Insomnia ialah satu penyakit dimana seseorang itu susah untuk tidur atau tidurnya tidak lena dan sering terjaga. Penghidap insomnia seringkali mengalami gejala seperti susah untuk tidur, sering terjaga dari tidur dan sukar untuk tidur kembali, terjaga dari tidur terlalu awal dan keletihan selepas bangun dari tidur.
Insomnia terbahagi kepada dua jenis, "Primary" dan "Secondary". Primary insomnia bermakna penyakit insomnia yang dihidapi tidak disebabkan oleh penyakit lain. Manakala secondary insomnia berlaku disebabkan oleh penyakit lain yang sama dihidapi seperti asma, tekanan perasaan, sakit sendi, kesakitan, pedih ulu hati, kesan ubat-ubatan dan sebagainya.
PUNCA INSOMNIA?
- Tekanan perasaan akibat kehilangan kerja, orang tersayang, bebanan kerja atau sebagainya.
- Gangguan ketika tidur seperti kebisingan, cahaya yang terang atau suhu persekitaran yang tidak selesa seperti terlau sejuk atau terlalu panas.
- Kesakitan akibat kecederaan fizikal atau penyakit.
- Penyakit seperti OSA (Obstructive Sleep Apnea) dimana pesakit tercekik pernafasan ketika tidur, penyakit asma mengalami serangan ketika tidur dan sebagainya.
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ubat darah tinggi 'furosemide' yang menyebabkan pesakit kerapkali terjaga diwaktu malam untuk membuang air kecil.
- Gangguan pada jadual tidur yang biasa seperti jet lag bila perjalanan merentasi benua yang berlainan waktu siang dan malam.
No comments:
Post a Comment