Sunday, May 17, 2020

KEBERKATAN


Morning Assalamualaikum & happy weekend❤️

Terkadang kita rasa tertekan sangat.
Allah beri hambaNya rasa tertekan dengan ujian supaya hambaNya kembali merintih dan merayu padaNya.

Kita terasa hati kita kosong. Tapi adakah kita berusaha untuk hati kita agar tidak kosong? Kita sahaja yang sombong, yang angkuh, yang tidak peduli akan hal itu. Terlalu biarkan perkara itu sehingga menjadi duri dalam hati. Terlalu lupakan Allah. Terlalu asyik dengan dunia. 

Muhasabah diri kita ini balik. Sejauh mana kita letak Allah dalam hati kita berbanding hal keduniaan ini.

‎لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah daripada orang yang zalim.

❤️❤️


Sejak 8 tahun Nad bersama dengan bisnes SHOM, ada satu hikmah terbesar yang paling terkesan di jiwa Nad selain of course peningkatan hidup dari segi kewangan.. 

Hikmah terbesar buat diri Nad personally ialah dari segi sikap dan attitude Nad sendiri.. 

Kalau nak tahu, Nad ni sejenis berdarah panas.. Al maklum lah, darah pahlawan kan 😜 Memang panas baran, memang garang sejak kecik..

Family Nad pun tahu, Nad memang jenis garang gila sejak kecik.. Bab-bab bergaduh tu memang serah padaku lah kiranya hahaha

Cukup lah segala rasa pedas pedih semua.. Memang pendek kata, sekali kau pasal dengan aku, aku akan balas seribu kali ganda sampai kau kenal apa itu erti penyesalan 😏😏

Tapi keadaan berubah sejak lapan tahun yang lalu.. Sejak Nad mula terjebak dalam satu bisnes ni. Entah apa lah bisnes ni buat pada Nad, satu persatu kehidupan Nad berubah. Selain daripada hijrah dari segi pemakaian, Nad turut usahakan untuk hijrah dari segi mendidik hati.

Semuanya sebab nakkan BERKAT.. Sebab nakkkkk sangat berjaya dalam bisnes nih.. Maka takutt sangat kalau tak berkat, nanti Allah marah, Allah tak sayang dan Allah sekat rezeki 😢😢😢

Dari situ Nad mula menjaga hati.. Menjaga pertuturan.. Menjaga adab..

Nad didik diri untuk selalu bersabar.. Even dikutuk, dihina, dianiaya, diperli, Nad tahan diri untuk tidak akan sesekali balas. Dan yang paling penting sekali, struggle yang paling payah Nad kira ialah menjaga hati untuk selalu baik sangka pada orang.

Nad cuba jaga semuanya.

Taknak buruk sangka pada orang.
Taknak mengata orang.
Taknak balas kalau orang kutuk atau hina atau perli Nad.

Pendek kata, Nad sangat takut nak buat something yang boleh efek kepada keberkatan hidup Nad. Takut sangat kalau Allah marah, nanti Allah tarik balik keberkatan dalam rezeki 😭

Dan walaupun mula-mula Nad hanya buat kerana nak berjaya, tapi lama-lama sifat tu jadi sebati dalam diri..

Hikmahnya, Nad rasa hidup nana lebih tenang dan bahagia 😊

Nad tak pernah respon any provocation dekat social media, tak kira lah pasal isu apa sekalipun.. Kutuk pi lah, hina pi lah, perli pi lah.. Tak akan pernah ku balas.. 

Bukan apa, takut tersilap menghukum.. 

Dosa kita dengan Allah kita boleh mintak ampun dengan Allah.. Tapi dosa kita dengan manusia, kita hanya boleh minta maaf dengan manusia. Unless perkara itu diselesaikan one to one, tanpa buat di public yang tidak terlepas dari judgement orang lain.. 

Takut sangat sebenarnya, sebab umur kita ni tak panjang mana pun 😢

Setiap hari ada je berita kematian.. 

Takut sangat andai saat Allah cabut nyawa kita, waktu tu kita tak sempat nak minta ampun dengan setiap manusia yang terluka dengan perbuatan kita.. 

