinggi dan hanya memuji pada orang benar-benar layak.
  • sebelum memuji, tunjukkan pada rakan bahawa anda tidak ada apa-apa kepentingan dengannya. Kritik dan puji biarlah seiring tetapi kemudian perlahan-lahan tunjukkan bahawa anda sukakan dia.

Tip memuji ketua.
  • Jangan gunakan teknik puji-pujian yang melampau-lampau dan terang-terangan. Majlis biasanya sangat cepat menangkap maksud yang ingin disampaikan oleh anak buahnya melalui pujian yang terang-terangan itu.
  • Anda boleh memuji bos tetapi hanya dalam perkara yang anda sudah diiktiraf pakar atau dalam perkara mengenai bos anda yang tidak ada kena-mengena dengan urusan kerja.
  • Lebih selamat menggunakan teknik yang lembut, yang dianggap sopan seperti memuji dengan bahasa badan, antaranya mengangguk-angguk, ketawa, senyum dan sebagainya.
  • Boleh juga memuji bos anda di belakangnya, mudah-mudahan orang yang yang mendengar itu akan menyampaikan kepada bos anda. Cara itu lebih sopan dan tidak keterlaluan menunjuk-nunjuk.



Thursday, June 19, 2014

PILIHAN SELEPAS TAMAT BELAJAR




Pilihan Selepas Tamat Belajar | “Apa propsek kerja kau lepas habis belajar ni Amin?” Garau suara Mukmin bertanya. Mereka duduk di bawah pohon yang rendang sambil menikmati ABC mamak yang dijual atas lori putih.
“Aku takde gambaranlah kerja apa yang aku nak lamar lepas habis kerja ni Min. Agak-agak apa pekerjaan yang sesuai bagi pelajar yang pointercukup-cukup makan macam aku ni?” Amin menjawab pesimis. Ada nada merendah diri.
“Kau ni Amin… belum habis belajar lagi dah pesimis macam tu. Belum bertarung dah kalah. Itulah sebab kau takkan dapat kerja nanti. Bukan sebab pointer kau. Pointer tu hanya added value sahaja untuk. Syarikat sekarang ni nak ambil orang yang berkeyakinan tinggi.” Mukmin cuba untuk memotivasikan sahabatnya.
Amin tertunduk lesu. Tinggal beberapa langkah lagi dia akan melangkah keluar dari menara gading. Impiannya hanya satu, mendapatkan segulung ijazah untuk dipersembahkan kepada kedua orang tuanya. Itulah niatnya sejak pertama kali menjejakkan kaki ke universiti.
Namun nasib tidak menyebelahi Amin. Dia setiap semester, keputusannya hanya cukup-cukup makan padahal dia kategori pelajar yang rajin.
“Apa yang kau cakapkan tu senang Mukmin. Hakikatnya, nak laksanakan susah…”
“Apa yang susah? Kau bukan tak sempurna anggota badan. Kalau nak diikutkan kau ni kategori ada rupalah. Cuma tambah keyakinan diri je.”
“Pandailah kau nak ambil hati aku.” Amin tersenyum mendengar pujian dari Mukmin.
“Aku bukan nak mengampu. Aku cakap benda yang betul. Jadi apa prospek kerja impian kau?”
“Aku berminat dalam bidang kejuruteraan. Tapi sekarang aku tercebur dalam bidang pendidikan. Mungkin itu salah satu faktor kenapa aku kurang cemerlang.”
“Amin… Amin… ada saja alasan kau ni. Orang kalau dah tak mahu 1001 macam alasan. Kau jangan terasa Amin. Tapi kalau betul kau minat dengan bidang kejuruteraan, tak ada siapa pun yang boleh menghalang laluan kau ke sana. Sama ada kau mahu atau tak je.”
“Iyalah pakar motivasi terulung… Akan aku usahakan impian dan cita-citaku.”
“Ha, buat jangan tak buat! Eloklah kalau dah minat tu jangan tangguh-tangguh, nanti padam pulak semangat yang berapi-api tu.” Sambung Mukmin. Dia berharap sahabatnya akan mendengar pesanan dan kata-katanya.

