Tuesday, September 9, 2014

TDC Shanghai Itinerary

Less 6 days before our TDC next trip,to SHANGHAI. Sekejap betul masa berlalu. Kali ni my leader first time qualifiers from our team, The Diamond Circle. For some people rasa Shanghai biasa je, tapi for me since travel with close friends rasa seronok & excited lain macam. Kalau travel seorang rasa lain, travel dengan family rasa lain, travel dengan kawan-kawan lagi rasa lain..

So here Nad nak share itinerary. Maybe yang ada planning nak ke sana boleh la follow this itinerary as an idea kan. 

1. Oriental Pearl Tower
Kalau google Shanghai, antara yang keluar mesti this image. The tower was completed in 1994. It was the tallest structure in China from 1994 to 2007. 


Tapi sekarang paling tinggi Canton Tower di Guangzhou. The Oriental Pearl Tower ni antara bangunan ikonik di Shanghai. Kalau ke sini, wajib datang ke sini & ambil gambar.



2. Huangpu River
Nad rasa kalau follow trip Hai-O mesti ada river cruise. So di Shanghai nanti mereka night cruise di Huangpu River. Huangpu River merupakan sungai terbesar di Shanghai & memisahkan bandar Shanghai kepada dua, Pudong (east) & Puxi (west).

Huangpu River - Day view

Huangpu River - Night view. Cantik kan?

3. Silk Factory
Tempat yang paling wanita suka kan.. Hati cakap tak nak shopping sangat, tapi dah ke sana, bagai di kata la.. Mesti mata rambang tengok design sutera-sutera.. Tengok semua cantik terus lupa..


4. Chenghuang Miao & Xiang Yang Market
Sight seeing & shopping time :) Chenghuang Miao terkenal dengan reka bentuk seni bina China lama serta terdapat juga pusat membeli belah. 



Manakala for Xiang Yang Market memang terkenal dengan barangan souvenir, pakaian, mutiara & barang mainan. 


5. The Bund 
The Bund is a waterfront area in central Shanghai. Biasanya The Bund merujuk kepada bangunan sepanjang jalan ini. Tempat wajib datang di Shanghai. Uniknya ketinggian bangunan di sini ada limit yang di tetapkan. Kalau tengok gambar from google, seni bina di area The Bund nampak macam di Europe.

HSBC bermula di sini, sebab tu orang2 lama kalau sebut HSBC tak kenal. Tapi kalau mention Hong Kong bank tahu :)




6. Nanjing Road 
Merupakan tempat membeli-belah utama di Shanghai &  merupakan salah satu jalan membeli-belah paling sibuk di dunia. Melebihi 5km & sepanjang jalan di penuhi dengan pelbagai jenis barangan & jenama. Ada lebih kurang 600 premises, termasuk high end brand. 





That's all for this trip. Nanti after rakan-rakan kita balik dari sane, will upload more & more pictures. For those yang nak follow our TDC in Shanghai journey boleh follow di instagram with these hashtags:

#tdcinshanghai




#tdcjourneys


And also #glamjourneys


Love,
Nadiah Ahmad,
+019-5235560 ( whatsapp )
Email : sitinadiahmad@gmail.com

Bio-Seleza Feminine Pad

Masa mula Nad dengar tentang Bio-Seleza Feminine Pad ini, agak pelik kenapa syarikat nak mengeluarkan pad wanita atau tuala wanita pula? Tapi kini, bila mula buat kajian sendiri & belajar tentang pentingnya tuala wanita yang bagus untuk kesihatan wanita. 

Barulah faham, yang sebenarnya banyak masalah berkaitan dengan pad wanita yang menjadikan ia satu keperluan penting. So sebelum nak cerita panjang, brief intro dulu skit.

Sejarah Tuala Wanita (Feminine Pad)

Kalau kita baca wikipedia, sejarah tuala wanita ni ada rekod sejak kurun ke-10 lagi! Sama zaman Universiti Al-Azhar ditubuhkan, itulah betapa lamanya.


Hmm, agak-agak macam mana la pad zaman dulu.

