Time-time musim tak berapa sihat ni lah sebenarnya banyak/besar tanggungjawab kita sebagai ibu bapa nak make sure anak-anak dapat elak/mencegah dari sebarang jangkitan.
Jujur Nad cakap, malam tadi sebelum tidur rasa risau sangat dengan wabak virus yang tengah melanda sekarang. Memang cuti sekolah tak lama lagi ni seboleh-bolehnya Nad kuarantin anak tak pergi mana. Plan nak bawak pergi holiday & plan nak bawak keluar berjalan semuanya cancel serta merta sebab risau kalau musim tak sihat ni.
Tambah-tambah kalau ada anak yang dah sekolah. Walaupun cuti panjang 5 hari, tapi ketahuilah sebagai ibu bapa risau kalau sorang berjangkit, adik beradik lain bakal jangkit. Tu lah cabaran anak ramai.
Selalunya kalau waktu weekend pun, paling-paling pun Nad bawak pi taman belakang rumah tu je haa beli jiwa anak, tapi tu lah kuarantin.
Petang ni malas pulak nak ajak main dekat laman rumah luar walaupun cuaca cantik, sedang elok tak hujan & berangin. Anak pulak macam biasalah merayu macam-macam ajak nak keluar. Tapi buat masa sekarang ni kita hold dulu keluar tempat ramai-ramai orang.
Bila anak cakap bosan, kami sebagai ibu bapa kena bijak terangkan suasana sekarang macam mana. Budak-budak kan, ape laa yang diorang faham sangat. Yang diorang faham nak berseronok, nak bermain. Aktiviti dekat rumah je lah ibu ayah boleh usahakan sedaya mampu 😊 InshaAllah buat sementara waktu je.
Kalau untuk Nad sendiri, waktu-waktu sekarang ni memang sediakan dengan hand sanitizer untuk mencegah. Wajib sangattt ada di rumah and dalam beg.
Yang adult pun jangan lupa jugak lagi-lagi musim tak sihat ni. Kita sangat-sangat memerlukan pencegahan di kala waktu tak sihat ni.
Love,
Ummi yang kepenatan mengelap air yang tumpah atas lantai 🤢
Nadiah Ahmad
Your Beauty Advisor
✨Postage hari hari
✨COD seluruh Kulim & sekitar Bukit Mertajam
Stay safe everyone ❤️
No comments:
Post a Comment