Thursday, January 17, 2019

10 years challenge


10 years challenge 

Sejak semalam, semua orang pakat dok ber #10YearsChallenge. Maka terkeluar lah semua gambar-gambar purba masing-masing yang bermacam rupa.. Ada yang 10 tahun beza pun masih sama je rupa, maintainnn.. Ada yang beza gilaa.. Ada yang makin jelita.. Ada yang sebaliknya..

Apapun, pada Nad sendiri, perubahan terbesar sepanjang 10 tahun ini yang pada nad paling impactful dalam hidup nad ialah perubahan kepada mindset nad. Perubahan kepada kerjaya. Perubahan kepada kematangan. Perubahan kepada matlamat hidup.

10 tahun lalu, nad adalah seorang student yang kerjanya hanya pergi kelas balik kelas, weekend pergi kerja.

Waktu tu jujurnya, walaupun kehidupan susah tapi tak pernah pening kepala. Sebab hidup hanya untuk lepas tekak sendiri sahaja. Plan waktu tu nak habiskan belajar, then kerja. Tak nampak jalan lain pun, tak nampak pun bayangan nak serious bisnes sendiri. 

Tak pernah membayangkan bahawa lagi 10 tahun akan datang, rupanya seorang gadis bertubuh badan kecil (dan pinggang ramping 😋) ini, rupanya dah berjaya mengubah kehidupan sendiri.

Tak pernah membayangkan bahawa lagi 10 tahun akan datang, gadis yang nampak biasa-biasaaaa sangat nih, rupanya dah berjaya mengubah kehidupannya menjadi sangat luar biasa.

Gadis yang tak berapa cemerlang dalam pelajaran ini, rupanya ditakdirkan menjadi cemerlang dalam perniagaan.

MashaAllah, dashatnya Allah mengubah seorang manusia hanya dalam tempoh 10 tahun sahaja.

Harapan Nad semoga untuk lagi 10 tahun akan datang, Mudah mudahan waktu itu

💕Nad sudah pun capai Financial freedom beserta dengan Time freedom. Mampu bekerja hanya 2 jam setiap hari, tetapi menjana pendapatan sehingga RM500,000-RM1,000,000 setiap bulan

💕Menjadi WOMAN OF INSPIRATION. Yang mana setiap tahun akan buat satu grand seminar untuk berkongsi rahsia demi rahsia kejayaan yang Nad capai. Untuk bantu semua orang untuk berjaya juga InshaAllah 

💕Nak menghabiskan masa untuk menulis buku setiap hari. Nak produce beberapa buah buku yang bermanfaat kepada semua

💕Dah settle down di rumah idaman, berhadapan dengan tasik.. Rumah banglo 2 tingkat, yang berhalaman luas. Ada garden untuk tanam pokok2 bunga, ada ruang tanah berumput carpet yang sangat luas untuk anak-anak bermain (masa tu Hannan baru 13 tahun so belum bercucu ye haha)

💕Setiap tahun, akan adakan special trip untuk bercuti di dalam atau luar negara

💕Setiap hari, masa dilebihkan untuk mencari ilmu dan beribadah. Nak betul-betul dalami ilmu Al Quran, nak belajar bahasa arab, nak belajar berkuda memanah dan berenang. 

💕Setiap tahun, bawa mak ayah, bersama suami dan anak untuk tunaikan umrah di tanah suci. InshaAllah nak ambil pakej VVIP untuk keselesaan semua

💕Anak-anak juga dihantar belajar macam-macam ilmu dan kemahiran yang mereka minati. Hantarkan untuk belajar bermacam-macam bahasa, kemahiran dan soft skill

💕Waktu ni, dah ada 1 rumah anak yatim dan 1 pusat tahfiz yang nad bina dengan duit sendiri dan menjadi funder utama setiap bulan

MashaAllah indahnya berangan kan ?

Pada Nad ini bukan berangan. Sebaliknya TARGET MASA PANJANG Nad 😊

Sesungguhnya kehidupan ini bukan hanya mengenai cari duit, hidup, dan menanti mati sahaja.

Banyakkk tanggungjawab yang perlu dilaksanakan di atas muka bumi ini sebelum kita dijemput kembali menemui Sang Pencipta.

Mudah mudahan, setiap niat yang baik, setiap impian yang besar ini, Allah permudahkan setiap satunya.

Apa yang penting, jangan pernah ragu-ragu dengan kemampuan Allah untuk memakbulkan setiap satu daripadanya.. 

Hidup ini, kalau kita tak cukup meminta, RUGI! Sedangkan Allah dah cakap , “Mintalah, pasti aku beri”

Dah minta, kena yakin dan percaya Allah mampu beri. Dan seterusnya, USAHALAH!

Kerana impian takkan jadi kenyataan kalau terus bermimpi dan tarik selimut sambung tidur 😆

Sekian, lewat malam still taip panjang-panjang. Entah ada ke tidak taktau orang yang baca hahaha

Tak kisah sebenarnya. Yang penting menulis adalah terapi buat diri Nad. Rasa puassss gila dapat menulis panjang-panjaang isi hati ini. Orang baca tak baca belakang kira hahha

Oh ye, kedai online Nad sentiasa bukakkkkk! Jemput masuk pilih mana-mana yang korang suka hehehe

Instagram : @nadiahahmad__

Lepas pilih, kalau ada yang berkenan laju-laju whatsapp Nad


Selamat malam semua 😊

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...