Thursday, September 19, 2019

Businesswoman yang Persistent


Assalamualaikum guys.

Nad nak share sedikit tips khas buat mereka  yang teringin nak buat bisnes..

Benda pertama yang kita kena ada untuk mulakan bisnes adalah SEJENIS HATI YANG KENTAL ♥️

Mental dan fizikal apatah lagi kan? Of course kena kuat! ๐Ÿ’ช๐Ÿผ

Sebab apa?

Sebab kita akan bekerja untuk diri sendiri. Kalau kita buat ikut mood. Hasilnya pun akan ikut mood. Silap haribulan, hasil langsung TAK ADA! ๐Ÿ˜ฑ
 
Dan lebih teruk lagi, kita akan berhadapan dengan REJECTION kanan dan kiri! 

Fasa nilah sebenarnya ramai orang yang tak sanggup lalui sebab tak ramai yang bersedia dari segi mental untuk terima penolakan & kekecewaan..

So sebagai businesswoman yang persistent, kita kena bersedia untuk terima benda-benda yang mencabar diri! Kadang-kadang yang tak terfikir dek akal pun selalu jee muncul..

Kuatkan hati dengan selalu memohon ilham & petunjuk dari ALLAH.

Sentiasa banyakkan BERDOA & USAHA SUNGGUH-SUNGGUH pada 3 fasa yang mana sangat sangat mencabar bagi Nad iaitu pada fasa :

✅ PERMULAAN BISNES

✅ PERTENGAHAN BISNES 

✅ SESUDAH BERJAYA


Mohon doa daripada ALLAH, supaya kuatkan hati, cekalkan hati. Doa minta kuat semangat. Doa minta diberi sabar. Doa minta diberi ilham dan idea. Doa minta diberi customer yang mampu membeli. Doa minta dikurniakan team yang proaktif. Doa minta kita konsisten. Doa minta kita bangkit walau kecewa berkali-kali. Doa minta setiap satu perkara yang kita mahu.

Berdoalah bersungguh-sungguh setiap hari setiap kali selepas solat. 

Jangan minta pada manusia, tapi minta pada ALLAH. Hati semua manusia di dunia ini dalam genggaman ALLAH.

Sampai masa kita akan “KEBAL”.
Sampai masa kita akan KUAT.
Sampai masa kita akan LALI DENGAN PELBAGAI CABARAN.

Bila dulu, bila kena reject daripada customer, berminggu-minggu baru nak MOVE ON, but now, sekejap jee rasa tu, terus bersangka baik dengan ALLAH & teruskan kehidupan seperti biasa ๐Ÿ˜Š

Teruskan berusaha! 
Teruskan berdoa! 
Teruskan membina sebuah kejayaan dengan bersungguh-sungguh! 
Kejayaan akan hadir selepas kita berusaha, berdoa & tawakal kepada ALLAH ♥️

#NadSharing

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...