Saturday, March 28, 2020

Be Grateful


Assalamualaikum and good morning ❤️

Day 11 Restriction of Movement Order, sejujurnya bagi Nad hari hari Nad setakat nih masih sama sebab selama nih memang most of the time Nad duduk kat rumah, keluar bila restock barang dekat branch and postage sahaja. 

So for me tak terasa sangat la bab #stayathome nih sebab dah biasa. Cumanya bila tengok muka pishang anak, Nad yang rasa kesian sebab tak boleh pun nak bawa pergi mana mana. Mujur lah dak Hannan faham sebab Walid dah bagitau kat dia tak boleh ikut keluar sekarang nih.

“Hannan tak boleh ikut tau, nanti Polis tangkap. Sekarang nih bahaya ada coronavirus, virus nih jahat dia suka kacau orang and buat orang jadi sakit. Kalau sakit nanti kena tidur kat hospital, nak ke tidur kat Hospital?”

Terus dia tak minta nak keluar dah 😅 ummi jela kena fikir apa jela lagi nak buat kat rumah nih untuk tak bagi dia pishangg...

Dah masuk hari ke-11 nih takde terasa sangat nak bertukar jadi “hijau” walau anak buat perangai, buat sepah. Sebab kalau bertukar jadi “hijau” alamatnya terus akan spoil mood sepanjang hari. Kesian anak anak, dah la kena duduk jer kat rumah, dapat pulak ummi yang asyik marah marah. Tak ke murung diorang nanti ? 😅

As ummi dan orang kanan kepada Walid, Nad sendiri memang sedaya upaya untuk stay positive. Nak anak anak pun rasa happy and in a very good mood everyday, baru lah rumahku syurgaku gitu. InshaaAllah, kita semua boleh! ❤️

Semalam sebelum tidur Nad cakap dengan Husband, “ abang, kesian anak tengok dah nampak muka masing masing macam blur jer duduk rumah. Kita nak kena fikir ni aktiviti apa nak buat dengan diorang setiap hari. Lama lagi ni tempoh lock down.”

So kitorang pun discuss apa nak buat semua, apa nak beli untuk make sure anak anak tak terasa bosan sangat duduk kat rumah. Salah satu perkara yang kitorang dah decide ialah nak sediakan satu playroom khas untuk anak anak since Ahmaf pun nanti membesar boleh main sama sama dengan Hannan.

Misi housekeeping bermula! Dah ada playroom nanti takde lah ruang tamu Ummi jadi tadika lagi dah. Hihi 😆


As usual pagi Nad dimulakan dengan Min Kaffe to stay energetic all day and of course Min Kaffe nih bagi mak mak maintain bertenaga dan berseri seri even duduk jer kat rumah. Bonus dia bagi kawal selera makan kita, takde lah masuk dapur setiap 10 minit sebab nak mengunyah 😁

So how’s your day ? Korang buat apa je tu kat rumah ? Jangan mengeluh tau tak dapat nak keluar, nak jalani kehidupan harian dan aktiviti kita macam biasa. Macam macam kita boleh buat. Kalau sebelum nih pagi tak sempat nak mengaji, nak solat Dhuha sebab kekangan masa dan kerja, sekarang nih dah ada peluang buat lah selagi boleh 😊

Beruntungnya kita dapat duduk rumah spend time dengan suami, anak anak, family. Semua petugas kesihatan tengah sibuk bertarung selamatkan pesakit kat hospital. Moga Allah lindungi dan pelihara mereka sentiasa 🤲🏻

Jangan lupa zahirkan kesyukuran pagi nih,

“Alhamdulillah terima kasih ya Allah kerana Kau berikan kami lagi ruang dan peluang untuk hidup dengan sihat dan bahagia hari ini bersama orang orang yang kami sayang.”

“Alhamdulillah terima kasih ya Allah Kau permudahkan segala urusan kami, Kau lindungi dan pelihara kami daripada segala jenis wabak dan penyakit.”

بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ

Maksud ayat:

"Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

#stayatHome #dudukrumah #stayhealthy

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...