Friday, September 13, 2019

YOUR FUTURE IS IN YOUR HAND


Satu benda yang Nad selalu “psiko” diri sendiri setiap kali ada rasa malas, ada rasa taknak fight, ada rasa malas nak fikir, ada rasa selesa.. 

“Kalau aku buat apa yang aku RASA NAK BUAT sekarang ni, (bagi alasan, banyak tidur, malas nak fikir pasal bisnes), apa akan jadi pada diri aku bulan depan? Tahun depan?”

Kita kadang-kadang tak sedar, apa yang kita buat hari ini impak dia pada masa depan kita..

Kalau harini kita pilih untuk bermalasan.. Taknak fikir pasal masa depan.. Selesa apa yang kita ada.. 

Agak-agak ada tak masa depan yang lebih baik daripada kehidupan yang kita ada sekarang?

Dalam hidup ni, Allah beri kita MANDAT untuk pilih kehidupan macam mana yang kita mahu..

Kenapa Allah merahsiakan takdir ?

Kerana tanpa kita sedar takdir adalah apa yang kita PINTA dari Allah tanpa kita sedar ataupun tidak..

Takdir adalah SANGKAAN kita pada Allah yang tanpa kita sedar adalah DOA..

Takdir ialah apa yang ada di hati kita, yang tanpa kita sedar itulah DOA YANG PASTI TERMAKBUL..

Kalau hari ini, yang ada di fikiran kita ialah malas nak fikir, selesa, berserah apa adanya, itulah DOA YANG TANPA KITA SEDAR, KITA PINTA UNTUK JADI DALAM HIDUP KITA SAMPAI BILA-BILA.

Andai hari ini, yang ada dalam fikiran kita ialah IMPIAN, KEJAYAAN, PERASAAN NAKKKK SANGAT-SANGAT BERJAYA, SANGGUP BUAT APA SAHAJA DEMI BERJAYA, maka itu lah doa yang kita pinta tanpa kita sedar.

Untuk sentiasa berjaya, untuk ada kehidupan macam mana yang kita suka 😊

Again, 

YOUR FUTURE IS IN YOUR HAND.


Apa sahaja tindakan kita hari ini, tentukan siapa kita, kehidupan macam mana yang bakal kita ada, pada masa depan ❤️

SHOM-Business-Mom-Preneur,
Nadiah Ahmad | 019.523.5560

Instagram : @nadiahahmad__

#InspirasiNadiahAhmad

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...