Friday, April 11, 2014

PUNCA-PUNCA TEKANAN

STRESS!!! Siapa yang selalu stress? Adakah stress berpunca daripada :


1. Tekanan survival atau (survival stress)


  • Anda berada dalam keadaan terancam sama ada dari segi emosi, fizikal dan perasaan seperti takut untuk mengatasi ancaman yang sedang dihadapi.


2. Tekanan yang berlaku dalam diri (internally generated stress)
  • Di mana individu yang mempunyai personaliti Jenis A (type-A personality) iaitu bercita-cita terlalu tinggi, berkehendakkan kesempurnaan dalam semua kerja, terlalu mementingkan kerja dan mengharapkan hasil yang tinggi.


3. Persekitaran tempat kerja (Enviromental & Job Stress)
  • Wujudnya persekitaran tidak kondusif seperti ruang tempat kerja yang sempit, ruang dan keadaan kerja yang tidak sesuai. Suasana bising dan bingit semasa berkerja dan pengurusan persekitaran yang tidak cekap di tempat kerja.


4. Gaya hidup dan pekerjaan (Fatigue & Overwork Stress)
  • Bebanan kerja seperti tekanan dari segi masa atau tarikh luput kerja yang perlu disiapkan dan terbeban dengan tangungjawab di luar keupayaan dan pengalaman diri. 
  • Perubahan dasar dan prosuder di tempat kerja juga salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya tekanan tambahan pula individu tersebut sukar menyesuaikan diri mengikut peredaran masa.


5. Perkembangan kerjaya
  • Kebimbangan terhadap jaminan pekerjaan serta kurangnya peluang kenaikan pangkat atau gaji. 
  • Biasanya akan berlaku fenomena jemu dan kecewa terhadap pekerjaan ketika sejak di dalam tempoh pekerjaan.


Dapatlah dirumuskan bahawa tekanan dan stress ini disebabkan oleh masalah-masalah yang timbul dalam kehidupan seharian kita. 

Berlaku pula tekanan disebabkan oleh tidak ada penyesuaian yang betul dalam berhadapan dengan masalah tersebut. Apabila tidak ada penyesuaian yang betul maka tekanan atau stress yang dihadapi oleh individu tersebut akan menjejaskan kehidupan seharian serta kesihatan mental mereka.

Jadi, bersainglah secara sihat dan sentiasa amalkan sikap-sikap positif.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...