Kali ini nad nak ajar cara menjaga pakain dalam dengan mencuci dengan betul terutamanya Premium Beautiful. Kenapa kita kena cuci dengan betul? Untuk mengelakkan daripada pakaian dalam kita cepat rosak dan tahan lama. Perasan tak jika kita basuh pakaian dalam mesin basuh, struktur pakaian dalam terutamanya bra akan berubah. Besi pada bra pun boleh bengkuk-bengkuk dan terkeluar.
Kat bawah ni antara cara yang betul untuk mencuci pakaian dalam kita terutamanya pada sesiapa yang memakai Premium Beautiful. Penjagaan yang betul perlu bagi mengelakkan struktur asal PB tidak berubah serta memelihara FIR yang terdapat pada PB.
PB natural Wash |
Perkara utama yang perlu ada adalah detergent yang sesuai. Nad syorkan PB wash ni sebab ianya diformulasikan daripada ekstrak tumbuhan terpilih. Amat efektif untuk cucian PB dan juga pakaian dalam yang lain. Selain itu ia juga dapat melindungi tangan anda serta selamat digunakan.
Hasilnya penggunaan PB Natural Wash :
- Pakaian lebih bersih, lembut & menghasilkan bauan yang segar
- Pakaian tidak akan mengecut, meregang & tidak luntur warna
- Lembut pada fabrik, tidak meninggalkan kesan minyak di permukaan pakaian
- Haruman bunga-bungaan menghilangkan bau yang tidak menyenangkan
Cara-Cara Mencuci Premium Beautiful atau Pakaian Dalam
1 - Basuh |
- Mula-mula tuangkan satu penutup PB natural wash ke dalam air.
- Suhu air adalah diantara 30degC - 40degC ataupun suhu air paip biasa dan bukannya air panas.
- JANGAN sesekali cuci PB anda menggunakan mesin basuh!
- Sila basuh PB anda menggunakan tangan.
2 - Gosok |
- Kemudian gosok dengan perlahan dibahagian yang kotor.
- JANGAN sesekali berus atau sental dengan kuat PB anda.
3 - Bilas |
- Selepas lebih kurang 10-15min, bilas PB sekurang-kurangnya 3 kali dengan air yang bersih.
- JANGAN sesekali memerah PB ye!
4 - Toskan |
- Guna tuala kering untuk menyerap air pada PB.
- Atau biarkan dia bergantung dengan hanger bagi mentoskan air.
- Apabila air dah tidak menitik, kemaskan PB kepada bentuk asal dan jemur di tempat yang berangin.
- Kain PB adalah mudah kering. Hanya letakkan di tempat yang berangin atau di bawah kipas sahaja.
- JANGAN sesekali jemur PB di bawah pancaran matahari ye!
- JANGAN juga sesekali mencuba menseterika PB anda!
Barang berharga perlu dijaga dengan betul supaya kualitinya kekal bertahan !
No comments:
Post a Comment