Monday, October 13, 2014

MENGAPA AKU DI HIDUPKAN DI DUNIA INI ?


bola-dunia02

Untuk sujud menyembah Allah.

“Firman Allah swt, maksudnya:” Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh diatas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar.” (Surah al-Bayyinah 5:98)
“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” (Surah Adz –Dzariyat: 56 )

Untuk aku sebagai khalifah di muka bumi ini.

“Firman Allah, maksudnya: ” Dan Dialah yang menjadikan kamu khlifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberap darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu. Sesungguhnya tuhanmu amatlah cepat azab seksa-Nya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-An’am 6:165)

Untuk aku menyeru kebaikan, membanteras kejahatan.

Firman Allah, maksudnya :” Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (Surah al-Imran 3:104)

Allah tidak jadikan aku sia-sia.

Firman Allah, maksudnya : ” Maka adakah patut kamu menyangka bahawa kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada penciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada kami?” (surah al-Mu’minun: 115)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...