Bila berniaga ni, satu je yang nana rasa perbezaan ketara dalam diri Nad, iaitu PERGANTUNGAN KEPADA ALLAH..
Kalau nak tahu, Nad ni asalnya seorang yang mudah rasa negatif.. Mudah risau.. Mudah kalut.. Lagi suka fikir hat negatif dulu berbanding yang positif..
Kesannya, kehidupan Nad tak gembira..
Nad tak rasa tenang.. Selalu buruk sangka pada Allah dan manusia 😔
Sejak Nad berniaga, Nadtahu setiap apa yang Nad fikir semuanya DOA..
Nad dah tak berani nak fikir yang bukan-bukan.. Nad tak berani nak sangka yang bukan-bukan..
Sama ada kepada Allah ataupun manusia lain..
Sebab Nad tahu, sangkaan kita kepada Allah semuanya adalah DOA.. Baik sangkaan kita kepada Allah, baiklah yang Allah beri kembali kepada kita.. Buruk sangkaan kita kepada Allah, buruklah kembali apa yang bakal kita terima..
Bukan kerana Allah kejam atau zalim..
Tapi kan Allah dah janji,
AKU BERSAMA SANGKAAN HAMBAKU..
AKU AKAN MEMAKBULKAN SETIAP PERMINTAAN HAMBAKU..
Yang kita dok fikir dan sangka yang buruk-buruk tu, doa la tu.. Nah, itu lah yang Allah beri kepada kita..
Takut kan? 😣
Sangkaan kita kepada manusia juga, tanpa kita sedar semuanya adalah DOA yang akan berbalik semula kepada kita..
Baik sangkaan kita kepada manusia, maka bermaksud kita sedang mendoakan yang baik-baik untuk diri kita sendiri..
Buruk sangkaan kita kepada manusia, maka bermaksud kita sedang mendoakan yang buruk-buruk kepada diri kita sendiri..
Nauzubillahiminzalik 😞
Banyak sangat pelajaran dan pengajaran yang nana belajar asbab melalui berniaga..
Nad dapat rasa kehidupan Nad improve sangat-sangat, bukan hanya dari segi kewangan sahaja.. Tetapi dari segi kebahagiaan dan ketenangan hidup..
Nikmat apa lagi yang hendak Nad dustakan 😓
Asbab melalui bisnes jugak, Allah jumpakan dengan ramai kawan.. Ramai orang baik-baik..
Allah datangkan kawan bussines yang ramaiii sangat entah dari mana..
Allah terbit rasa kasih sayang dalam diri kawan-kawan bisnes Nad buat diri Nad.. Allahu, nikmat terindah dalam hidup Nad.
Sebab tu kalau orang tanya kenapa Nad komited dan sayangkan sangat bisnes ni.. Sebab DUIT semata-mata kah?
Jawapannya tidak..
Nikmat yang Nad dapat asbab melalui bisnes ni adalah lebih besar dan indah daripada wang ringgit..
Yang Nad yakin, Nad mungkin tak mampu dapat semua tu kalau Allah tak lorongkan Nad dengan bisnes ini..
Nikmat TENANG..
Nikmat BAHAGIA..
Nikmat YAKIN AKAN ALLAH YANG SATU..
Nikmat PERCAYA ALLAH AKAN JAGA SEMUA..
Nikmat UKHUWAH DAN KASIH SAYANG
Bersyukurnya Nad
Kembang hati Nad, bahagia rasa dikelilingi kasih sayang dan cinta..
Terima kasih semua..
Terima kasih sudi hadir dalam hidup Nad
Ketahuilah Nad sangat hargai kehadiran setiap daripada anda dalam hidup nana..
Terima kasih lagi sekali..
Alhamdulillah, nikmatMu kusyukuri Ya Allah 🌹
#InspirasiNadiahAhmad
No comments:
Post a Comment