Wednesday, February 6, 2019

Wordless Wednesday | Nadiah Ahmad


SABARLAH. THE BEGINNING IS ALWAYS THE HARDEST.

Dalam pada kehidupan Nad sekarang ni, sometimes orang yang baru kenal Nad, baru nampak Nad, baru pandang Nad sekarang ni, sebenarnya langsung taktahu dan taknampak “Siapa Nad yang dulunya, macamana Nad yang dulunya”.

People always think, apa yang Nad ada dan miliki ini adalah sejak Azali lagi.
Orang taknampak dan takpandang kita time kita susah.
Orang nampak kita sekarang senang lenang and berjaya, tapi sebenarnya dorang taktahu pun what we had been thru.

Bermulanya Nad dengan bisnes SHOM nih adalah daripada ZERO. Memang ZERO.
Bermula dengan Followers Instagram sebanyak 400 orang, until today ada dalam 4,000.
Bermula dengan re-activate Facebook semula, dengan ZERO friends and Followers  and kenalan kat Facebook, slowly Nad build Friends yang ramai and Followers sebanyak 2,000++ di Facebook.
Bermula dengan orang langsung tak kenal siapa “si Nadiah Ahmad ni” kini orang dah kenal. Sebut je “Nadiah Ahmad” few of people would know me.

And seriously nak bina and dapatkan semua ni tak mudah. Sumpah tak mudah :”)
Ianya memerlukan kekuatan mental, sebab time mula-mula business dulu pelbagai cacian tomahan and pandangan serong orang dan kawan sekeliling terhadap Nad.

Ianya memerlukan kesabaran, untuk dapatkan sales sebanyak hari ini. Sebab masa Nad bermula dulu, pernah je sampai tahap 2 minggu takde sales. Tapi sikit pun, Nad tak putus Asa, keep on je buat Marketing macam biasa - walaupun Nad rasa macam takde sape tengok dan nampak and takde hasil sangat pun time tu.

Ianya memerlukan sifat yang Konsistent in doing the Marketing for business. Sebab bukan senang nak masuk market online nih. Kita kena tonjolkan diri, build trust dengan customers and followers and orang sekeliling which benda ni bukan seminggu dua, sebulan dua je dah boleh jadi boom! It takes time, (a year at least if kita betul-betul consistent takmissed even a day)

Business ni ibarat kita tanam biji benih.
Bukan harini dia terus bercambah jadi pucuk dan pokok serta memberikan buah yang manis. It takes time and kesabaran tinggi untuk sentiasa sabar dan consistent menyiram benih tersebut, letak baja, and jaga ia setiap hari tanpa leka. And if kita leka, kita tak consistent, even dia dah bercambah dan ada pucuk-pucuk, dia tetap boleh mati sebab tak dapat air yang cukup, baja yang cukup..... same goes to our business.

Selagi dia belum jadi pokok besar yang besar batangnya, panjang dan dalam akarnya, maka selagi itu lah kita kena keep on siram, baja and jaga dia, sampailah satu hari dia membesar and boleh survive sendiri.

Alhamdulillah, pokok business Nad dah mula membesar, ada pucuk-pucuk baru, tapi masih belum cukup membesar dan boleh berdiri sendiri dengan kukuh, masih lagi perlu disemai dibaja setiap hari, tanpa henti ❤️


And inshaaAllah Asma percaya one fine day, maybe 5 Years from now, pasti pokok Nad dah sebesar-besarnya, which kalau nak tinggal kejap sehari dua pun tak risau dah sebab dia dah boleh survive sendiri and hidup sendiri. InshaaAllah 💪

Sabarlah sayang, the beginning is always the hardest. Kunci pada kejayaan ialah semestinya kena Consistent dan tak kenal erti putus Asa. InshaaAllah pasti berjaya kelak 😊


SHOM Business Leader,
Nadiah Ahmad | 019.523.5560
Premium Beautiful Expert

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...