Dulu, bila tengok orang share kejayaan, share income, share hasil berniaga, selalu jugak terdetik dalam hati kecil ni :
"Duit banyak-banyak ni diorang nak buat apa je ? Takpelah aku tak banyak duit pun asalkan aku bahagia, family aku bahagia.... "
Itu dululah, sebab tak faham.
Sebab nak sedapkan hati sendiri pun ye.
Tapi rupanya silap pemikiran tu.
Silap sebab cuma fikir,
"Asalkan aku bahagia.."
"Asalkan anak aku cukup makan.. "
"Asalkan keluarga aku tak kelaparan... "
Silap sebab kita cuma fikir nak seronok sendiri je, nak lepaskan keluarga sendiri, diri sendiri, anak sendiri. Tak fikir orang lain pun.
Sedangkan kalau kita berjaya, ada rezeki kewangan yang banyakkk kita dapat buat macam-macam yang kita sendiri tak jangka dapat buat waktu kita belum mampu dulu.
Antaranya,
SEDEKAH TANPA BERKIRA.
Nikmatnya orang memberi tanpa rasa was was ni cuma mereka je yang tahu. Contoh paling suka tengok USTAZ EBIT LEW.
Seronok sangat tengok dia hulur duit dekat orang susah RM50, RM100 macam tak rasa apa-apa. Senang je, ikhlas jeee. Tak ada rasa risau duit berkurang ke apa bagi jeeee.
Cuba tanya diri kita, nak hulur RM100 dekat orang susah yang kita jumpa tepi jalan, ralat tak ralat ? Jujur, mesti ada rasa ralatkan ?
Dan sampai bila kita nak jadi tangan yang asyik menerima ? Tak teringin ke nak jadi tangan yang asyik memberi pulak ?
Renung-renungkan...
Kedua, BEBAS HUTANG.
Kalau harini kita masih ada hutang yang banyak, kita sebenarnya selfish, ego, kalau masih nak rasa selesa seolah-olah kita dah bebas hutang.
Sepatutnya, selagi ada hutang selagi tulah kita all out usaha untuk achieve target kewangan sampai berjaya bebas hutang.
Bukan rileks selesa biasa-biasa go with the flow. Bukan. Push diri keluar dari comfort zone. Biarlah orang nak kata apa, kita mati nanti depa kaaaa yang nak tolong lunas hutang-hutang yang ada? Tak kan?
Ketiga, BERBAKTI UNTUK MAK AYAH.
Tanya diri kita,
"Dah berapa tahun grad dari universiti?"
Benda paling memalukan bila mana kita dah bertahun-tahun grad, dah bertahun-tahun habis belajar tapi sampai ke hari ini kita masih belum mampu nak balas jasa mak ayah kita. Kita masih belum mampu menyumbang untuk mak ayah kita.
Malu. Sedih. Macam-macam ada.
Setiap tahun raya kalau salam pagi raya mesti cakap kat mak ayah,
"Mintak maaf mak, kalau banyak susahkkan mak, susahkan ayah. Sampai sekarang belum mampu nak bagi apa-apa sangat.. "
Sedihhh, berjujuran air mata menangis.
Kita ni orang yang selfish, kalau kita masih rasa selesa, buat something ikut mood, sedangkan mak ayah kita masih lagi bersusah susah cari duit cari income harian walau dah tua-tua.
Jangan hidup bersandarkan takdir tuhan.
"Alaa, dah takdir hidup susah nak buat macam mana lagi ? Redha ajeeelah... "
Setiap hari bangun, buat lagi perubahan.
Upgrade lagi kehidupan.
Tambah baik mana yang kurang.
Jangan mendatar.
Jangan tak buat apa-apa.
Jangan biasa-biasa saja.
Berjaya bukanlah tiket untuk lupa tuhan.
Tapi lagi dekat dengan tuhan.
Mungkin dengan amalan-amalan yang kita buat daripada asbab rezeki kewangan yang banyak melimpah ruah.
Kita makin dekat dengan tuhan. Ameen !
Siapa tahu kan ?
Good Morning! Lets spread Positive Vibes!
- Inspirasi Nadiah Ahmad -
No comments:
Post a Comment