Tuesday, March 31, 2020

Stay at home, and we can do it Malaysian


Bila Nad kena pakai mask kemana-mana.
Dengan pakai glove lagi sekarang.

Nad sedar yang....
Terlalu banyak nikmat yang Allah beri but we take for granted.

Sebelumni. Nad boleh bernafas dengan bebas.
Tanpa perlu rasa macam sesak nafas and terbatas pernafasan tu, sebab kalau duk hirup udara dengan pakai mask, asma terasa sangat memang terbatas betul “kebebasan nak bernafas” tu.

But still im so so grateful sebab just kena pakai mask time nak keluar rumah je.

Cuba bayangkan kalau 24/7 kena pakai mask ? 
Tiba-tiba Allah tarik nikmat kita menghirup udara segar ? And kita kena bergantung dengan mask oksigen, sebab the air is too polluted/penuh virus berterbangan ? Can we even imagine ?

Allah tarik nikmat sekejap je.
And i always believe, everytime Allah uji and duga kita, allah tarik nikmat yang dia beri pada kita sebenarnya sebab Allah nak kita sedar, yang DIA ada.

Dan the best part is, DIA rindu kita.
Dia nak kita menangis, ingat dia.

Sebab Allah, sikitpun takpernah lupa kita.
Buktinya sampai harini, Allah tak lupa nak pinjamkan nyawa kita, kan?

Allah tak lupa nak bagi kita pengelihatan, untuk kita boleh baca and lihat tulisan Nad ni kan ?

Allah tak lupa nak bagi kesihatan kat kita, Alhamdulillah kita masih sihat, masih dirumah, masih boleh makan, minum, peluk anak-anak, peluk suami, peluk family. Kan ?

Bersyukurlah. Sebab mungkin selama ini kita terlalu kurang bersyukur and lupa untuk bersyukur.

Allah uji, sebab Allah sayang.
Allah rindu kita.

Daripada kita dok sibuk persalahkan kerajaan, dok salahkan orang itu orang ini, si itu si ini, sebenarnya sedar tak, yang dalam pada itu kita sebenarnya at the same time sedang menyalahkan Allah 😅

Sebab tiada apapun yang berlaku, tanpa kuasa Dia.
Semua ni terjadi aturan Allah, kehendak Dia.
Allah yang hantarkan virus ini, and Allah sahaja yang boleh pulihkan semua ini, hanya dengan “KUN FAYA KUN” semuanya pasti boleh jadi seperti sediakala, sekelip mata je boleh elok semula.

Yang penting, kita sebagai hambaNya, kena always ingat, Allah ada. Petik jari je, semua yang kita nak, Allah boleh bagi, sekelip mata.

Yang penting, kita kena percaya. Kita kena doa.
Kita kena yakin dengan Dia.

Okay ?

Jom sama sama doa, and sama sama kita jaga and follow the precautions that should be made & Stay At Home, okay ?

Kita jaga kita, kita do our part.
And let Allah do his part.


- Nadiah Ahmad, bukan orang baik, tapi always fikir positive & bersangka baik.

❤️
Nadiah Ahmad

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...