Kalau di Malaysia pula? Sebenarnya tuala wanita dulu, bukanlah tuala, tetapi kain batik yang dilipat-lipat. Tak percaya cuba tanya Mak atau nenek kita, betul tak?

Tuala Wanita batik Malaysia ni famous sehingga digantikan dengan brand awal 90-an yang paling laku masa tu - Sanita, dan zaman sekarang dah ada bermacam-macam brand.

Cuma, masalah lain pula timbul?
Masalah kesihatan...

Kebanyakan brand yang ada dipasaran, mula menggunakan bermacam-macam proses, tambah pulak macam-macam bahan kimia itu & ini nak kasi nipis, nak kasi wangi menggunakan teknik mengurangkan kos & akibatnya ialah tuala wanita yang moden, masa kini, canggih tapi malangnya banyak menyumbangkan kepada masalah kesihatan wanita itu sendiri.


Salah satu bahaya ialah dioxin disebabkan proses pemutihan kertas kitar semula. Yup, tuala wanita, pad tu menggunakan kertas kitar semula yang diproses, dibersihkan guna bahan kimia, dan diputihkan supaya nampak bersih.


* Tahukah Anda? 

Kanser Rahim ialah pembunuh No. 2 wanita di Malaysia selepas kanser buah dada?

Jadi apa nak buat?

Jangan percaya cakap Hanis sahaja, cubalah google & kaji sendiri, boleh tanya Dr. yang pakar atau tanya pendapat pakar Gynecologist etc.

Untuk Hanis, memang sejak dah tahu ni, akan teruslah bertukar ke Bio-Seleza Feminine Pad! Not only because of health, but because of comfort jugak

Kenapa Bio-Seleza???

1. Sebab Bio-Seleza guna gel - Tahan basah, kering!
2. Ada anti-bacteria strip untuk halang pembiakan kuman
3. Kain berkualiti & bernafas untuk pengudaraan, tak lembap
4. Ditambah tenaga untuk pengedaran darah, bantu detox
5. Slim, tak tebal sangat, & tak besar.

bioseleza

Ni, gambar test letak tisu perbezaan antara Bio-Seleza lawan. 
Brand K & Brand W yang memang famous.

So apa lagi, cuba harini sekarang, 
Special Offer untuk 10 client pertama cuba Bio-Seleza ni :)

Contact me :
Nadiah Ahmad.
+019-5235560

Email : sitinadiahmad@gmail.com







Thursday, August 21, 2014

APA ITU INSOMNIA ?


Insomnia ialah satu penyakit dimana seseorang itu susah untuk tidur atau tidurnya tidak lena dan sering terjaga. Penghidap insomnia seringkali mengalami gejala seperti susah untuk tidur, sering terjaga dari tidur dan sukar untuk tidur kembali, terjaga dari tidur terlalu awal dan keletihan selepas bangun dari tidur.

Insomnia terbahagi kepada dua jenis, "Primary" dan "Secondary". Primary insomnia bermakna penyakit insomnia yang dihidapi tidak disebabkan oleh penyakit lain. Manakala secondary insomnia berlaku disebabkan oleh penyakit lain yang sama dihidapi seperti asma, tekanan perasaan, sakit sendi, kesakitan, pedih ulu hati, kesan ubat-ubatan dan sebagainya.


Insomnia ialah penyakit susah tidur atau tidur tidak lena


PUNCA INSOMNIA?

  1. Tekanan perasaan akibat kehilangan kerja, orang tersayang, bebanan kerja atau sebagainya.
  2. Gangguan ketika tidur seperti kebisingan, cahaya yang terang atau suhu persekitaran yang tidak selesa seperti terlau sejuk atau terlalu panas.
  3. Kesakitan akibat kecederaan fizikal atau penyakit.
  4. Penyakit seperti OSA (Obstructive Sleep Apnea) dimana pesakit tercekik pernafasan ketika tidur, penyakit asma mengalami serangan ketika tidur dan sebagainya.
  5. Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ubat darah tinggi 'furosemide' yang menyebabkan pesakit kerapkali terjaga diwaktu malam untuk membuang air kecil.
  6. Gangguan pada jadual tidur yang biasa seperti jet lag bila perjalanan merentasi benua yang berlainan waktu siang dan malam.

