Tuesday, December 24, 2019

DIUJI BERTUBI-TUBI, JATUH DITIMPA TANGGA


DIUJI BERTUBI-TUBI, NASIB MALANG, SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA? BAGAIMANA HORMON BOLEH MEMPENGARUHI SEMUA INI, DAN MACAM MANA CARA NAK ATASI? 

Bismillahirahmanirrahim.. 

Kadang-kadang, orang tengok kita happy.. Orang nampak kita bahagia, berjaya, senang.. Duka kita, ujian yang kita tak cerita, takde siapa tahu sampai orang hanya fikir hanya mereka sahaja diuji.. Hakikatnya setiap daripada kita diuji.. 

Nad pun tak terlepas daripada diuji.. Ujian pulak bukan sikit-sikit, agak besar jugak.. Lepas satu, satu ujian yang datang sampai nana rasa letih sangat-sangat.. Tambah-tambah ujian emosi, Allah je tahu macam mana nak hadap at the same time kena always jadi kuat demi keluarga :’) 

Tapi Nad percaya, tak ada satu pun ujian yang datang tanpa sebarang hikmah.. Mesti ada hikmahnya.. Dan salah satunya, kerana diuji lah yang buat nana mencari dan mencari.. Nad banyak baca, dengar youtube perkongsian daripada pakar-pakar neuroscience yang mana memang Nad suka sangat benda2 berkaitan dengan otak ni..


Then Nad jumpa sorang ni iaitu Dr Joe Dispenza iaitu international lecturer, researcher, author and motivator yang sangat arif dalam kuasa minda dan energy nih.. 

And salah satu yang Nad dapat daripada talk-talk dan pembacaan Nad mengenai beliau ni, Nad jumpa perkaitan macam mana bila kita STRESS, BENDA TU BOLEH ATTRACT BANYAK BENDA NEGATIF LAGI DALAM HIDUP KITA..

Macam tajuk kat atas, DIUJI BERTUBI-TUBI, JATUH DITIMPA TANGGA..

Apa kaitan dia?

Okey, Nad cerita balik apa yang Nad faham.. Mintak maaf kalau ada tersilap, korang boleh buat research balik nanti ya.. 

Bila kita STRESS, otak kita akan beri arahan untuk kalenjar hormon kita bebaskan hormon CORTISOL, iaitu hormon stress.. 

Yang mana, in long term hormon ni merbahaya kepada badan kita and boleh lead kepada penyakit.. 

Bila kita stress yang berpanjangan, hormon cortisol ni akan keep keluar.. Badan kita tak mampu nak hentikan sendiri pengeluaran hormon ni macam tu saja.. Especially bila kita in constant stress.. 

Lama-lama, disebabkan pengeluaran hormon cortisol yang berlebihan, sistem imun badan akan mula lemah ——-> kita akan jatuh sakit..

But apa yang jadi selain daripada tu lebih teruk lagi.. Sebab hormon cortisol ni akan overpower our SUBCONSCIOUS MIND.. Sampaikan perasaan stress tu masuk dalam subconscious mind kita..

95% daripada siapa kita harini terdiri daripada segala memori of our behaviours + attitude + emotion + habit + feelings yang pernah jadi dalam hidup kita.. Yang menghasilkan RESULT dalam hidup kita.. 

Contohnya kita dah biasa bangun tidur gosok gigi.. Lama-lama benda tu jadi habit yang mana kita sendiri akan automatically xyah plan ke apa pun, bangun pagi akan terus pergi gosol gigi.. Result dia, gigi bersih and kita ready untuk start our day..

And then, setiap hari kita bawak kereta dengan memori yang ada dalam subconscious mind kita berdasarkan pengalaman + habit yang berulang2 kita bawak kereta selama ni.. Takde orang yang setiap hari kena belajar bawak kereta balik semula kan? Result dia, kita dapat sampai ke destinasi..

Begitulah POWERNYA OUR SUBCONSCIOUS MIND..

Apa yang jadi bila kita stress, hormon cortisol akan overpower our subconscious mind sampai kita dah terbiasa dengan emosi dan perasaan stress tu..

Masuk ke dalam subconscious mind kita, efek kepada BEHAVIOURS + HABIT + ATTITUDE and RESULT dia akan jadi negatif jugak!

Secara logiknya, bila kita terlalu stress kita akan bertindak ikut perasaan, dan benda ni akan datangkan result perkara2 yang tak best terhasil daripada tindakan kita dengan emosi negatif dan stress tu tadi..

