Saturday, June 22, 2019

#NadSharing


“DAH ADA ISI KE?”

Tahun tahun sebelum ni, setiap kali raya selalu rasa malas nak pergi beraya.. Bukan taknak jumpa orang.. Bukan malas nak jumpa sanak saudara.. Bukan tak suka mengeratkan silaturrahim..

Tapi sebab nak elak ditanya soalan tentang yang satu itu..

"Dah berisi ke belum?"
"Bila nak raya bertiga?"

Lagi mengguris hati bila ada yang siap raba perut.. Kot-kot dah buncit tapi taknak cerita.

Orang yang tak pernah alami mungkin tak faham.. Mungkin akan suruh "berlapang dadalahhhh"

Hakikatnya, diri sendiri yang kena hadap dah naik kebas muka menahan rasa. Nak telan terasa kelat di tekak.

Hanya Allah yang tahu perasaan nak menghadap segala mak nenek soalan tu. Lagi pedih dari menanggung derita menanti kehadiran zuriat.

Kalau jumpa hat yang mulut takde insurans tu lagi laa.

"Ko tak subur la tu"
"Cuba check doktor, kot kot mandul"

Belum lagi dengan gurauan gurauan yang tak sopan. Yang diorang ingat lawak lah sangat! 

Alhamdulillah tahun ini tahun ke 3 sebagai ummi.

Hanya pada Allah tempat kami panjatkan kesyukuran.. 

Buat yang sedang menanti, jangan pernah putus asa. Teruskan usaha dan doa mintak sungguh-sungguh pada Allah.

Kat sini Nad nak kongsi antara apa yang Nad selalu amalkan satu masa dahulu.

❤️ Banyakkan sedekah pada anak yatim.Kalau dapat jumpa anak yatim, usap kepala diorang. Mintak anak-anak yatim tolong doakan.. Doa mereka InshaAllah tiada hijab.

❤️ Setiap kali dengar berita gembira kelahiran baby baru sama ada sedara mara atau kawan2, tumpang gembira. Jangan sedih jangan rasa down pulak. Belikan hadiah buat ibu dan baby. Gembirakan hati mereka. Masa melawat baby baru lahir tu, bisik kat telinga baby tu mintak doakan kita.. 

❤️ Solat Hajat setiap hari. Lagi baik kalau dapat bangun tahajjud, mintak pada Allah sungguh-sungguh di satu pertiga malam. Doa sampai menangis. Doa sungguh-sungguh. 

❤️ Lepas solat subuh, baca zikir "Ya Mussawwir" berulang ulang kali sampai letih. Kemudian dalam hati niatkan, "Ya Allah, kurniakan aku zuriat yang lahir dari rahimku sendiri"

❤️ Setiap kali makan supplement, selawat dan niatkan "Ya Allah, semoga supplement ini asbab untuk Kau kurniakan aku zuriat"

❤️ Bila dengar sahabat-sahabat nak ke Mekah dan Madinah tunaikan Umrah, kirim doa pada mereka. Minta didoakan depan Kaabah.

❤️ DOA DOA DOA.. Doalah sentiasa.. Terutamanya di waktu mustahab doa.. Waktu sebelum berbuka puasa, ketika musafir, hari jumaat, lepas solat zuhur hari khamis dan sebagainya.. Mana tahu, salah satu doa yang anda pohon itu disambut malaikat, diaminkan malaikat dan diangkat terus ke langit.


Semoga barakah bulan yang mulia ini, Allah permudahkan urusan kita semua.. Nad ikhlas hati mendoakan semua sahabat-sahabat TTC yang membaca post ini, semoga dipermudahkan mendapat zuriat.

Amin Ya Rabbal Alamin..

P/s: Feel free to SHARE this post. Tak perlu mintak kebenaran ye ❤️

SHOM-Business-Mom-Preneur,
Nadiah Ahmad | 019.523.5560

Instagram : @nadiahahmad__

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...