Tuesday, August 19, 2014

TIPS KEKALKAN BERAT BADAN.



Huh! Mengeluh sendirian bila melihat badan di cermin. Bagaimana hendak turunkan berat badan seperti dulu? Sakit kepala memikirkannya. Maklumlah, masa makan tidak ingat dunia. Apa sahaja di depan mata, semuanya dihabiskan.

Badan naik beberapa kilo pun sudah sakit mata memandang. Hendak tambahkan berat tidak susah, tetapi untuk kurangkannya jenuh mencuba. Pil kuruslah, mengikut program pelangsingan badanlah, jogginglah dan bermacam-macam lagi cara. Ada sesetengah tu, sanggup berlapar semata-mata untuk kurus.

Perlu diingatkan bahawa anda tidak digalakkan terburu-buru melakukan diet sendiri. Amalkan cara hidup yang sihat dengan menitik beratkan soal kesihatan dan pemakanan untuk mengekalkan berat yang seimbang.

Berikut adalah 10 tips untuk mengekalkan berat badan anda:

1. Anda digalakkan menimbang berat badan seminggu sekali dan dijadikan alat penimbang berat badan sebagai kleksi peribadi. Cara ini membuatkan anda sentiasa beringat tentang berat badan anda .

2. Jadualkan masa makan anda dengan teratur 3 kali sehari iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Jangan menunggu anda betul-betullapar untuk menjamah makanan kerana cara ini salah. Ini kerana apabila perut anda lapar, sudah tentu anda akan memakan dalam kuantiti yang banyak tanpa menghiraukan diet anda.

3. Elakkan makan malam atau makanan lain selepas jam 8 malam. Ini adalah kerana proses penghadaman anda akan ‘berehat seketika’ sehinggalah keesokan hari untuk ‘bekerja’ semula. Seeloknya biasakan diri anda makan malam pada jam 6 atau 7 petang. Sekiranya anda lapar, jangan sesekali mengambil makanan berat atau ringan, namun digalakkan memakan buah-buahan seberapa banyak yang anda suka.

4. Sikap suka mengunyah makanan ringan di depan televisyen juga tidak sepatutnya menjadi amalan anda kerana ia boleh menyebabkan kegemukan. Ini kerana ada tidak dapat mengagak jumlah makanan yang telah dimakan dan kebanyakkan makanan ringan mengandungi monosodium glutamate MSG seperti Ajinomoto, cheese, nitrat, coklat dan kekacang yang tinggi nilai lemaknya. Sikap ini tidak seharusnya menjadi amalan kerana ini adalah punca utama kepada masalah obesiti.

5. Kunyahlah makanan secara perlahan-lahan dan jangan terlalu gelojoh di depan hidangan. Dengan cara ini ia memudahkan proses penghadaman dan juga mempercepatkan rasa kenyang. Sekiranya makan dengan cepat atau dalam keadaan tergesa-gesa, aa bukan sahaja boleh menyebabkan anda tercekik, malahan anda akan makan dalam kuantiti yang banyak.

6. Makanlah secukupnya sekadar untuk mengalas perut dan jangan terlalu mengikut selera anda. Dalam masa-masa tertentu, selera atau nafsu makan seseorang akan berada di tahap kemuncak iaitu ingin makan apa sahaja sehingga kekenyangan.

7. Elakkan juga mengambil makanan yang mengandungi lemak dan kalori yang tinggi seperti coklat, kekacang, daging, makanan ringan, makanan segera dan sebagainya.

8. Sekiranya anda mendapat jemputan menghadiri sebarang majlis, anda digalakkan makan sedikit untuk mengisi perut. Ini adalah kerana mengelakkan anda makan dengan banyak.

9. Selain mementingkan soal pengambilan makanan, anda juga disarankan melakukan aktiviti sukan atau aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh seperti jogging, berjalan, berenang dan sebagainya. Aktiviti ini bukan sahaja dapat mengekalkan bentuk badan idaman anda, malah dapat mengisi masa lapang anda daripada terbuang begitu saja.

Selamat mencuba..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...