Wednesday, September 11, 2019

KEBAIKAN GARLIC TABLET


 Kebaikan GARLIC TABLET 

Bawang putih merupakan antara ‘superfood’ yang mempunyai banyak khasiat. Bawang putih bukan sahaja bagus untuk kesihatan dalaman, tetapi ia juga banyak digunakan dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan luaran. 

🌼 Mengandungi sebatian sulfur

Kajian membuktikan bahawa bawang putih mengandungi sebatian sulfur yang dikenali sebagai Allicin. Ketika bawang putih dicincang dan dihancurkan, sebatian tersebut berubah bentuk menjadi rasa dan bau. Allicin dianggap sebagai bahan aktif  utama yang terdapat dalam bawang putih dan mempunyai manfaat untuk kesihatan. Penggunaan bawang putih tua yang mengandungi konsetrasi tertinggi dari sebatian sulfur mudah diserap oleh tubuh.

 
🌼 Mempunyai banyak khasiat tetapi rendah kalori

Bawang putih mempunyai kalori yang rendah, tetapi kaya dengan mangan, vitamin B6, dan vitamin C. Ia juga mengandungi jumlah nutrien yang banyak seperti kalsium, kalium dan zat besi. 

🌼 Mencegah dan menyembuhkan demam atau selesema

Anda boleh mengelakkan demam atau selesema dengan memakan bawang putih. Kandungan antioksidan dalam bawang putih dapat merangsang sel-sel darah putih yang membantu meningkatkan sistem imunisasi badan dan mencegah daripada dijangkiti demam dan selesema. 

🌼 Merawat tekanan darah tinggi

Bagi penghidap penyakit darah tinggi, bawang putih boleh dijadikan suplemen kesihatan tambahan. Keistimewaan bawang putih yang memiliki ciri-ciri antigumpal dapat membantu mencegah dari terbentuknya darah beku dalam pembulur darah. 

🌼 Mengurangkan kadar kolestrol

Mempunyai kadar kolestrol yang tinggi boleh menyebabkan pelbagai penyakit, terutamanya penyakit jantung dan darah tinggi. Sebelum anda berisiko mendapat penyakit ini, amalkan pengambilan bawang putih kerana seulas bawang putih dapat mengurangkan kadar kolestrol dalam badan sebanyak 10% hingga 15%.

🌼 Mencegah penyakit Demensia dan Alzheimer.

 Bawang putih mengandungi antioksidan yang berfungsi melindungi sistem kognitif dan sel saraf untuk mencegah penyakit seperti Demensia dan Alzheimer.

🌼 Mengurangkan risiko mendapat penyakit kanser.

 Pengambilan bawang putih yang konsisten setiap hari dapat mengurangkan risiko dari terkena penyakit kanser, terutamanya kanser perut dan kanser prostat. Kandungan mineral bawang putih memiliki ciri-ciri antibarah yang dapat menghalang pertumbuhan sel-sel kanser dalam badan.

🌼 Meningkatkan stamina

Anda boleh mengamalkan pengambilan bawang putih secara konsisten kerana ia dipercayai mampu menambahkan tenaga fizikal, daya kekuatan dan stamina seseorang. Ketika zaman purba Mesir, golongan hamba abdi dan buruh yang bekerja keras dalam pembinaan piramid di Mesir telah diberi makan bawang putih untuk meningkatkan tenaga fizikal mereka. Pemakanan bawang putih untuk peningkatan stamina ini turut diamalkan dalam kalangan atlet-atlet dan golongan askar dalam tamadun Yunani.

🌼 Memperkuat sistem kekebalan tubuh

Bawang putih merupakan antibiotik semulajadi yang bertindak memusnahkan bakteria dan virus. Sekiranya anda mengalami jangkitan kuman dalam telinga, titiskan minyak bawang putih dan kesannya sangat melegakan.

🌼 Meningkatkan kekuatan tulang
Selain daripada pengambilan vitamin atau suplemen, makanan tambahan yang paling menjimatkan dan mudah didapati adalah bawang putih. Pengambilan bawang putih secara teratur dapat menambahkan tenaga fizikal sekaligus meningkatkan kekuatan tulang. 

🌼 Membantu sistem pencernaan
Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan dalam saluran makanan.


📲 www.wasap.my/60195235560

▪️Postage setiap hari
▪️COD SHOM Kulim & Sekitar Bukit Mertajam

SHOM-Business-Mom-Preneur,
Nadiah Ahmad | 019.523.5560

Instagram : @nadiahahmad__

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...