Tuesday, August 19, 2014

TIPS KEKALKAN BERAT BADAN.



Huh! Mengeluh sendirian bila melihat badan di cermin. Bagaimana hendak turunkan berat badan seperti dulu? Sakit kepala memikirkannya. Maklumlah, masa makan tidak ingat dunia. Apa sahaja di depan mata, semuanya dihabiskan.

Badan naik beberapa kilo pun sudah sakit mata memandang. Hendak tambahkan berat tidak susah, tetapi untuk kurangkannya jenuh mencuba. Pil kuruslah, mengikut program pelangsingan badanlah, jogginglah dan bermacam-macam lagi cara. Ada sesetengah tu, sanggup berlapar semata-mata untuk kurus.

Perlu diingatkan bahawa anda tidak digalakkan terburu-buru melakukan diet sendiri. Amalkan cara hidup yang sihat dengan menitik beratkan soal kesihatan dan pemakanan untuk mengekalkan berat yang seimbang.

Berikut adalah 10 tips untuk mengekalkan berat badan anda:

1. Anda digalakkan menimbang berat badan seminggu sekali dan dijadikan alat penimbang berat badan sebagai kleksi peribadi. Cara ini membuatkan anda sentiasa beringat tentang berat badan anda .

2. Jadualkan masa makan anda dengan teratur 3 kali sehari iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Jangan menunggu anda betul-betullapar untuk menjamah makanan kerana cara ini salah. Ini kerana apabila perut anda lapar, sudah tentu anda akan memakan dalam kuantiti yang banyak tanpa menghiraukan diet anda.

3. Elakkan makan malam atau makanan lain selepas jam 8 malam. Ini adalah kerana proses penghadaman anda akan ‘berehat seketika’ sehinggalah keesokan hari untuk ‘bekerja’ semula. Seeloknya biasakan diri anda makan malam pada jam 6 atau 7 petang. Sekiranya anda lapar, jangan sesekali mengambil makanan berat atau ringan, namun digalakkan memakan buah-buahan seberapa banyak yang anda suka.

4. Sikap suka mengunyah makanan ringan di depan televisyen juga tidak sepatutnya menjadi amalan anda kerana ia boleh menyebabkan kegemukan. Ini kerana ada tidak dapat mengagak jumlah makanan yang telah dimakan dan kebanyakkan makanan ringan mengandungi monosodium glutamate MSG seperti Ajinomoto, cheese, nitrat, coklat dan kekacang yang tinggi nilai lemaknya. Sikap ini tidak seharusnya menjadi amalan kerana ini adalah punca utama kepada masalah obesiti.

5. Kunyahlah makanan secara perlahan-lahan dan jangan terlalu gelojoh di depan hidangan. Dengan cara ini ia memudahkan proses penghadaman dan juga mempercepatkan rasa kenyang. Sekiranya makan dengan cepat atau dalam keadaan tergesa-gesa, aa bukan sahaja boleh menyebabkan anda tercekik, malahan anda akan makan dalam kuantiti yang banyak.

6. Makanlah secukupnya sekadar untuk mengalas perut dan jangan terlalu mengikut selera anda. Dalam masa-masa tertentu, selera atau nafsu makan seseorang akan berada di tahap kemuncak iaitu ingin makan apa sahaja sehingga kekenyangan.

7. Elakkan juga mengambil makanan yang mengandungi lemak dan kalori yang tinggi seperti coklat, kekacang, daging, makanan ringan, makanan segera dan sebagainya.

8. Sekiranya anda mendapat jemputan menghadiri sebarang majlis, anda digalakkan makan sedikit untuk mengisi perut. Ini adalah kerana mengelakkan anda makan dengan banyak.

9. Selain mementingkan soal pengambilan makanan, anda juga disarankan melakukan aktiviti sukan atau aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh seperti jogging, berjalan, berenang dan sebagainya. Aktiviti ini bukan sahaja dapat mengekalkan bentuk badan idaman anda, malah dapat mengisi masa lapang anda daripada terbuang begitu saja.

Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...