Saturday, April 4, 2020

TIPS NAK DAPATKAN KULIT WAJAH YANG SIHAT DAN CANTIK SEMULAJADI 🌹


Hai korang ! 

Lately ni Nad sedar yang Nad makin jatuh cinta dengan kulit Nad. Tu yang rajin sangat bervideo, berigstories sebab dah konfiden! 

Tak perlu nak heavy makeup, foundation tebal berinci-inci sampai nampak tak natural.

So here ada few tips yang Nad nak share dengan korang untuk sesiapa yang nak sangat dapatkan kulit bersih dan sihat. 

✅ MINUM BANYAK AIR PUTIH.

Nad memang akan make sure water intake everyday cukup. Lagi-lagi sekarang tengah fasa menyusukan anak. Air putih or air masak memang minum banyak. At the same time sebab taknak kulit dry. 

✅ BANYAK MAKAN BUAH & SAYUR.

Dengar macam klishe tapi inilah sebenarnya yang banyak bantu untuk make sure badan sihat,  usus sihat and skin pun cantik. Sayur kampung memang favourite, peria, bayam, ulam-ulam semua Nad makan. Buah lagilah, dekat rumah ni memang husband akan usahakan stok buah always ada.

And lagi satu, kalau korang perasan Nad suka masak sendiri apa yang Nad nak makan sebab i know berapa banyak garam gula yang kita letak dalam masakan kita. Kurangkan membeli makanan dekat luar kalau boleh. 

✅ JANGAN SKIP SKINCARE ROUTINE.

Yang ni korang jangan malas-malas pulak. Sebelum tidur tu cuci muka paling penting. Jangan masuk tidur selagi tak cuci muka bersih-bersih. Macam Nad sendiri of courselah NIGHT ROUTINE dengan Infinence Skincare. Cleanser, Toner, and Night Cream.

✅ JANGAN GATAL TANGAN PICIT JERAWAT.

Perempuan ni memang tak lari dari munculnya miss J bila bulan mengambang. So, jangan gatal gatal nak pergi picit. Even geram sangat pun bawak bawaklah mengucap. 😂

✅ TIDUR SEAWAL YANG BOLEH.

Tidur awal ni sebenarnya ramai orang tak boleh nak buat. Bila kita biasa tidur lambat, badan tak cukup rehat, otak penat semua penat. Bila penat, cepat stress. Mulalah naik wrinkles sebab asyik marah. Muka pun pucat lesu takde seri. So, make sure tidur tak lebih dari pukul 11 malam okayyy ? 

✅ AMBIL SUPPLEMENT JIKA PERLU

Jujur dari hati, before Nad ambil supplement kulit Nad sangat kusam, sampai kawan ejek "asal muka kau kelabu?". Haha. Sabar jelaa! Bila dah cantik sikit, tak boleh nak ngurat dah sebab dah selamat kahwin. Ehehe. 

Antara yang Nad consume :
- Bb Glo Collogen

Collagen ambil bila perlu now stok sendiri habis tinggal nak topup je lagi. 

Actually tak perlu ambil supplement banyak-banyak pun. Ambil yang perlu sahaja ikut masalah kulit korang, yang penting kenalah ISTIQOMAH.

Nad takdelah sampai tahap nak kulit glass skin sampai orang tengok pun silau hehe. Tapi cukuplah bebas cela, sihat & natural beauty.

Kulit sihat, confidence level pun meningkat.

Kalau sebelum ni segan-segan nak jumpa orang, sekarang lagi confidence sebab kita pun rasa presentable.

Bisnes lagilah.
Kena always nampak fresh!
Kena confidence! 

Kalau lesu, tak bermaya, customer pun tak yakin dan tak berani nak datang dekat. 

Semoga bemanfaat. 💓


❤️
Nadiah Ahmad

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...