Bayi hanya boleh mula makan makanan pejal selepas mereka berumur 6 bulan. Tapi, bukanlah terus bagi anak kita makan bubur or nasi. Terkejut perut anak kita nanti. Risau sembelit kalau kita tersalah bagi makan. Sebagai permulaan, biarlah makanan bayi kita cair-cair je dan mudah dihadam. Salah satu makanan permulaan yang kita boleh beri pada anak adalah puree bayi, tak kiralah puree buah-buahan ataupun puree sayur-sayuran.
Semua ibu pun mesti tak sabar kan nak tunggu baby dia umur 6 bulan sebab nak bagi dia makan.
So, harini nad nak bagitau macam mana cara nad buat puree untuk Hannan.
Seriously, making puree for your baby is really a fun thing to do.
Lagi best bila kita dah buat tu, dia makan sungguh-sungguh sampai comot. :')
Macam nad, hari first Hannan boleh makan, nad buatkan puree apple. Nad buat puree untuk stok tahan dua tiga hari sebab Nad akan simpan dalam chiller dan akan hantar kepada pengasuh. Takdak lah bangun awal pagi tu bersilat kat dapur. Iye dak ? hahaha. tapi taklah lama sangat simpan dalam peti tu, nanti rasa tak fresh pula.
Excited gila pergi beli buah-buah. Siap beli blender baru lagi sebab nad cakap kat suami jangan guna blender yang sama kita blend bawang cili tu semua sebab takut melekat rasa tu dekat makanan anak. Ngada tak ? hihi
PUREE APPLE
Ok, ni cara nad buat puree apple
- Potong dadu buah tersebut dan kukus sampai lembut.
- Kisar sampai hancur
- Simpan di dalam bekas kecik-kecik tu untuk dibuat stok beberapa hari
P/s : Masa nak blender tu nad campur sikit dengan susu yang nad pump. Sikit je. Lebih kurang 1/2 oz sebab nak bagi puree tu tak terlalu cair. So, baby suka bila ada rasa tekstur sikit.
Okay. Ni lah puree pertama yang nad buat untuk baby hannan.
Bolehlah lepas ini ibu mencuba resipi ini. Moga dengan berkat air tangan kita, anak kita membesar dengan sihat. Sekurang-kurangnya kita tahu apa yang kita masak dan apa yang kita letak di dalam makanan anak kita.
Love :
Nadiah Ahmad