Monday, March 16, 2020

ANTARA BENDA PENTING TENTANG COVID 19


Sebab semalam macam ada satu panic attack dengan people around me, and of course Nad pun risaukan few people yang nak travel. Ada yang dah kena berleter berbakul jugak sebab travel jugak time-time macam ni 😎

Bukan Naf risau tempat travel tu sangat kalau memang takde kes, tak kisah lah nak pegi mana. Risau airport tu haa! Macam-macam orang lalu.

Membuatkan daku bukak habis website CDC, WHO semua nak baca semalam. Kenapa Nad bukak website ni ? Sebab until now memang takde any study lagi on COVID 19, all this while para saintis and medical profesionals bergantung pada study MERS CoV & SARS sebab they are almost the same. 

✅ Masa untuk kita dapat simptom selepas dijangkiti virus ialah 1-14hari. Kebiasaannya 5hari. 

✅ Virus ini takkan dijangkiti hanya dengan berpegangan tangan, tapi sebab tangan tuuu lah yang pegang mata, mulut, hidung. So virus tu boleh masuk dalam badan. Nampak kan kenapa kena basuh tangan betul-betul ? 

✅ Mask bukan yang paling penting untuk yang sihat! Sanitizer is. Sebab dalam sanitizer ada alcohol 60-70%, alcohol ni dapat mematikan virus tu di luar. But dont go panic buying it, beli cukup untuk family je keh, orang lain pun nak jaga family jugak.😅

✅ Tapi mask sangat penting kalau tak sihat, pekerja kesihatan & jaga orang yang sakit. 

✅ If SARS is deadly, virus ni belum sampai bawak kematian sebanyak SARS dulu, but it is highly contagious and dah ada kes kematian jugak. So jaga diri. 

✅ Kita tak tahu orang yang infected tu pernah ke mana, not everything media akan share. Kedai makan mana, RnR mana, hotel mana dia stay. Kita tak tahu. That is why kita disarankan stay indoor sampai semua tenang. Agak nak bercuti sangat, balik kampung jumpa mak ayah dulu.😘

✅ Yang akan senanggg sangat affected ialah orang tua, especially yang ada penyakit lain jugak. Kalau paru-paru bermasalah lagi lah mudah untuk makin teruk. Maybe ini masa terbaik yang sihat-sihat untuk STOP SMOKING.

✅ Mana yang rasa maybe kena or ada close contact, first jangan panik. Ada nombor untuk contact kat bawah ni, nanti diorang akan make sure kita perlu ke klinik/hospital atau tidak. 

✅ Sebab yang penting sekarang ialah, minimize exposure to others. Bukan tak 
bagi bersosial or jumpa orang. Tapi sabar kejap. Health is wealth kan. Jaga kesihatan dulu.😊

✅ Nak tingkatkan immune system ? Pleaseee! Sebab bila sebut virus, memang akan kacau sistem imun kita. Do anything you want to protect yourself, the simplest way is by taking VITAMIN C. Jangan panic buying jugakkk. Beli cukup-cukup untuk anda & keluarga.

✅ Masa kuarantin untuk pesakit dengan simptom atau tidak yang terbaik ialah 14hari.

✅ Pesakit positif & ada simptom akan di discharge dari kuarantin selepas tak ada lagi simptom apa2, and tested negative for covid 19 for at least twice. 

So Nad rasa ni dulu yang Nad rasa penting untuk semua tahu. 

Kenapa orang cakap PREVENTION IS BETTER THAN CURE ? 

Sebab ada penyakit yang rawatan belum muncul lagi like this. Sebab tu banyak langkah pencegahan. 

No harm pun kita nak ikut kan. 😊

It is PANDEMIC people. Maksudnya worldwide. Satu dunia tengah bertungkus lumus nak selesaikan termasuk Malaysia. Bukan benda kecil. 

Health workers cuti kena beku, paling dekat dengan pesakit at all time. Yet kita yang disuruh jaga diri dengan stay indoor (selain kerja/sekolah/ terpaksa beli groceries) sekejap je pun susah nak buat, tu Nad sedih. 

But i know everyone may has their own reason for their doings. Just be safe and 
healthy okay ? 

Make sure hand sanitizer jadi kawan baik kejap.


This mini size is very convenient to put in pocket, handbag and in your child's school bag!

Minum air cukup.
Vitamin C bawak ke mana2.
Prepare mask.
Basuh tangan betul2. 

And DOA. Ini senjata terkuat kita.❤️

Anything i am here to help you! 

Love
Nadiah Ahmad,
Your Premium Beautiful Expert
Follow Instagram : @nadiahahmad__

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...