Membuat Pilihan
Bukan memilih jodoh saja sulit sekarang ini. Memilih kerja pasca graduan juga mempunyai kesulitan tersendiri. Ramai bekas graduan yang telah menyelesaikan pelajaran keliru memilih pekerjaan selepas tamat pengajian.
Tidak kurang juga yang mengalami tekanan akibat pengajian yang diambil tidak bersesuaian dengan kerja yang dilamar. Akibatnya ramai graduan memilih untuk menganggur sebagai jalan penyelesaian.
Meskipun tahu menganggur adalah sebuah ‘aib’, namun pilihan itu dirasakan lebih baik daripada salah menceburi bidang pekerjaan. Tahukah mahasiswa dan mahasiswi sekalian bahawa kebanyakkan syarikat lebih cenderung menerima ‘lamaran’ kerja dari mereka yang berpengalaman meskipun mempunyai kelulusan di bidang yang berbeza?
Andaiannya seperti ini, Ahmad merupakan seorang graduan bidang pergigian dari sebuah IPT swasta. Namun ditakdirkan beliau tidak menerima sebarang panggilan kerja. Ahmad hampir putus asa. Namun, ibunya memberi semangat untuk mencuba pekerjaan dalam bidang yang berbeza iaitu perniagaan. Berbekal modal lima ratus ringgit Ahmad mula berniaga kecil-kecil dipasar malam.
Beliau menjual makanan-makanan sunnah seperti madu, kismis, kurma dan lain-lain lagi. Perniagaan Ahmad kurang mendapat sambutan di pasar malam. Ibunya sekali lagi memberi cadangan agar beliau membuka tapak perniagaan di ceramah-ceramah agama. Selain berniaga, beliau turut dapat menambah ilmu pengetahuan.
Berkat usaha yang berterusan dan tidak berputus asa. Kini Ahmad telah meiliki sebuah kios makanan sunnah disebuah pasaraya yang terletak di Shah Alam. Ilmu pergigian yang beliau perolehi turut dapat dipraktikkan jika ada pelanggan yang bertanya tentang kesihatan gigi.
Jika kita lihat, pergigian dan perniagan sama sekali tidak mempunyai kaitan. Namun, apa yang dilakukan oleh Ahmad adalah mendengar nasihat sang ibu dan yakin bahawa pekerjaannya akan membuahkan hasil. Jika Ahmad memilih untuk menganggur maka bilakan impian dan cita-cita beliau akan terlaksana? Disinilah letaknya akal dalam membuat pilihan.

Pekerjaan Kecil oleh Seorang yang Besar
Rasulullah s.a.w. memulakan karier baginda sejak berusia 7 tahun. Pada usia kanak-kanak yang sedang seronok bermain, Baginda telah menjadi seorang pengembala kambing. Baginda adalah seorang pesuruh Allah yang mulia. Dijaga dari dosa. Namun perjalanan Baginda menjadi seorang Rasulullah bukan sebuah perjalanan yang mudah.
Pekerjaan sebagai pengembala kambing, diikuti pula menjadi seorang peniaga telah mengajar baginda untuk sentiasa tawadhu, amanah dan rendah diri. Baginda tidak sombong meskipun datang dari keturunan yang besar, iaitu arab Quraish. Sifat tawadhu Baginda akhirnya menjadikan Baginda seorang pemimpin yang hebat, lembut hati dan mencintai umatnya.
Pekerjaan kecil yang lakukan telah mendisiplinkan Baginda dan akhirnya menjadikan Baginda pemimpin terulung yang tiada bandingnya hingga kini. Maka siapakah yang dapat menentukan sesebuah pekerjaan mampu menjamin kemuliaan seseorang?

Pengalaman itu Mendewasakan
Sahabat mahasiswa, bekerja tidak pernah merugikan. Asalkan ia halal dan bermanfaat. Bekerja akan memberi kita pengalaman yang berharga, juga membaiki akhlak kita agar lebih tawadhu.
Jangan sesekali kita memilih untuk ‘mengosongkan’ masa demi sesuatu yang tidak pasti. Bekerjalah walaupun bukan dalam bidang yang kita impikan sehingga suatu saat nanti kita mampu untuk mencapai impian kita.
Memilih untuk membiarkan masa kosong tidak berisi akan mengakibatkan ‘kebekuan’. Ibarat sungai yang tidak mengalir. Terkumpul di dalamnya kotoran dan akhirnya menimbulkan bau yang tidak menyenangkan.
Sepertimana ramai alim ulamak yang menasihatkan agar para remaja mengisi masa dengan perkara yang bermanfaat, maka seharusnya pasca graduan jangan sesekali kita biarkan masa terbuang begitu sahaja. Masa dan usia yang dibuang untuk perkara yang tidak bermanfaat akan melahirkan penyesalan seumur hidup.
Ambillah kesempatan untuk menceburi dan mendalami apa jua bidang. Anda akan merasakan nikmatnya memperolehi pengalaman, lebih besar daripada nikmat memperolehi uang gaji. Pengalaman mendewasakan, ia akan menjaga kita agar tidak tersalah langkah dikemudian hari. Sedangkan uang atau gaji akan habis jika tidak dilaburkan ke jalan yang bermanfaat. Semoga kita dipandu oleh Allah s.w.t. dalam membuat setiap keputusan penting dalam kehidupan.

Semoga sedikit sebanyak info ini dapat membantu anda di luar sana :)

Salam Sayang,
Nadiah Ahmad
+0195235560

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...