✔ Jika orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?
✔ Kenal pasti kekurangan atau kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.
✔ Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif.
✔ Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat
✔ Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai pemanas badan yang dapat mengaktifkan diri seseorang.
✔ Sentiasa mengemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu.
✔Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku
✔ Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan diperolehi selepas tugas tersebut selesai
✔ Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas
No comments:
Post a Comment