Monday, January 9, 2017

MIN KAFFE MURAH


PROMOSI MIN KAFFE 
 
Hai semua :)

Nad rasa sangat terkejut sebab lately ramai betul yang mencari min kaffe. Permintaan menjadi-jadi. 

Ada jugak yang mintak nad buat promo sebab selalu diaorang beli pun berkotak - kotak. 

Oleh sebab nad sayang sangat kat korang, nad open promosi untuk min kaffe ni. Oulls pulak jangan lupa grab cepat-cepat min kaffe ni. Sebab memang murah sangat!


Haa, uollls boleh tengok sendiri harga MIN KAFFE ni .

 Harga SEKOTAK RM33
Beli 3 KOTAK RM100 !

Ya ALLAH murah sungguh ! Murah sangat ni. 
Nak mintak nad COD pun boleh. Bagitau je uolls tinggal mana okay :)



 LOVE :
Nadiah Ahmad
Email : sitinadiahmad.gmail.com
WA : 019-5235560

Sunday, January 8, 2017

KEHEBATAN BIO VELOCITY SLEEP MATE

BIO VELOCITY SLEEP MATE



Arus pemodenan yang pesat memberi kesan negatif kepada tahap kesihatan kita pada hari ini. Setiap hari kita terdedah kepada pencemaran udara dan alam sekitar. Kita terdedah kepada pancaran radiasi dan medan elektromagnet daripada penggunaan telefon mudah alih, komputer, radio, televisyen dan sebagainya.

Pendedahan kepada semua itu akan merosakkan keseimbangan tenaga dalaman, melemahkan tahap imun dan keupayaan untuk melawan penyakit. Akhirnya badan dihinggapi pelbagai penyakit seperti stroke, darah tinggi, kencing manis, sakit jantung dan sebagainya.


Kini adanya Bio Velocity Sleep Mate yang mampu memulihkan keseimbangan dan kesihatan anda secara mudah dengan kuasa penyembuhannya. Pelapik tilam ini menolong membetulkan frekuensi yang tidak harmoni, meneutralkan gelombang berbahaya sambil menguatkan gelombang positif yang membentuk aura yang sihat dalam tubuh kita.

Dengan mempengaruhi pengaliran tenaga, kita boleh menyihatkan badan dengan mencapai tahap kesihatan yang sempurna, mengimbangkan dan meningkatkan keseluruhan aktiviti badan dan minda. Apabila anda bangun daripada tidur, anda berasa lebih cergas dan bertenaga. Dalam penggunaan jangka masa panjang, ia memberi manfaat kepada badan di mana ia boleh mengekalkan kesihatan kita, meningkatkan sistem imun dan juga memberi hidup yang berkualiti.


KEBAIKAN BIO VELOCITY SLEEP MATE

1. Meningkatkan metabolism
2. Mengaktifkan fungsi-fungsi sel
3. Menggalakkan peredaran darah
4. Meningkatkan pertahanan badan dan memperbaiki sistem imun
5. Meningkatkan tahap medan tenaga
6. Menstabilkan emosi, mengurangkan tekanan dan desakan
7. Memulihkan tenaga, memperbaiki dan mengaktifkan sel dalam badan
8. Bersemangat dan bertenaga
9. Meningkatkan keupayaan penyembuhan secara semula jadi
10. Mengimbangi dan mengharmonikan fungsi-fungsi fizikal
11. Melegakan kepenatan dan kesakitan
12. Merangsangkan dan menyelaraskan sistem saraf autonomik
13. Menggalakkan fungsi jantung
14. Menggalakkan tidur yang sihat dan berkualiti


CARA PENGGUNAAN DAN PENJAGAAN BVSM

Bio Velocity Sleep Mate didatangkan dalam saiz 'queen'. Cuma rentangkan di atas tilam dan selitkan empat tali elastik di setiap penjuru tilam. Ia boleh juga digunakan sebagai selimut.

BVSM boleh dicuci setahun sekali. Gunakan cecair pencuci berorganik seperti pencuci PB Wash. Dicadangkan hanya cuci pada bahagian yang terkena kotoran sahaja dan dijemur dibawah cahaya matahari pagi.

