Friday, January 3, 2020

NAK BERJAYA TAK ADE SHORTCUT




Ramai tanya Nad tips nak berjaya.

Macam mana nak buat ?
Macam mana nak dapat ?

Soalan tu sangat subjektif sebenarnya. Kejayaan nih ada banyak peringkat dan ukuran, kesemuanya bergantung kepada ukuran kita sendiri.

In my own point of view, kejayaan adalah check point dalam perjalanan hidup kita. Nad sendiri dah lepasi banyak check point dalam perjalanan bisnes which means banyak target Nad set Alhamdulillah Nad dah capai. Tapi itu semua adalah kejayaan yang bersifat sementara dan dah jadi sejarah kerana ia adalah cerita semalam yang dah lepas pun.

 Kejayaan next adalah target Nad yang seterusnya. Semestinya Nad kena letak target sesuatu yang baru, yang lebih besar dari semalam dan lebih susah untuk Nad capai.

Itulah rahsia sebenar kejayaan. Letakkan kejayaan sebagai suatu perjalanan dan bukannya destinasi. Jadikan ia satu sejarah dan hala tuju ke peringkat seterusnya, bukannya rasa puas hati dah dengan so called kejayaan yang kita dah capai. Bila kita sendiri hargai setiap kejayaan yang kita berjaya capai, barulah kita ada keyakinan untuk melangkah lebih jauh dan lebih laju.

So cuba korang fikir balik, apa kejayaan korang?

Segalanya adalah kejayaan. 

Menguasai rasa takut untuk mula bisnes dan terus mulakan bisnes dengan kuat, consistent dan berdisiplin juga satu kejayaan hebat dalam menguasai emosi korang.

Orang kita nih kadang macam macam takut dia..

Takut orang kata macam macam.
Takut sales tak masuk.
Takut takde orang nak PM.
Takut takut takut, macam macam ketakutan lagi.

Melalui zaman takde orang pm lagi dengan sabar, berapa ramai mampu survive waktu zaman nih?

Hanya mereka yang keep on mencari ilmu untuk ubah kesilapan dalam bisnes yang akan survive inshaaAllah. Kemudian sale akan mula masuk satu persatu. Ya, itu lah salah satu kejayaan yang besar!

Berapa ribu orang bila takde orang PM atau membeli darinya, dia terus give up. Katanya takde rezeki. 

Sebenarnya bukan takde rezeki tapi korang yang tak reti. Jangan simply sebut pasal rezeki. Rezeki akan datang pada yang berusaha. Menuntut ilmu untuk memperbaiki diri juga adalah satu usaha.

Macam mana you expect boleh terus berjaya dan kaya dalam bidang yang you bermula dengan takde ilmu?

Nad suatu masa dulu juga bermula dari bawah, sama jer macam orang lain. Nad try and error, sampai lah Nad berada di tahap sekarang.

Ingat, takde shortcut untuk berjaya dalam bisnes. Belajar lah, tuntut ilmu dan berguru dengan mentor. Cari mentor, bukan tunggu mentor cari anda.

Korang akan belajar seiring dengan pengalaman. Nad sendiri Alhamdulillah dah lebih 6 tahun dengan Bisnes SHOM. 

Suatu jangka masa yang agak lama bukan? 

Dah lebih setengah dekad. Bila ilmu bercampur pengalaman maka kadang tu datang lah macam macam idea untuk naikkan lagi bisnes.


Nad bukan disini kerana Nad ada LUCK. Nad bukan lahir lahir jer terus pandai berniaga. Segalanya adalah usaha berterusan dalam memperbaiki diri dan sifat ingat belajar lagi dan lagi 💪🏻💪🏻

SHOM-Business-Mom-Preneur,
Nadiah Ahmad | 019.523.5560

Instagram : @nadiahahmad__

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...