Alhamdulillah syukur pada Allah..

Sebab salah satu hikmah terbesar dalam hidup nana ialah bila dijumpakan dengan bisnes sehebat ini..

Nad jadi lebih positif..
Nad jadi lebih tenang..
Nad jadi lebih bahagia..
Nad lebih mudah memaafkan..
Nad ajar diri tak simpan dendam..
Nad paksa diri berbaik sangka sentiasa dengan Allah dan manusia..


Walaupun hanya bermula kerana NAKKAN KEBERKATAN SEBAB NAK BERJAYA.. Tapi bila satu-satu benda itu kita jadikan amalan dan habit, lama-lama ia akan tertanam dalam minda separa sedar dan membentuk siapa diri kita..

Dan Nad percaya, bila mana satu-satu bisnes atau pekerjaan itu mendekatkan lagi kita dengan Allah, maka itu mungkin bisnes atau pekerjaan yang terbaik yang Allah dah takdirkan untuk kita..

For that, InshaAllah selagi mana direzekikan.. Selagi mana masih diizinkan.. Nad akan selalu berjuang yang terbaik dalam bisnes ini. Pada Nad, bisnes ini bukan sekadar mencari duit sahaja.. Hikmahnya lebih besar dari itu..

Ianya ibarat LADANG PAHALA untuk kita..

Melalui bisnes ini, kita dapat sebarkan dakwah dan kebaikan.. Mengajak manusia berhijrah ke arah yang lebih baik lagi..

Hijrah dari segi kewangan..
Hijrah dari segi menutup aurat.
Hijrah dari segi sifat..
Hijrah dari segi kehidupan yang lebih baik..

Alhamdulillah Ya Allah..

Sesungguhnya segala nikmatMu kusyukuri :’)

Besar sangat hikmah, rahmat dan kasih sayang Allah pada nana melalui bisnes ini..

Diberikan kehidupan yang baik dari segi kewangan..
Diberikan kebebasan masa untuk atur jadual kerja..
Diberi kebebasan untuk sentiasa bersama dengan keluarga tersayang..
Dijumpakan dengan insan-insan hebat..

MashaAllah tabarakallah.. 

Allah Maha Baik.. Allah Maha Besar..

Moga perkongsian nana harini memberi sendikit inspirasi kepada semua untuk cuba ubah diri ke arah yang lebih baik lagi..

Kalau Nad yang darah panasss, panas baran ni boleh cuba ubah diri demi keberkatan.. Yang dulu pantang dicuit pasti nak mengamuk.. Yang dulu boleh kata kategori makcik bawang, tak segan silu nak hentam orang..

Nad boleh ubah.. Sebab Nad paksa diri berubah kerana Allah..

Nescaya anda pun boleh jugak 😊

Hidup tak lama mana.. Satu masa nanti kita pasti kembali bertemu Dia. Wujudkan sifat HAMBA dalam diri.. Yang selalu rendah diri, yang selalu sedar kita ini bukan siapa-siapa pun.

Kalau kita rasa kita hebat, pasti ada orang yang lebih hebat dari kita..
Kalau kita rasa kita pandai, pasti ada orang yang lebih pandai daripada kita..

Elakkan sifat suka argue, suka berbalah, suka bergaduh atau mencetuskan pergaduhan.. Elakkan perasaan dengki dan iri hati sampai asyik rasa nak jatuhkan orang lain.. 

Pada zaman fitnah dajal ni, ujian terbesar bukan ujian dari luar.. Tapi ujian mendidik hati..

Ajar diri untuk selalu berbaik sangka kepada Allah dan manusia..
Elakkan menjadi orang yang mencetuskan perbalahan dengan berkata buruk mengenai orang lain.. 

InshaAllah kita mampu ubah, kerana Allah 😊

Salam 24 Ramadhan daripada Nad sekeluarga..

Moga ramadhan kali ini mengubah diri kita menjadi hamba Allah yang lebih baik lagi dari sebelumnya ❤️

Salam sayang,
Nadiah Ahmad

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...