 Love:
nadiah ahmad
email : sitinadiahmad@gmail.com
fb : Nadiah Ahmad
WA ; 019 5235560

Wednesday, December 28, 2016

MAKANAN PERTAMA UNTUK BABY HANNAN

Bayi hanya boleh mula makan makanan pejal selepas mereka berumur 6 bulan. Tapi, bukanlah terus bagi anak kita makan bubur or nasi. Terkejut perut anak kita nanti. Risau sembelit kalau kita tersalah bagi makan. Sebagai permulaan, biarlah makanan bayi kita cair-cair je dan mudah dihadam. Salah satu makanan permulaan yang kita boleh beri pada anak adalah puree bayi, tak kiralah puree buah-buahan ataupun puree sayur-sayuran.


Semua ibu pun mesti tak sabar kan nak tunggu baby dia umur 6 bulan sebab nak bagi dia makan.
So, harini nad nak bagitau macam mana cara nad buat puree untuk Hannan.
Seriously, making puree for your baby is really a fun thing to do.
Lagi best bila kita dah buat tu, dia makan sungguh-sungguh sampai comot. :')

Macam nad, hari first Hannan boleh makan, nad buatkan puree apple. Nad buat puree untuk stok  tahan dua tiga hari sebab Nad akan simpan dalam chiller dan akan hantar kepada pengasuh. Takdak lah bangun awal pagi tu bersilat kat dapur. Iye dak ? hahaha. tapi taklah lama sangat simpan dalam peti tu, nanti rasa tak fresh pula. 🙂


Excited gila pergi beli buah-buah. Siap beli blender baru lagi sebab nad cakap kat suami jangan guna blender yang sama kita blend bawang cili tu semua sebab takut melekat rasa tu dekat makanan anak. Ngada tak ? hihi


PUREE APPLE


Ok, ni cara nad buat puree apple
  1. Potong dadu buah tersebut dan kukus sampai lembut.
  2. Kisar sampai hancur
  3. Simpan di dalam bekas kecik-kecik tu untuk dibuat stok beberapa hari
P/s : Masa nak blender tu nad campur sikit dengan susu yang nad pump. Sikit je. Lebih kurang 1/2 oz sebab nak bagi puree tu tak terlalu cair. So, baby suka bila ada rasa tekstur sikit. 



Okay. Ni lah puree pertama yang nad buat untuk baby hannan. 

Bolehlah lepas ini ibu mencuba resipi ini. Moga dengan berkat air tangan kita, anak kita membesar dengan sihat. Sekurang-kurangnya kita tahu apa yang kita masak dan apa yang kita letak di dalam makanan anak kita.

Love : 
Nadiah Ahmad

Saturday, October 15, 2016

HAPPY ANNIVERSARY ( SETAHUN SUDAAA )

Takkan pernah sangka siapa jodoh kita , siapa yang akan datang dalam idup kita dan habiskan semua sisa hidupnya sampai tua bersama kita.


Aku jumpa ramai orang, semua hanya menjadi kawan aku pada usia remaja. Aku kenai husband aku tak sampai setahun. Asalnya hanyalah kawan kepada abang aku. Tapi itulah jodoh yang kita memang takkan sangka, kadang yang depan mata kita tak nampak, sibuk ja haa nak tengok yang jauh.

ALHAMDULILLAH, 14.10.2015, kami telah dinikahkan.


 Dan dikurniakan cahaya mata pada 29.06.2016. Cepat tak ? Hihihi.. 
Anak kami diberi nama Teh Hannan Wafa binti Mohammad Haikal.


Sebabnya, kami dah main dah couple-couple ni, kami dah nekad ingin bercinta selepas kahwin. 
SWEET TAK ? Haha.

Sekarang anak kami besaq dah, huhu 



ALHAMDULILLAH juga, semuanya dipermudahkan. Thanks husband, selalu melayan isterimu ini yang selalu saja bad mood tak tentu pasal.
Selalu manjakan isterimu ini bila sakit.
Selalu menjadi raja lawak untuk isterimu.
Selalu bersama isterimu ini ketika sedih dan gembira.

Akhir kata, TERIMA KASIH pada semua yang mendoakan hubungan kami. 












LOVE YOU ALLL , MMUAAHHH !!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...