Friday, April 12, 2019

LAMBAT PANAS ENJIN



PUNCA TAK BERJAYA CLOSING DENGAN CEMERLANG ⛔️

Topik ni sebenarnya Nad niat tadi nak share  dalam journal sahaja, tapi rasa terpanggil nak share dengan semua mana lah tahu membantu membuka mata setiap daripada kita untuk lebih serious di dalam bisnes selepas ini 😊

Baiklah, ramai sebenarnya yang pernah alami situasi KELAM KABUT HARI CLOSING KEJAR TARGET.. SERABUT DI HARI CLOSING.. STRESS SEBAB TARGET TAK CAPAI.. 

Betul?

Bukan kata korang je, Nad pun pernah alami situasi yang sama jugak.. Sebab Nad pun still usaha kejar target .. Title sekarang ni bukan tiket untuk Nad selesa dengan apa yang Nad dah ada 😊

Tapi sebenarnya ramai yang tak sedar, punca utama kenapa closing day boleh jadi kelam kabut. Stress nak capai target atau end up memang tak capai pun target, puncanya ialah bila LAMBAT PANAS ENJIN..

START LAMBAT..

Awal bulan sibukkk fokus benda lain yang tak berapa penting.. Sibukkan resepi apa nak masak.. Sibukkan fikir mana nak pergi jalan-jalan.. Sibukkan fikir nak shopping apa.. 

Banyak fokus dekat benda selain bisnes, dan urusan bisnes diletakkan dekat hujung kuku je.. Means buat ala kadar je.. 

Bukan tak boleh fikir pasal benda lain, tapi tetaplah fokus pada matlamat utama.. Tambah-tambah social media ni sendiri adalah kedai kita.. πŸ˜‡ 

Ataupun hilang jejak.. Upline contact tak dapat, seminggu dua sebelum closing baru muncul and mintak upline bantu closing cemerlang..

Upline awak takde kuasa magik sayangggg πŸ€— Dia hanya boleh guide sahaja, tanpa usaha daripada diri sendiri nescaya tak ada siapa yang boleh bantu diri kita melainkan diri kita sendiri..

Bila menjelang seminggu sebelum closing, tengok GE, baru rasa macam nak menggila jadinya sebab target macam jauhhhhh lagi nak kejar..

Masa ni baru nak follow up ..
Baru nak kejar customer..
Baru nak pulun itu ini..


Dan akibatnya, POTENSI UNTUK TAK CLOSING CEMERLANG tu sangat besar!

Bila tak closing cemerlang, banyak efek negatif balik dekat diri kita sendiri sebenarnya..

πŸ™…πŸ»‍♀️Tak dapat skor CP untuk trip..
πŸ™…πŸ»‍♀️Tak dapat Bonus besar..
πŸ™…πŸ»‍♀️Tak dapat naik rank atau efektif pada rank..
πŸ™…πŸ»‍♀️Team makin lari momentum..

Dan sebagainya.. 

Alangkah indahnya kalau kita mulakan pecutan daripada 1 haribulan..

1hb dah clear apa target and matlamat yang jelas nak dikejarkan.. 1hb dah mula discuss dengan upline dan downlines apa matlamat kita nak kejar sama-sama bulan ni satu team.. 1hb dah mula kejar target sales, target group sales..


CONFIRM CONFIRM KITA BERJAYA CLOSING DENGAN CEMERLANG.. Percayalah!!

Dan bila closing cemerlang, of course la banyakkkk benefit dekat diri kita..

BONUS BESAR 😍
DAPAT BERI LEBIH PADA MAK AYAH 😍
DAPAT SIMPAN LEBIH 😍
BOLEH SKOR 2-3 TIKET PERCUMA SHOM 😍
MOMENTUM BISNES MENCANAK 😍

Nampak tak? 

Bestnyaaaaa kalau kita dapat semua tu kan?

Caranya susah ke? TAK SUSAH LANSUNG!!




Hanya perlu FOKUSSSSS sahaja daripada awal bulan.. Fokus daripada AWAL BULAN, bukannya tengah bulan atau hujung bulan baru nak dapat hidayah πŸ˜‚

Cycle baru ni, mohon sangat semua orang jangan bazirkan peluang peluang indah nak skor trip bestttt.. Nak grab Cash Rewardss. nak kejar target cemerlang cycle ni..

Cycle 2019/2020 adalah cycle kerja keras.. Dan percayalah semuanya SANGAT BERBALOI dengan apa yang bakal korang dapat nanti..

Berbaloi kalau dapat bawak suami anak pergi trip percuma 
Berbaloi dengan berjaya skor CASH REWARDS besar..
Berbaloi dengan berjaya dapat BONUS BESAR..

Berbaloi andai dapat capai semua impian kita..

Ajarkan diri untuk jangan GO WITH THE FLOW πŸ™…πŸ»‍♀️πŸ™…πŸ»‍♀️

Hiduplah dengan BERIMPIAN dan sudikan lah untuk bekerja keras mencapai impian anda..

Sebab at the end of the day, yang untung bukan orang lain, tetapi anda dan keluarga anda juga 😊

InshaAllah, kalau ATTITUDE BETUL, mindset POSITIF, HATI BERSIH, USAHA KERAS, MOHON SUNGGUH2 PERTOLONGAN DARI ALLAH, percayalah, KEJAYAAN YANG INDAH IBARAT DI PUNCAK GUNUNG TU SEMUA BAKAL JADI MILIK ANDA πŸ€—πŸ˜Š


All the best untuk semua.


Mulakan pecutan dari awal bulan. Jangan tangguh walau sesaat pun. 1 saat yang korang bazirkan, entah berapa banyak peluang yang korang dah terlepas.. 

Keep track dengan SALES anda, dengan GROUP SALES team anda.. Kejar kejayaan, dan bawa bersama seluruh team anda.. 

3 benda nadi bisnes yang jadi pegangan..

SALES
RECRUITMENT 
LEADERSHIP (coaching)

Tanpa salah satu daripada ini, maka pincanglah bisnes anda.. 

So JOMMMM BERMULA SEKARANG!!! πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯


Love,
Nadiah Ahmad

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...