Yang kedua, 

Whatever yang masuk ke dalam SUBCONSCIOUS MIND kita, contoh dekat sini sekarang ni ialah perasaan STRESS kita tadi, akan di aktifkan oleh RAS (recticular activating system) yang mana membebaskan GELOMBANG ELEKTROMAGNETIK.. yang menarik perkara yang sama frekuensi dengan apa yang ada dalam minda kita tadi..

Contohnya kita stress sebab seseorang.. Apa yang kita TARIK ialah, perkara-perkara atau orang yang akan buat kita stress lagi dan lagi.,

Resultnya ———> JATUH DITIMPA TANGGA.. Ujian demi ujian demi ujian demi ujian datang dan datang.. 

———————

SOLUTION untuk elak diuji dengan bertubi-tubi atau keep attract benda-benda yang negatif dalam hidup kita?

1) Control STRESS.. Macam mana nak control stress, ada banyak cara untuk control stress yang semua orang boleh amalkan 

2) Salah satunya ialah, BREATHING.. Bila kita bernafas dengan betul, oksigen akan masuk dengan cukup ke dalam badan dan dibawak ke seluruh badan melalui darah.. Bila kita breath out, carbon dioksida akan keluar membawa bersama energy yang negatif daripada badan.. Automatically hati jadi tenang

3) Tips untuk breathing dengan betul, duduk bersila atas lantai.. Duduk dengan tegak, angkatkan sedikit tulang punggung.. Pejam mata, bayangkan tubuh badan kita ni transparent.. Sambil berzikir, tarik nafas dalam2 sambil bayangkan udara yang kita sedut tu adalah cahaya putih yang bersinar terang.. Masuk ke dalam badan pergi ke seluruh badan.. Kita boleh nampak bercahaya badan kita ni.. tahan nafas dalam 5-7 saat, waktu nak hembus bayangkan setiap perkara yang buat kita stress, dan bayangkan kita hembus keluar benda2 negatif dr badan kita dalam bentuk asap warna hitam

4) Waktu beruzlah ini, sebaiknya duduk sorang-sorang dengan tenang.. minta excuse daripada pasangan

5) Bila kita breathing dengan betul, pernafasan yang betul mampu merenjatkan pengeluaran hormon cortisol sekaligus kita mula rasa tenang

6) Selain tu banyakkan berzikir sambil menjaga pernafasan sepanjang berzikir.. Cuba untuk fokus dan hayati setiap maksud di sebalik zikir yang kita baca

7) Menjaga postur dalam solat juga membantu untuk atasi STRESS.. 

8. Membaca al quran juga membantu release stress, terutama sekali bila kita mengawal pernafasan sambil baca.. Tarik nafas dengan perut, tahan dan hembuskan perlahan-lahan

9) Exercise! Bila kita bergerak, kita mampu bebaskan dan singkirkan energy negatif dari badan sebab waktu ni kita akan bernafas dan hembus nafas lebih daripada biasa.. Siapa yang rasa stress kena bergerak.. sebab tu dalam islam disarankan, bila marah kalau tengah duduk kena berdiri.. Kalau tengah berdiri kena berjalan.. Sebab pergerakkan mampu release energy negatif 

10) pemakanan. Dr Joe Dispenza sangat sarankan pemakanan yang bernutrisi dalam usaha untuk hidup bebas STRESS.

—————

Pendek kata, kalau kita tak mahu kehidupan kita terus menerus diuji dan menarik lebih banyak kejadian-kejadian yang kita tak ingini, usahakan untuk kawal STRESS.. 😊

Bila diuji atau ada something jadi yang kita tak ingini, terus buat steps macam Nad kongsi kat atas tu naaa..

Sekian perkongsian Nad .. Mudah mudahan bermanfaat kepada semua 💕 

———————

Untuk korang yang selalu stress Nad sangat rekemen korang amek MIN KAFFE. Nad kongsi bukan sebab Nad jual je, tapi MIN KAFFE ni sangat membantu sebagai ANTI STRESS..

Boleh whatsapp Nad kalau nak order ya 💕

▪️Postage setiap hari
▪️COD SHOM Kulim & Sekitar Bukit Mertajam

SHOM-Business-Mom-Preneur,
Nadiah Ahmad | 019.523.5560

Instagram : @nadiahahmad__

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...