Tuesday, September 30, 2014

Cara terbaik untuk minum 5 liter air sehari

Air merupakan elemen terpenting untuk menurunkan berat badan. More u drink more u shrink. Memang betul, pengalaman saya dalam menurunkan berat badan, tak turun berat mesti sebab minum air tak cukup. Seperti saranan pakar, badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 3 liter air sehari! Bunyi macam banyak 3 liter, dengan cuaca sekarang yang panas je, 4-5 liter air sehari adalah terbaik
Usah risau, Nad akan kongsikan tips untuk minum air 5 liter sehari!
Kita ada 5 kali waktu solat, subuh, zohor, asar, maghrib dan isya. Setiap kali masuk waktu solat, sediakan segelas air kosong, lebih kurang 0.5 liter segelas dan minum sebelum menunaikan solat. Setelah solat, minum lagi segelas air, lebih kurang 0.5 liter segelas. Amalkan setiap kali pada waktu solat.
Jadi, sebelum 0.5 liter dan selepas 0.5 liter, 5 kali waktu, yaah, genap 5 liter sehari!!
Senangkan? Percayalah, kalau amalkan benda begini, bukan sahaja badan dapan air yang mencukupi, tetapi kita juga lebih serius dan lebih bersedia untuk solat. Semoga berjaya minum air dengan banyak =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...